Kereta yang berada di hadapan mereka itu dipandang. Bentuk kereta yang berbeza namun warnanya sama. Merah. Pelik, sengaja masuk salah kereta ke?.

"Cik adik, kalau nak ngorat abang ni jangan buat perkara macam ni. Dia suka perempuan yang pemalu, bukan perempuan yang tak tahu malu" ujar Hujan sekadar untuk mengusik. Wajah yang semakin memerah itu menggelikan hatinya. Aduhai, dalam banyak-banyak lelaki kat negara ni, Nathan juga kau kejar kenapa?. Aku kan ada, eh melebih. Gurau je.

Nathan memberikan riak, menyampah. Mulalah tu, dia nak buat kesimpulan sendiri. Sejak bila entah, aku nak ngorat dia. Eh silap, dia ngorat aku.

Tubuh kecil itu melangkah keluar dari kereta perlahan-lahan. Rasa mahu hentak sahaja kepalanya di atas jalan raya. Tidak cukup seorang lelaki, datang pula yang seorang lagi. Kalau senyap tak apa, ini tidak. Banyak pula syarahannya.

Dia menundukkan sekali lagi kepalanya tanda memohon maaf. Kedua kakinya terasa digam pula untuk bergerak. Aduh, time macam nilah brek nak makan. Lututnya ditumbuk kuat, geraklah!. Dia hanya tersengih memandang kedua-dua lelaki yang melihatnya hairan. Apa, ingat aku buat kelakar.

"Hey, perempuan" panggil Nathan mendatar. Kepalanya dijengukkan sedikit di bahagian pemandu. Wanita yang masih berdiri kaku itu menoleh ke arahnya lambat. Riak tanda tanya terhias di wajahnya.

Pembalut luka yang berada di dashboard diambil lalu dihulurkan kepada wanita itu.
"Jari kau luka." Ujarnya tanpa riak. Hanya muka tanpa senyuman yang menyapa wanita itu.

"Baikk" aduh, apa kena mengena baik pulak ni ?!.
"Bukan, maksud saya terima kasih" senyuman tanpa noktah dihadiahkan dengan perasaan yang bercampur baur. Baik pula mamat ni, dia sendiri tidak sedar ketika bila jarinya terluka. Caring lah pula. Sudah sudah ! Jom balik !. Apa lagi nak buat kat sini. Menambahkan malu lagi adalah.

"Nak saya hantarkan ke?" Kata Hujan apabila wanita itu langsung tidak bergerak dari tempatnya.

"Bukan! saya nak berambuslah ni. Bukan bukan! Pergi! Bye" kakinya terus melangkah pergi dari tempat tersebut. Langkah yang diambil terlalu laju sehingga kereta yang sepatutnya dinaiki terbabas jaraknya. Dia berlari semula pada kereta asal dan pantas sahaja masuk ke dalam kereta. Jangan salah kereta lagi sudahlah.

Tercungap-cungap nafasnya tatkala melabuhkan duduk di bahagian pemandu. Selepas ini taubat, tidak mahu menghadapnya lagi. Beg hadiah yang dibeli beberapa minit tadi diletakkan pada tempat duduk belakang. Wajah Maya yang memandang dengan pelbagai riak itu diabaikan. Tidak lain tidak bukan, pasti sudah mengetahui tentang kejadian yang menimpanya sebentar tadi.

"Kenapa lama sangat dalam kereta dia tadi? Dia marah kau ke? Aku dah panggil kau punya kuat tadi, takkan tak dengar? Bila kau masuk dalam kereta dia tadi aku dah tak boleh tolong tahu tak ?! Nak sergah karang, jadi cerita lain pula. Dia buat apa pada kau?" Soal Maya bertalu-talu. Tidak lupa juga tangannya yang menyelongkar beg-beg yang berisi hadiah itu. Matanya tertancap pada hadiah tersebut namun mulutnya dibebelkan ke arah Mawar.

Mawar mengerling sahabatnya itu, menyampah.
"Entah" balasnya tanpa ringkas.

Bunyi hon kereta di sebelah membuatkannya menoleh, tingkap diturunkan.

Wajah lelaki yang menjadi mangsa bibiknya tadi dipandang dengan persoalan. Kenapa ? Nak minta ganti rugi ke?. Tapi aku tak buat apa-apa kat dia pun!.

"If you want my number, just ask. Tak perlu terjah masuk untuk tarik perhatian aku" sebaik sahaja dia menghabiskan kata, kereta itu terus meluncur pergi. Sempat dia mengenakan cermin mata hitam dengan senyuman sinis yang terukir di bibir.

"Eleh, kau fikir aku nak sangat ke. Aku tak desprete lah!" Ayat terakhirnya sengaja dikuatkan.

Tindakan yang tidak dijangkakan.
Kereta itu berhenti dengan tiba-tiba.

"Adumak, maaflah! Orang gurau je!" Tingkap pantas ditutup kembali. Spontan tangannya menjatuhkan sandaran tempat duduk pemandu dan terus sahaja tubuh itu terbaring tanpa sebarang halangan. Aduh, gelabah punya pasal. Semua benda jadi bengong je.

"Dia dah pergikan?" Soalnya pada Maya. Melihat anggukan wanita itu menghadirkan satu perasaan lega di dalam hatinya. Dia menjatuhkan kepalanya dengan keluhan yang berpanjangan. Macam baru lepas pergi berperang, dia punya lega tu.. haih.

Tingkap kereta yang diketuk mengejutkannya. Mukanya kembali pucat. Maya dipandang dengan riak wajah yang resah.

"Ouh, kau nak aku bukakan ke?" Tanpa kata Maya menurunkan tingkap kereta di bahagian pemandu itu. Dia tersengih memandang Mawar yang mengetuk kepalanya berkali-kali. Orang dah tolong pun nervous lagi. Apalah.

Mawar bangkit dari pembaringannya perlahan-lahan. Rasa lemah pula tubuh tatkala itu. Wajah lelaki yang bercermin mata hitam itu dipandang dengan senyuman nipis. Saya minta maaflah, saya bukan sengaja nak kata macam tu. Tapi awak tu haa, berlagak, takbur, sombong, bongkak, riak, perasan bagus, perasan hensem.

"This is my number, don't forget to save it" sehelai kertas kecil yang berlipat dua itu dihulurkan. Senyumannya ditahan melihat tangan kecil itu terketar-ketar mengambil kertas di tangannya. Berdebarlah tu, well aku tahu aku hensem.

Langkahnya kembali diatur ke kereta tatkala senyuman kecilnya berbalas. Aku bukan tak nak senyum. Cuma.. tak nak.

Kertas yang berlipat dua itu dibuka. Dipandang seketika sebelum pandangannya dialihkan kepada Maya yang turut melihat kertas tersebut.

"Kau kata dia dah pergi." Soal Mawar bernoktah.

"Yelah, maksud aku pergi ke kereta kita" balas Maya sedikit bendul. Dahinya berkerut melihat wajah tidak berperasaan sahabatnya itu. Adakah tindakannya salah?. Dia hanya menjawab pertanyaan wanita itu sahaja, jadi tidak ada apa yang perlu dipersoalkan bukan?.

"Terima kasih Maya, sebab jadi kawan aku" ujar Mawar melemparkan senyuman tawar. Dia sedar, sahabatnya itu tidak mengerti langsung maksud yang cuba disampaikan olehnya.

Maya tersenyum girang.
"Sama sama!"

Mawar tersenyum kecil. Well, kawan akulah tu.








Awal-awal bab memang hambar sikit, hope can support me ! 😍❤️

 𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐧𝐭𝐡𝐞𝐚 : 𝖡𝗎𝗇𝗀𝖺 𝖬𝖺𝗐𝖺𝗋 𝖴𝗇𝗍𝗎𝗄 𝖭𝖺𝗍𝗁𝖺𝗇Where stories live. Discover now