👻12👻

277 48 0
                                    

9:00 malam...

***Kim Hana***

Aku dah tunggu di taman hampir 30 minit. Dah macam orang kesepian aku di sini. Namun kelibat namja yang dinanti masih tidak muncul. Sejak dia mengugut untuk beri denda pada aku kalau aku lambat, aku mula menepati masa malah aku akan datang awal setiap kali dia suruh jumpa. Walaupun aku tidak pernah merasa dendanya lagi, tapi aku harap aku takkan kena. Nampak macam scary denda dia.

Macam mana aku boleh keluar malam? Aku kata pada nenek, aku nak keluar ke rumah Jikhun. Sebabnya? Nak buat homework Addmath. Bijak tak alasan aku? Nenek aku tak kisah kalau aku keluar malam asalkan aku keluar ke tempat yang selamat. Lagi pun aku boleh jaga diri aku sendiri.

'Mana anak Kim ni? Dia ingat aku tunggul ke duduk di sini? Kebas punggung aku. Siapa yang tak tepati masa sekarang ni?' Bebelku dalam hati.

Sumpah aku geram dengan Seokjin sekarang ni.

"Aku ada ja. Kau yang tak perasan aku yang macam tunggul kat belakang kau. Bukan kau." Entah dari mana saja Seokjin ni muncul dari belakang aku. Siap bersilang tangan lagi. Terkejut aku dibuatnya. Terus aku menoleh belakang.

"Cepatlah. Cepat kita pergi cepat kita siap. Esok kau sekolah kan?" Hantu tu menyoal aku secara sinis. Dia tak sekolah ke esok? Aku pun membuntuti langkahnya yang macam turbo di depanku. Sabar je lah Hana.

"Kau nak bawak aku pergi mana ni?" Soalku kehairanan.

"Perpustakaan Han."

Jap. Perpustakaan Han? Tu bukan perpustakaan Lila High School ke merangkap perpustakaan sekolah aku? Nak buat apa pergi sana? Dia nak ajak aku study ke?

"Buat apa pergi sana?"

"Kita melawat tempat pembunuhan."

"Ooh"

Lila High School merupakan mansion Tuan Song Hyo Bin dahulu. Selepas sahaja kematian Tuan Song yang berlaku 53 tahun yang lepas, mansionnya terus dirobohkan menjadi tanah rata. Selepas 37 tahun dibiarkan, tanah itu digunakan untuk membina sekolah iaitu Lila High School. Namun sejarah ini hanya segelintir pelajar saja yang tahu.

Ramai yang tidak berminat dengan sejarah sekolah sebab nampak membosankan. Sebenarnya, sejarah inilah yang membuatkan aku lebih suka pada sekolah tambah tambah lagi kalau sejarah sekolah tersebut mempunyai kisah hitam seperti sekolah aku. Tak kah menarik?

Okay informasi percuma dari Kim Hana.

"Dah sampai." Kepala aku terus terhantuk di belakang Seokjin.

Dia ni kalau nak break bagi tahu lah. Nanti benjol kepala aku macam mana?

"Yang kau bawa aku kat kubur ni dah kenapa syaiton?! Kau nak suruh aku buat doa selamat kat tanah perkuburan ke?!"

Mental agaknya Seokjin ni. Ada patut dia bawa aku ke tanah kubur.

"Perkataan syaitan tu kau perlahan sikit. Aku terasa. By the way, aku tak nak lah kau kena tangkap dengan Pak Cik Guard Chanyeol yang tekun menjalankan shift malam dia. So kita gunakan alternatif yang ada. Kita jalan melalui kubur ni and kita akan jumpa sikit semak tebal. Lepas semak tu ada pagar sekolah yang rosak. Nasib pagar tu pendek boleh la kau panjat." Seokjin terang dengan penuh khusyuknya siap bergaya dengan tangan yang sedang menunjukkan pelbagai aksi untuk menfahamkan aku lagi.

Bersungguh sungguh benar ini anak.

Belum sempat aku melintasi kubur pertama terus muncul hantu hantu di setiap perkuburan. Ini yang melemahkan semangat aku ni. Aku ni dah lah takut bab bab macam ni. Terus aku lari berpatah balik semula. Namun, secara pantas Seokjin menghalang pelarian aku dengan muncul di hadapan aku secara tiba tiba. Aku dengan pantas memberhentikan larian.

"Kalau kau boleh hadap aku, kenapa dengan mereka kau tak boleh?" Soalan Seokjin membuatkan aku tertunduk. Sungguh sifat takut aku belum hilang dalam diri.

"Aku akan berada di belakang kau. Kau jalan di hadapan. Jangan risau, aku akan tutup mata kau dari belakang so kau takkan nampak hantu hantu yang lain. Arreso?" Kata kata Seokjin membuatkan rasa takutku kian berkurang.

Aku terus memusing badanku menghadap kedepan. Seokjin pula menutup mataku dari belakang. Terasa belakang kepalaku terlanggar dadanya.

(Anggap yang keadaan Seokjin dan Hana macam gambar di atas

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

(Anggap yang keadaan Seokjin dan Hana macam gambar di atas. Author kehilangan ayat untuk terang lebih lagi.)

----------------------------------------------------

"Macam mana nak masuk? Pintu kunci dari dalam." Rungutku pada Seokjin. Terus hantu tu menghilangkan diri. Setelah 1 minit berdiri depan library ni, pintunya terbuka.

"Masuk!" Tegas Seokjin bersuara ala ala askar gitu. Aku tanpa melengahkan masa terus memasuki perpustakaan itu.

Entah kenapa aku rasa seperti ada aura lain. Selama aku jejak di perpustakaan ini, aku tidak pernah merasakan aura itu. Keadaan perpustakaan waktu malam tampak lebih creepy. Namun perkara itu bukannya ketakutan aku. Selagi tak muncul hantu, aku okay.

"Dahulu perpustakaan ini merupakan bilik tidur Tuan Song memerangkap tempat dia mati juga. Sekarang, aku nak kau bagi tahu kat aku kalau kau ada rasa benda pelik." Jeneral Seokjin mengeluarkan arahan. Aku secara perlahan menapak ke dalam perpustakkan itu.

Kakiku berhenti di hadapan satu rak buku yang kedudukannya tidak terlalu jauh dari kaunter pinjaman dan pulangan buku sekolah. Terus aku memanggil Seokjin. Dan ya, sepantas zarah cahaya dia muncul di sebelahku.

"Kenapa?" Soalnya seraya memandang mukaku dengan pandangan kosong.

"Aku dapat rasakan sesuatu di sini." Pantas aku menjawab.

"Kau dapat rasa apa?" Muka Seokjin yang teruja itu aku pandang sekilas. Terus aku lontarkan pandangan ke rak buku.

"Darah dan perasaan yang ditenggelami dengan sifat sedih." Kataku ringkas. Seokjin hanya menganggukkan kepalanya.

Tiba tiba aku terasa aura yang berbeza. Aura yang terasa masih segar di situ. Aku cuba menghayati aura itu.

"Sekejap Seokjin!" Aku menahan Seokjin yang cuba melangkah pergi dari situ. Terus terhenti langkahnya.

"Aku rasa ada aura lain yang menentang aura pertama." Jelasku sambil menutupkan mata.

"Aura lain?"

"Perasaan yang ditenggelami dengan rasa amarah tetapi darah yang mengalir berbaur dengan dendam yang membara."

TBC

Hai readers💞sorry chap kali ni muram sikit. Author tak ada idea nak menulis. Votement story ni ok 👌

[C] MYSTERY | KIM SEOKJINDonde viven las historias. Descúbrelo ahora