HB | 15

6.5K 439 40
                                    

Promote 💜

Cinta Tiada Sempurna
ShvWthLuv

Insan Terpilih Untukku
khrnisoff

The Hearteu
Azunte18

Bad Boy In Love
nashAishah

Jemput baca cerita mereka 💜

Sis jumpa idea lagi best untuk story ni. Thats why kena tukar tajuk dan cover. Hueh! 😁✌

••••••••••••••••••••

There are wounds that never shown on the body that are deeper and more hurtful than anything that bleed.”

- Anonymous -

•••••••••••••••••••

Nawwal mengerling ke arah ibunya yang sedari tadi sekejap-sekejap batuk kecil. Wajah wanita itu juga sedikit pucat dan ibu semakin kurang membebel kalau nak dibandingkan dengan hari-hari biasa.

Tangan masih mengurut kaki ibunya seperti yang kakaknya selalu buat walaupun Puan Ruhaila tidak menyuruh.

"Tulah ibu, Nawwal suruh duduk rehat. Ibu pergi buat kerja-kerja rumah. Kan sakit dah makin teruk tu. Suruh jelah Nuffa lain kali." Nawwal membebel perlahan sambil mengurut kaki Puan Ruhaila.

"Diakan tengah belajar. Takkan nak kacau," jawab Puan Ruhaila.

"Apa salahnya. Sekurang-kurangnya dia boleh rehat daripada paksa otak tu terima maklumat. Kalau dia tak dapat buat semua kerja rumah, satu dua kerja pun cukuplah." Nawwal tetap berkeras.

"Biarlah dia. Ibu tak nak kacau."

Nawwal mengeluh perlahan

"Dulu masa Kak Nia belajar pun, dia boleh je buat semua. Keputusan dia okay je." Nawwal mula buka cerita. Sekali lagi dia merasakan ketidakadilan berlaku.

"Dah... Tak payah kamu nak sebut-sebut nama dia. Keputusan dia baik pun sebab mengulang kertas. Bukannya masa ujian kali pertama tu," balas Puan Ruhaila.

Nawwal tidak membalas. Kenapalah ada saja yang tidak kena kalau tentang kakaknya?

"Ibu ni... Buat kakak tu macam anak angkat pulak. Kesian dia." Suara Nawwal perlahan.

"Dia anak angkat ke, anak kucing sekalipun kalau dah conteng arang kat muka aku memang sampai mati pun aku takkan terima," kata Puan Ruhaila. Turun naik dadanya.

"Tapi sebelum kejadian tu jadi pun, ibu dengan ayah tetap macam tak pedulikan kakak. Apa kakak nak, tak pernah dapat. Tak pernah ibu dengan ayah tunaikan atau nak hargai kak Nia..."

"Bila masa aku tak hargai dia? Kau jangan nak kurang ajar dengan aku pula ye Nawwal. Tak payah ajar aku macam mana nak besarkan anak. Ini mesti perempuan tu yang ajarkan?" Mata Puan Ruhaila sudah terjengil memandang Nawwal.

"Bukti apa yang ibu nak? Kalau Nawwal cakap pun, ibu takkan percaya. Kakak tak pernah cakap apa-apa tapi Nawwal sendiri nampak kesedihan kakak. Nawwal sendiri nampak dengan mata ni betapa tak adilnya ayah dengan ibu. Tak kesahlah kakak dapat beribu anugerah sekali pun, ibu dan ayah tak pernah nak pandang. Tapi abang Ariyan anak mak ngah tu dapat keputusan yang tak seberapa pun, semua nak raikan dia." Nawwal mula sebak. Dia nampak semuanya, dia nampak.

HeartBeat [ EBOOK ]Where stories live. Discover now