HB | 15

6.5K 439 40
                                    

"Sudah! Aku malas nak dengar pasal dia." Puan Ruhaila mula terbatuk-batuk kecil.

Tapi Nawwal tetap mahu luahkan apa isi hatinya dan isi hati Niarayha. Biar wanita di hadapannya ini sedar.

"Ayah selalu mengamuk bila kakak tak dapat keputusan yang baik tapi bila Nawwal dengan Nuffa? Ayah langsung tak buat apa-apa, cubit jauh sekali. Ibu langsung tak tolong apatah lagi nak pujuk. Result kak Nia jatuh pun sebab apa? Sebab ibu yang suruh kakak ajar kami sampai dia tak ada masa nak belajar," sambung Nawwal panjang. Air matanya sudah mula mengalir di pipi.

"Siapa je yang tak terasa ibu... Siapa je yang tak terasa? Walaupun bukan Nawwal yang kena tapi kalau Nawwal sendiri boleh rasa yang ibu dan ayah berat sebelah, apatah lagi kakak. Ibu tanyalah diri sendiri, bila kali terakhir ibu peluk kakak." Nawwal meninggalkan Puan Ruhaila.

Masuk ke dalam bilik, Nawwal menutup rapat pintunya dan dikunci. Dia berjalan perlahan ke arah katil dengan perasaan hiba dan air mata lebat mengalir.

Mengapa lambat sangat ibunya untuk mengerti kesakitan emosi kakaknya? Nawwal menyeka air mata di pipi. Dia masih rasa serba salah kerana pernah bersikap seperti ibu dulu. Melepaskan tanggungjawab sebagai seorang adik dan biar kakaknya saja buat kerja.

Sedikit pun dia tak rasa kesian bila ibu marah kakak kerana meminta tolong daripadanya. Ya Allah!

***


Kaki diatur keluar dari lif dan menuju ke ruangan lobi bangunan itu. Ramai yang dilihat keluar untuk makan tengahari.

"Naik kereta siapa?" soal Haziq.

"Akulah," jawab Syafieq. Tiba-tiba dia didatangi seorang wanita yang cukup dikenali. Belum apa-apa Syafieq sudah mengeluh.

"Hye Shafieq!" Afrina menyapa dengan senyuman lebar diwajahnya.

"Mana you tau I kat sini?" soal Shafieq berkerut. Suaranya dingin. Malas pula dia layan.

"I tanya adik youlah. Jom kita pergi lunch," ajak Afrina seolah tidak nampak Haziq yang berdiri dekat dengan mereka.

"I nak lunch dengan kawan. You baliklah." Baru saja kaki nak diatur pergi, lengan Shafieq pantas ditangkap oleh Afrina.

"Alah! Kejap je. Penat I drive datang sini." Afrina merengek.

Shafieq tergelak kecil.

"Siapa suruh you susahkan diri? Dahlah!" Shafieq melepaskan tangannya.

"Okay kalau you tak nak lunch dengan I. Tapi I ada permintaan."

Shafieq mengeluh lalu pandang Afrina.

"Ceraikan perempuan tu. Kita kahwin. I dah lama suka dekat you tapi you je yang tak perasan. Please Shafieq. You pun bukannya suka dekat perempuan tu kan?" soal Afrina.

"I suka dia ke, I tak suka dia ke... Bukan masalah you. I takkan ceraikan dia," jawab Shafieq.

"Wow! Betullah agaknya apa yang ibu you cakap pasal perempuan tu. Dia dah bomohkan you, entah bagi nasi kangkang ke apa. Elok-elok you benci dekat dia tiba-tiba suka dan tak nak ceraikan. Sama macam apa yang dia buat dekat abah you," cerita Afrina.

Shafieq pandang Haziq begitu juga lelaki itu dan ketawa mereka meletus.

"You ni nampak je moden, kan? Tapi pemikiran berkarat. Jumpa bomoh bagai. I ada sebab sendiri kenapa tak nak ceraikan dia. And yeah... Kalau I dah suka dia pun kenapa?" Shafieq membalas semula.

"Okay, kalau bukan sebab kena bomoh tell me the reason." Afrina tetap ingin tahu. Dia tidak puas hati dengan kenyataan Shafieq.

"Kenapa I nak kena bagitahu pula? You bukan siapa-siapa pun yang I kena share. You are nothing to me." Shafieq berjalan meninggalkan Afrina dan tinggal Haziq yang masih berdiri di situ.

HeartBeat [ EBOOK ]Where stories live. Discover now