TFD 2 | Feeling

2.8K 163 21
                                    

DUA hari berlalu, barulah Ardella mampu menarik nafas kelegaan. Pertemuan terakhir dengan Inara tidaklah seteruk mana kerana sekurang-kurangnya, dia dapat ucapan terima kasih dan bayaran yang setimpal dengan kerja yang dilakukannya itu.

Bila dia kembali mengimbas detik yang telah berlalu beberapa hari lepas, langsung tergarit senyuman nipis di hujung bibir. Begitu payah dia ingin mengikut tarikh akhir yang ditetapkan, namun dia tetap cuba sehingga berjaya. Mata yang terpisat-pisat itu berjaya dibuka seluasnya dengan adanya bantuan kopi. Paling tidak pun, mungkin dia menonton televisyen seketika sebelum menyiapkan tugasannya.

"Della! Esok ikut aku tau!" Nyaring suara Sarina memecah keheningan yang bertamu kurang dari lima saat tadi. Ardella sekaligus mengangkat kepalanya, menetapkan fokus pada Sarina.

"Nak pergi mana?" Ardella mengangkat punggung dari sofa sebelah kanan yang didudukinya. Dan sejurus itu, dia beralih duduk ke sofa bercorak batik yang berada di sebelah kiri. Rapat di sebelah Sarina.

"Adalah..." Sarina meletakkan jari telunjuknya dibibir dengan wajah yang pelik lagikan misteri pada kaca mata Ardella yang masih merenungnya tajam.

"Kenapa tak nak bagitahu sekarang?" Ardella masih mencari jawapan. Mindanya begitu terdesak ingin tahu kebenaran. Apalah yang Sarina sembunyikan sebenarnya?

"Because... it's secret!" Sarina tayang sengihan.

Ardella mencebik. Sarina selalu membuatkan hatinya diburu dengan detakan jantung tahap maksima. Dulu, Ardella pernah mengalami satu situasi yang sangat mendebarkan bila jiran sebelah rumahnya memberitahu bahawa Sarina terlibat dalam kemalangan. Bila dia telefon gadis itu, memang sah tak dapat diangkat.

Sampaikan dia rasa tak tentu hala kerana terlalu risaukan sahabat baiknya itu. Tapi, gadis itu dengan selambanya buat Ardella ingin menampar bahu gadis itu pada waktu dia pulang ke rumah. Rupanya jirannya itu tersalah memberi informasi. Sepatutnya yang terlibat dalam kemalangan itu, orang lain.

"Kenapa nak berahsia? Selama ni kita kongsi banyak rahsia sama-sama tau." Ardella seperti berjauh hati. Bukanlah dia betul-betul pun. Tapi serius, dia rasa sesuatu 'rahsia' itu bakal memberi kejutan yang besar dari apa yang disangkakannya. Namun cepat-cepat dia usir rasa yang mula membolak-balikkan hatinya.

"Sorry, Della! Kali ni je..." Sarina buat muka kasihan.

"Okeylah, tapi kita nak pergi pukul berapa?" Seakan-akan baru teringat sesuatu, Ardella pantas menyoal. Rasanya dia tidak boleh berlama di situ kerana ada sedikit lakaran yang perlu dia siapkan walaupun lakaran itu hanya lakaran peribadinya yang biasa.

Wajah Sarina mula bertukar ceria tatkala melihat senyuman yang memekar di bibir sahabatnya itu. Dia bangun dan berdiri tegak di hadapan Ardella dengan gaya kanak-kanak riang.

"Kira jadilah ek? Nanti aku bagitahu pukul berapa dan kat mana. Thanks!" Dicubit sekilas sebelah pipi Ardella yang sedikit merah itu sebelum dia menghayun langkah ke dapur. Ingin memasak makanan istimewa untuk malam ini.

Ardella cuma menggeleng melihat telatah sahabatnya itu. Namun dalam hatinya dijentik rasa bahagia tanpa dia duga. Kalaulah tiada Sarina, mungkin dia tidak mampu mengukir senyum lebar seperti ini.


TALI beg silang yang panjang itu dia genggam seeratnya. Hati berdebar dengan sesuatu rasa yang datang tidak dipinta. Melihatkan sekeliling, dia masih lagi tercari-cari kelibat Sarina namun susuk tubuh itu langsung tidak tersiar pada kornea matanya. Telefon dikeluarkan sebelum dilihat sekilas waktu pada masa ini.

Pukul dua belas tengah hari, tidaklah terlalu sibuk suasana di One Utama ini walau hakikatnya kesesakan itu masih tetap mendominasi ruangan sekitar tempat dia berdiri.

The Fallen Dahlia [COMPLETED]Where stories live. Discover now