Waalaikumsalam. Buat apa tu? Dah makan?

" Belum. Nak makan apa? Dorang ni masak, masin sangat. " aku tunjuk ke arah Maya dan Selrose.

Kenapa korang bagi isteri saya makan makanan yang masin? Kesian dia tau. Kamu ni nak kena ni. Amboii.

"Eleh loyar buruk Sir ni. Dalam kelas garang, dengan isteri jambu." berdekah Selrose dan Maya ketawakan Sir.

Erghhh dahla. Siap kejap lagi saya ambik korang, kita keluar makan.

Melompat gembira Selrose dan Maya. Sebab sekarang ni memang mengharapkan Sir aja. Kalau dia tipu, memang tak makan la kitaorang. Hahaha girls day gone wrong!

***

"Nis lambat nya laki kau! Mana ni?" rungut Maya yang sudah lama tunggu di luar

"Tu ha dah sampai." Delrose menunding ke arah kereta Myvi milik Sir.

"Sir! Kenapa lambat? Amboi dia tu!" marah Maya. Katanya habis make up cair. Make up boleh cair ke?

Soalan Maya langsung tidak dihiraukan. Sebaik saja aku masuk, tangan Sir aku salam dan ubun ubun aku dicium banyak kali. Merah muka aku, malu dengan tindakkan Sir.

"Yaa allah Sir! Hormat la kita orang yang tak kahwin ni lagi! Tau la rindu pun!" giliran Selrose pula marah Sir. Hahaha kesian Sir harini asyik kena marah dengan students sendiri.

"Ye ye sorry. Marah sekali lagi saya bawa isteri saya ja keluar makan. Nak?" kata Sir sambil fokus memandu.

Hanpir setengah jam Sir memandu entah bila nak sampai.

"Abang lama lagi ke?" aku tanya pada Sir dalam nada manja. Lupa Maya dan Selrose di belakang.

"Weh tengok diorang. Sweet nak mampus, " Maya bisik pada Selrose.

"Kejap lagi sampai sayang, tunggu okey?" pipi aku dicubit lembut.

"Sayang dah lapar ni hm." aku muncungkan mulut aku.

"Mama papa Sel nak kahwin jugak!!!" teriak Selrose dalam kereta.

"Cikgu Praktikal mana lagi yang single dekat sekolah kita? Nak kena ajak nikah juga ni" Maya buat buat tanya pada Sir.

Sir dan aku tergelak dengan gelagat mereka.

**

"Ni asal sesak sangat ni? Sir belanja satu dua lagu." pinta Selrose.

Sir connect handphonenya dengan radio kereta dan buka minus one. Lagu 'KEMARIN' dipilih.

Yaa Allah. Kali kedua aku mendengar suaranya. Sel dan Maya sudah siap siaga merakam nyanyian Sir. Aku? Huh buat apa nak rakam kalau boleh dengar hari hari. Hahaha

Kini, sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang.. Kau disana selamanya.

Sir mengakhiri nyanyiannya yang sangat sempurna. Tambah pula dengan emosinya.

"Lepasni Sir ajar saya nyanyi jelah. Saya bayar Sir." Naya bersuara lepas Sir habis nyanyi.

"Nak menyanyi kena tau suara kita ditahap mana. Macam saya, boleh sampai tennor. Macam Nis saya tak tau la sebab tak pernah test suara dia." Sir terus ajar dalam keadaan jem teruk. Macam ni la kehidupan dengan cikgu dan pelajar. Asyik diajar ja.

"Memang kami tau pun Tennor tu ape. Tunjuk la ish!" aku hanya gelak tengok gelagat Selrose dan Maya bertengkar dengan Sir. Comel pula. Sebab diorang sangat jaga perbatasan dengan suami kawan diorang sendiri.

"Yee yee sabar la. Untuk lelaki, dia ada dua iaitu Base dan Tennor. Base ni macam suara P. Ramle.. Suara dalam. Tennor ni suara tinggi. Contohnya.... "

Sir menyanyikan lagu yang sangat tinggi. Entah apa tajuknya.

"Untuk perempuan pula, ada dua juga. Alto suara kecik atau suara lembut. Untuk not tinggi pula nama dia soprano." bersungguh sungguh Maya dan Selrose mendengar apa yang Sir ajar.

Sir menyuruh Maya dan Selrose cuba.. Boleh tahan juga suara Selrose. Tapi suara maya, hm hampehh! Suara aku pula dipuji sebab aku boleh sampai tahap soprano hahaha. Ehh banyak pula aku gelak bab ni.



HELLO, HAI SEMUA. DAH VOTE DAH? KLAU BELUM, CEPAT VOTE.

BTW, PART MENYANYI TU MEMANG KEJADIAN SEBENAR. HAHAHHA SIR MEMANG AJAR KITAORANG VOCAL DULU. SO MEMANG SIR BOLEH NYANYI. SAPA NAK DENGAR SIR NYANYI? HAHAH MEH PM WS

CERITA NI BUKN CERITA SEBENAR, CUMA DIINSPIRASI OLEH WATAK SEBENAR.

SYED IRFAN (NAMA SEBENAR S... I.....)

NISREENA ROSEREEN (PERWATAKKAN YANG NYATA DAN NAMA YANG DITUKAR)

COMMENT HERE

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now