Demi Faqira.

Serpihan kaca itu diambil dan pandangannya menyasarkan di belakang kepala lelaki itu. Dalam kiraan tiga,serpihan kaca itu berjaya menyentuh belakang kepala lelaki itu sehingga menyeringai jeritan di segenap ruang rumah suram itu.

"Bodoh - Arghh !"

Dengan kesempatan yang ada,Razif membetulkan baju di tubuh Faqira sebelum menariknya secara paksa untuk mengikuti langkahnya. Walaupun dia rasa mahu menangis kerana memperlakukannya sebegini,

Namun dia terpaksa.

"Abang-"

"Ah !"

Razif tersentak daripada lamunan panjang sebelum dia berpaling ke sebelah. Terkejut dia melihat Faqira yang mulai menangis. Dalam tidur ?

"Rose.." Bahu Faqira disentuh perlahan. Cuba untuk menyedarkan gadis itu namun tak berjaya. Nampaknya,Faqira seakan bermimpi tentang sesuatu yang..

Menakutkannya.

"Rose..Hei-" Berkali-kali dia mengejutkan Faqira supaya sedar daripada mimpi buruk itu namun statik tubuhnya kaku apabila dipeluk olehnya. Terkelip-kelip matanya cuba memahami keadaan sekarang.

Tangannya perlahan menyentuh bahu Faqira."Rose.."

"Aku takut.."

Faqira mendongak memandang Razif dengan air mata yang bercucuran. Dapat dia rasakan dirinya yang jelas ketakutan dan menggigil. Mimpi yang benar-benar menghantuinya.

"It's okay..Aku ada."

***

"Lagi ?"

Kepala dilabuhkan perlahan dibahu Razif. Kesejukan malam yang mulai membaluti tubuhnya membuatkan dia terpaksa kerap menahan nafas.

"Mimpi tu,menakutkan."

Razif mengangguk mengerti walau jauh di sudut hati dia bersyukur ke hadrat ilahi. Akhirnya usaha dia tak sia-sia.

"Ada dua lelaki. Dan kau. Kepala aku sakit sebab terhantuk kat dinding. Aku nampak kau-"

"Rose.." Razif menunduk memandang Faqira bersama senyuman nipis. Tangannya perlahan menyentuh bawah mata Faqira yang sembap sebelum laju tangannya ditepis.

"Pahal kau sentuh aku ni ?"

"Tak salah."

"Tak salah amenda ? Haram kau tahu tak ?"

Razif tersenyum nipis. Haram konon. Sandar kat bahu orang tak haram ? Duduk rapat-rapat tu pun tak haram ?

"Kau tahu tak apa makna mimpi tu ?"

"Apa ?"

Razif tersenyum nipis."Kau dah ingat semua balik."

Terasa seluruh tubuh Faqira kaku dek dengan kenyataan yang baru didengarinya tadi. Fikirannya mula bercelaru. Memikirkan tentang setiap mimpi yang dia alami baru-baru ini.

"So-"

"Tu bukan mimpi. "

Air mata Faqira jatuh setitik. Sungguh dia terkejut dan dalam masa yang sama dia takut. Tubuhnya serta-merta menggigil kecil. Terngiang-ngiang dirinya tika dahulu yang menjadi mangsa kepada lelaki bersifatkan syaitan.

The Rose [ C ]Kde žijí příběhy. Začni objevovat