Bab 3

37.4K 30 3
                                    

Aku cuba harungi. Jatuh. Gagal. Berulang lagi. Tiba satu saat aku kecewa. Aku mengalah. Mengalah untuk hidup. Pisau. Gunting. Kaca. Tali. Otak memproses strategi. Mati atau hidup. Aku lemah. Emosi celaka terhanyut. Jiwa membabi melencong. Aku ketawa tanpa disedari. Menangis tanpa air mata ikuti. Pergerakan bagai dirasuk. Diri tak terurus. Kepala direndam. Nafas disekat.
Aku nekad! Diri tak di didik. Matlamat tak di tekan. Agama di tolak. Nafsu di teruskan. Hanyut dengan perasaan sendiri. Aku termakan kata hati. Yang membawa jalan mati. Tiada keluar setelah masuk. Aku melihat kegelapan. Gelap tanpa bintang. Gelap seperti buta.
Ya! Aku buta. Buta ilmu. Buta agama. Nafas ditarik laju. Kepala diketuk kuat. Lagu dibuka rancak. Kaki melangkah keluar. Keluar dari dunia gelap. Mencari pertolongan. Aku cuba. Aku paksa. Dikata gila. Aku terima. Gila kerana dunia. Pembalasan membawa bencana. Perubahan tak menjadi. Pil aku cari. Di ambil. Ditelan. Dilayan.
Aku terhanyut kembali. Rentak lagu peneman hidup. Dunia malam bermula kisah. Kisah aku kembali terukir. Air busuk di telan kembali. Batang berasap dihisap megah. Melegakan segala keresahan. Shisha menjadi sebahagian hidup. Vabe pembekal akhirat. Sahabat berperangai binatang. Nasihat bagai menteri bangang. Aku ketawa. Lawak dengan keadaan dunia. Dunia aku. Dunia yang aku cipta. Aku tak akan kembali.

Aku Where stories live. Discover now