Bab 2

23 0 0
                                    


Semuanya bermula dari sini. Segala derita dalam hidup ku.

"Ica tak kisah Ica nak jugak, nak jugak."Kata ku dengan rengekan sambil menunjuk ke arah alat permainan edisi terbaru itu pada ayahku.

Dalam keluarga akulah yang paling dimanjakan oleh ayahku. " Ica, dah la tu. Ayah penat tu. Baru balik kerja an. Nanti- nanti je la. " kata ibu

"Alah tak pe lah demi anak ayah yang manja ni. Ayah sanggup redah apa pun untuk anak ayah." kata ayah sambil membelai anak rambutku

" Hehe, sayang ayah. Ayah la bapa yang terbaik dalam dunia. Ayah nanti ayah balik jom main sama-sama" kataku sambil menjerit kegembiraan

"Iya sayang anak ayah." kata ayah ku sambil berjanji dengan ku

"Abang tak yah la dilayan sangat Ica ni. besokkan boleh beli bang. Dah nak dekat maghrib ni. Nanti- nanti je lah bang.  Nak dekat hujan lagini pun." kata ibu dengan nada kerisauan

"Iya, saat itu aku menyesal. menyesal dengan perbuatan ku. Kalau la, kalau la aku tak sebodoh tu. Walaupun usia ku baru masuk 11 tahun. Aku tak patut pentingkan diri . Ye, ini memang salah aku. Tak guna. Tak guna. Kalau la masa boleh diundur." luahan hatiku yang terpendam

"Ibu mana ayah. Dah pukul berapa dah ni." kata kakak ku yang pertama, Syafiqah. Aku ada tiga beradik dalam keluargaku termasuk aku.

"Itulah, ibu pun risau ni dah masuk isyak ni. Kenapalah lama sangat ni. Ibu call pun tak angkat ni. Tido la luar ayah kamu ni malam ni. Buat umi risau je." kata ibu dengan nada merajuk

Satu deringan dari nombor tak dikenali masuk.

"Assalamualaikum, ye saya. Kenapa ye?" tanya ibu aku

"Puan sila datang ke hospital berkenaan. Berkaitan dengan suami puan mengalami kecederaan parah akibat kemalangan yang terjadi." katanya

Serentak itu telefon Ibu aku jatuh. Ibu kelihatan tergamam bersama tangisan. Saat itu aku hanya melihat ibu dengan perasaan kosong. Ibu segera mengambil semua kunci kereta dan menyuruh kami bersiap.

Segeranya kami sampai. Ibu segera bertanya kepada doktor mengenai keberadaan suaminya. Kakak ku Syafiqah dan Liyana menangis teresak esak. Aku hanya kaku.

" Puan, sila tunggu disini. Suami puan sedang dalam bilik pembedahan. Buat masa ini hanya tuhan saja dapat membantu. Doa banyak-banyak puan." kata jururawat yang bertugas itu

"Ibu, kenapa dengan ayah." tanyaku
Ibu hanya diam memerhati ku. " "Kenapa dengan pandangan ibu? Seperti pandangan tidak suka. Apakah itu hanya bayangan ku. "

Setelah beberapa jam. Akhirnya doktor keluar mengatakan ayah dalam kondisi lemah.

Kami memasuki wad dimana ayah ditempatkan. Perasaan itu melihat berbagai wayar yang berselirat sekeliling ayah ku membuat ku takut. Ayah kelihatan tak bermaya.

"Abang kenapa buat saya begini. Bangun la bang. Jangan macam ni. Macam mana dengan anak kita. Tolong la bang bangun. Kesian lah dekat mereka, dekat saya. Tolong la bang bangun." kata ibu dalam keadaan merayu bersama tangisan yang tidak putus

beberapa minit. Ayah membuka mata namun sangat lemah. Kakak aku juga turut berada di samping ayahku memegang tangan ayah.

Namun aku hanya berdiri beberapa langkah jauh dari ayah. Perasaan takut menyeleburi diri. Namun ayah memanggil ku dengan tangan terangkat sedikit ke arahku.

Dengan keadaan takut. Aku berjalan ke arah ayah. Tangisan setitik demi setitik mula memenuhi diwajahku.

"Ayah Ica nak ayah. Bangun la. Jom balik rumah. Nak main sama-sama. Kenapa ayah terbaring je ni. Jom la balik. Ayah jangan buat Ica risau." ujarku

serentak tangisan mengalir di pipi ayah. Ayah membuka alat pernafasan walaupun dibantah oleh ibu dan kakak dengan tegas

"Abang sayang isteri abang. jangan la nangis tijah. Dah tua, tak cantik. Tijah kena kuat untuk anak-anak kita." kata ayah sambil memegang tangan ibu bersama senyaman yang layu.

"Fiqah, nanti kalau ayah dah tak ada. Fiqah kena belajar rajin-rajin. Bantu ibu ye. Jangan nakal-nakal." kata ayah ku pada kakak sulung ku

" Yana, jaga ibu elok-elok. Jangan pernah derhaka. Jaga adik juga. Jangan la nangis, tak cantik anak ayah nanti. Ayah kan masih baik ni. " kata ayah

"Ica, jadi anak yang baik ye. Bantu ibu, bantu kakak ye. Ica kena dengar cakap ibu. Sayang anak ayah yang manja ni. Ayah ada belikan permainan yang Ica nak tu. Ica suka tak." kata ayah bersama senyuman yang tak bermaya.

"Aku hanya menggelengkan kepala. Ica tak nak. Ica nak ayah je. Ica dah tak kisah pun. Ica nak balik rumah dengan ayah. Nak main sama-sama ngan ayah macam selalu" kataku bersama rengekan

Ayah terbatuk-terbatuk tanpa henti. Darah memercik keluar dari mulut ayah. Aku hanya terkedu

Beberapa minit kemudian pernafasan ayah mula terhenti. Doktor terus memasuki bilik dalam keadaan tergesa gesa. Namun semuanya dh terlambat.Ayah hanya memandang kami dengan senyumannya yang menahan sakit. Genggaman pada tangan kami mula terlepas.

Serentak itu ibu mula menggelengkan kepala menafikan kebenaran sambil menekup mulut bersama tangisan yang tiada henti. Bilik itu hanya dipenuhi dengan tangisan kami.

Pekerja hospital memulangkan barang kepunyaan ayah. Barang permainan yang aku minta pada ayah juga terdapat sekali walaupun sudah remuk dan terdapat beberapa titisan darah.

Ibu menggelengkan kepalanya dan mengatakan bahawa ini semua salah aku.

"Kalau la bapa kau tak keluar mesti ianya tak kan jadi begini sebab permainan bodoh kau nak sangat ni la." jerit ibu

Aku terkejut melihat sikap ibu yang berubah

Hanya tangisan yang tidak berhenti keluar dariku. "Berhenti nangis. Ini semua salah kau. Salah kau.! jerit ibu sambil menggoncangkan tubuhku.

Kakak ku Fiqah hanya mendiamkan diri sambil memandangku tanpa reaksi. Namun Liyana cuba menenangkan ibu.

Sejak itu aku keseorangan dan hanya penyesalan yang memenuhi kehidupanku.

Sorry sebab dah lama tak update. Maybe lepasni saya akan mula update balik. Sekian, enjoy your days.!















You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 16, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DeritaWhere stories live. Discover now