Bab 9🌟

857 125 5
                                    

🌹

“Kenapa Yuna buat macam tu? Yuna tak kasihan ke dekat Hoseok? Lelaki tu dah ikhlas nak ambil Yuna sebagai isteri, tapi Yuna.. argh! Unnie tak fahamlah!” Yoora membebel.

Dia sakit hati dengan perangai Yuna yang mementingkan diri sendiri sampai sanggup menyakiti hati seorang lelaki yang baik seperti Hoseok.

Yuna memeluk kedua lututnya diatas sofa, dia diselubungi rasa bersalah yang amat.

Dia tahu Hoseok seorang lelaki yang baik dan dia bukanlah wanita yang layak untuk lelaki itu. Jadi dia memilih untuk pergi demi Hoseok kerana Hoseok terlalu baik untuk dirinya.

“Sekarang Yuna nak buat apa? Nak larikan diri dari Hoseok sampai bila- bila? Yuna kena ingat, sejauh mana pun Yuna lari, Yuna masih terikat dengan Hoseok sebagai isteri. Bukan orang asing..” panas Yoora dengan perangai adiknya itu.

Hish, mahu dia smake down, biar hilang ingatan balik.

“Yuna nak cari Ricky..”

Yoora mengerutkan dahinya. Dia berpeluk tubuh, wajah Yuna adiknya dipandang hairan.

“Yuna nak cari Ricky buat apa? Ricky- kan dah meninggal?” kata Yoora, laju Yuna mendongakkan wajahnya. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

“Mwo? Ma- macam mana?”

“Dia terlibat sekali dalam kemalangan kereta tu dengan kamu. Cuma kamu terselamat tapi Ricky tak.” terang Yoora, Yuna menggeleng, tidak dapat menerima kenyataan.

“Hoseok yang jaga kamu siang malam masa kamu koma di Hospital. Apa yang unnie nampak, dia betul- betul ikhlas nak ambil kamu sebagai isteri katanya untuk betulkan semuanya. Walhal bukan dia yang buat salah. Kamu yang buat salah!” kata Yoora seraya bercekak pinggang.

Yuna mengetap bibir sebelum dia menangis. Dia cuma tak sangka..

“Hoseok, maafkan saya!”

[C] ELPIS | 제이홉 ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang