Bab 24

5.8K 21 0
                                    

Mata kembali dibuka. Kini dia bersendirian. Dibilik yang sunyi. Tangisan aku kedengaran. Tangan mengusap perut yang kini berisi.
Aku mengandung?
Mengelamun sendiri. Pintu bilik dibuka. Dokter mendekati. Memeriksa. Aku membiarkan.
Betulkah saya mengandung dokter?
Aku bertanya. Dokter memandang aku pelik. Aku bertanya sekali lagi. Masih tiada jawapan.
Awak mengandung ke?
Dokter tanya kembali kepada aku. Aku terpinga pinga.
Bukan dokter yang bagi tahu saya ke tadi?
Makin pelik aku melihat dokter ni. Puan mungkin bermimpi. Puan tidak mengandung. Maafkan saya puan. Aku keliru.. tapi tadi? Aku hanya bermimpi? Tidak. Tak mungkin. Semuanya seperti nyata. Tak mungkin hanya mimpi. Aku terpaku. Menangis sendiri. Bahagia seketika tetapi itu semua hanya mimpi. Aku bangun dan beredar. Lalu di laluan bilik danny. Dia masih didalam biliknya. Tidur lena. Aku tersenyum kelat. Melihat dato dan datin disisinya. Mungkin aku benar benar tidak layak untuknya lagi. Melihat kau selamat selepas pembedahan sudah cukup danny. Selamat tinggal diucap di dalam hati. Kaki aku melangkah pergi. Tanpa menoleh lagi. Air mata menitis. Tapak tangan menutup mulut yang meraung. Sayang tidak semestinya harus dimiliki. Kau kuat chiqa. Kau kuat. Kau boleh harungi semua ini. Motivasi pada diri sendiri. Kaki melangkah laju. Bertukar kepada larian seribu. Jangan cari aku lagi danny.

Aku Where stories live. Discover now