BAB 2

3K 61 0
                                    

  Hanif menghempas badannya yang sangat lesu di atas katil lalu memejamkan matanya.

  "Hmm. Siapa awak sebenarnya. Saya lemah bila lihat awak tadi." kata Hanif seorang diri.

  Datin Diana terdengar rintihan anaknya itu lalu mengetuk pintu bilik anaknya dan masuk.

  "Kenapa ni, Hanif?" Tegur Datin Diana sambil duduk di birai katil anak bongsunya itu.

  "Hm tak ada apa lah, mama. Hanif penat sikit, banyak kerja tadi."

  Hanif cuba berdalih dan mengabaikan perasaannya yang bercampur baur yang sedang menyelubungi dirinya.

  "Hanif, sebagai ibu. Mama boleh rasa apa yang jadi pada anak mama. Anak mama sihat ke tak sihat, ada masalah ataupun tak, semuanya mama boleh rasa sebab naluri ibu itu kuat taw. So share lah, apa yang jadi pada anak mama ni." Pujuk Datin Diana.

  "Hm, tadi Hanif terlanggar seorang perempuan ni. Wajahnya comel sangat dia. Hm Hanif berdebar sangat bila pandang dia. Tak sama macam Hanif pandang client perempuan or mana - mana perempuan yang Hanif pernah jumpa diluar sana. Tapi Hanif cakap ni mama jangan marah yea?"

  "Okey apa dia, sayang?" Tanya Datin Diana dengan lembut sambil memegang tangan anak bongsunya itu.

  "Dia kerja sebagai pembantu kat Kedai Bunga Bella di bangunan sebelah office kita"

  "Ouh, pembantu kedai bunga. Hanif, mama tidak kesah kerja apapun dia. Asalkan dia boleh jadi isteri yang taat untuk anak bongsu mama ini, jaga makan minum and jaga cucu - cucu mama dengan baik. Itu pun sudah memadai banding dengan perempuan kaya tapi tahu bergaya sahaja tidak guna juga, Hanif."

  Hanif hanya mengangguk tersenyum setelah mendengar kata - kata ibunya.

~~~

  "Hm sudah pukul 7:40 malam. Lambatnya Sarah ni siap. Hm nak pergi makan jer bukannya nak dating pun. Lapar sungguh ni. Perut aku dah berkaroke habis ni aduhh."

  Ellyana mengeluh keseorangan lalu melabuhkan punggung di sofa.

"Sarah! Sudah siap ke belum?!"

  Laung Ellyana dari ruang tamu.

"Sekejap! Ha, jom!!"

  Sarah sambil berlari - lari anak ke ruang tamu.

  "Hm lambat. Lapar tahu tak?"

  Ellyana mencebik berpura - pura merajuk dengan rakan baiknya itu.

  "Alaa. Relax lah. Okey aku janji aku belanja kau makan nak?"

  "Hm janji yea?" Jawab Ellyana dengan manja.

  "Ye. Aku janji," kata Sarah bersungguh - sungguh demi menjaga hubungan persahabatan mereka.

~~~

  Setelah selesai menghabiskan nasi goreng udang yang dipesannya tadi, Ellyana melihat persekitaran kedai tersebut terdapat pasangan yang ketawa riang tanpa memikir ketidakselesaan pelanggan lain yang berada disitu, Ellyana mencebik meluat apabila melihat pasangan itu.

  Ellyana mengalihkan pandangan ke tempat lain, tiba - tiba dia ternampak Hanif lalu dan terus duduk di meja makan yang tidak jauh daripada meja makan yang mereka duduk. Ellyana begitu terpegun melihat lelaki pujaannya berada disitu sehingga Hanif perasaan akan sepasang mata yang sedang perhatikannya. Hanif mengenyit mata ke arahnya. Ellyana terkejut dan terus tunduk lalu berona merah pipinya akibat perasaan malu yang menyelubunginya. Hanif tertawa kecil apabila melihat telatah gadis comel molek itu.

  Tiba - tiba Ellyana terlihat seorang wanita datang duduk bersama - sama dengan lelaki idamannya. Ellyana menunduk mengeluh halus.

  "Sarah, jom balik. Aku sudah mengantuk ni."

  "Aik? Selalu bukan kau suka shopping dulu ke sebelum balik?"

  "Haha perut sudah kenyang maa, mata pun sudah berat. Hahaha"

Gurau Ellyana kerana tidak mahu rakannya mengetahui apa yang sedang berlaku.

  Hanif sempat menjeling gadis yang menarik perhatiannya itu ketika berbincang dengan clientnya itu dengan perasaan serba salah. Dia risau gadis tersebut salah faham terhadapnya. Ellyana hanya menunduk berpura - pura melihat telefon bimbit di tangannya. Hatinya bercampur baur gelisah dan ingin mengetahui siapa wanita yang bersama dengan lelaki idamannya itu.

~~~

  Keesokkan harinya, Ellyana masuk kerja awal berbanding hari - hari biasa kerana tidak mahu terserempak dengan lelaki yang telah melanggarnya beberapa hari yang lalu.

  "Assalamualaikum. Good morning Kak Bella,"  tegur Ellyana dengan senyuman lebar.

  "Walaikumussalam. Morning too . Awalnya hari ni. Kak Bella pun baru je buka pintu kedai tadi."

  "Alaa, Kak Bella. Bukan selalu datang awal. Lagipun akak tahukan bunga - bunga dekat sini ibarat nyawa Elly. Elly sayang sangat - sangat bunga dekat sini."

  Kata Ellyana sambil memejamkan mata dan berpusing - pusing sehingga terlanggar Hanif yang baharu sahaja melangkah masuk ke dalam kedai mereka.

  Ellyana nyaris terjatuh namun sempat disambut erat pinggangnya yang ramping itu oleh Hanif. Mata Ellyana yang perang berkilau begitu menarik perhatian Hanif . Masing - masing terdiam termasuk Kak Bella. Hanif cuba membantu Ellyana berdiri semula dengan perlahan.

  "Hm, I'm sorry."

  Ellyana memulakan kata - kata sambil tunduk di hadapan Hanif

  "Hm it's okey. By the way, my name is Hanif CEO of Berjaya's Company and you...?"

  Belum sempat Hanif menghabiskan kata - katanya, Ellyana terus memotong.

  "Erk erm my name is Ellyana and you can call me Elly, Mr. Hanif. And I'm so sorry about this incident."

  Hanif tersenyum sinis.

  "It's okey. But I ad syarat untuk you."

  Hanif mengangkat kening manakala Ellyana terus membulat mata.

  "Okey. Apa syaratnya? Saya terima asalkan Tuan Hanif maafkan saya"

  "Okey syaratnya you mesti ikut I setiap kali I ajak keluar makan. Boleh?"

  "But.." Hanif terus memotong kata - kata Ellyana.

  "Nak maaf or tak?"

  Hanif tersenyum sinis lalu mengeluarkan kad yang tertulis nombornya dan dihulurkan ke Ellyana.

  "If you sudah buat keputusan. You whatsapp I okey." Kata Hanif dan terus berlalu keluar dari kedai tersebut.

  Ellyana terdiam sambil merenung kad  tersebut dan Kak Bella datang menghampirinya lalu mengusap bahu Ellyana.

  "Elly, fikir baik - baik okey."

   Ellyana mengeluh halus dan terus menunduk setelah mendengar kata - kata Kak Bella.

Cinta Tanpa DidugaWhere stories live. Discover now