17

42.2K 1.9K 105
                                    

AISYA mengepit hidungnya. Menahan diri daripada terhidu bau yang tidak menyenangkan. Jalan disini juga agak sesak membuatkan dia terasa pening hendak muntah. Orang yang lalu-lalang di pasar malam ini juga langsung tidak menghiraukan mereka. Bahu Aisya juga kadang-kadang dilanggar oleh orang yang bertentangan lalu dengannya.

       Aisya merengus geram. Dia menyapu kembali bahunya yang dilanggar tadi. Bukannya reti nak minta maaf!

       Dani menggeleng kepala memandang Aisya. Dalam masa yang sama dia menahan tawa. Dia tahu wanita itu tidak selesa sekarang.

       “Meh, sini.” ajak Dani. Pergelangan tangan Aisya yang berlapikkan baju digenggamnya lalu menarik wanita itu rapat dengannya. Aisya tersentak. Dia menunduk memandang pergelangan tangannya yang digenggam. Wajah Dani kembali ditatap.

       “Kau ni jalan macam budak-budaklah sebab itu orang langgar. Tergedek-gedek dah macam itik.”

       “Not my fault, okay? Orang depan kita ni yang jalan lambat sebab itulah I pun jalan lambat! Sudahlah busuk bau ketiak hamis!” sindir Aisya, separuh berbisik.

       “Siapa suruh kau pergi bau ketiak orang? Lain kali duduk rapat dengan aku.”

       “Nak buat macam mana? Dah I terbau. Takkan nak tahan nafas sampai esok? Matilah I!” degus Aisya.

       Dani tidak membalas apa-apa. Dia hanya melemparnya senyuman sinis pada Aisya. Anak mata ditebarkan kearah gerai ayam percik yang berada disebelah kanan.

       “Kita pergi gerai ayam tu. Jom!” ajak Dani. Dia terus menarik Aisya, memaksa wanita itu untuk membuntuti langkahnya menuju kearah gerai itu.

       “Bang, bagi ayam percik empat.” pinta Dani, sedikit menjerit. Penjual itu mengangguk kepala. Dia pantas membungkuskan empat ayam percik ke dalam beg plastik lalu diserahkan kepada Dani. Huluran wang sebanyak 5 ringgit diberi kepada penjual itu.

       “Terima kasih ya, dik.” ucap penjual itu. Dani hanya membalasnya dengan anggukan. Seraya tangan Aisya ditariknya pergi daripada situ. Isi ayam didalam beg plastik itu dilihatnya seketika. Sungguh menyelerakan.

       “Sedap ke ayam percik tu?” soal Aisya, sengaja dia ingin bertanya. Waktu Dani membelinya tadi aku dapat menghidu bau sos ayam itu. Macam sedap.

       “Yup! Rasa dia adalah macam manis-manis pedas macam tu. Aku memang suka beli ayam percik dekat sini. Kau nak beli apa-apa tak? Dekat sini ada macam-macam. Kau cakap sahaja nak apa?”

       “Ermmm… never mind. I tak boleh makan sangat nanti gemuk. Cepatlah, I nak balik ni. Dekat sini panas!” rungut Aisya. Mengibas-ngibas bajunya.

       “Kau ni sikit-sikit balik. Nanti kalau dah balik Kuala Lumpur kau dah takkan boleh merasa semua ni lagi. Ada tu mungkin ada, cuma tak sama dengan suasana kampung,”

       “Who cares? I memang takkan jejakkan kaki ke sini lagi. I menyesal datang sini!”

       “Ceh, makan kata-kata sendiri baru tahu. Yalah… yalah… kita balik sekarang. Karang kau kena sawan khinzir aku juga yang susah… Aaa!” Dani terjerit kecil apabila bahunya dicubit Aisya. Aisya menarik muncungnya ke hadapan. Dani ketawa kecil.

       “Yalah, aku minta maaf. Jom kita balik.”

       “Hmmm…” gumam Aisya.

       Dani ketawa. Pipi Aisya yang sedikit berisi dicubitnya geram. Aisya tergamam. Tak pernah-pernah sebelum ini ada lelaki yang mencubit pipi pau aku ni! Dia tertelan air liur. Anak matanya juga teralih kearah Dani yang sedang memerhatikan gerai-gerai kecil yang berada disekitar pasar malam itu. Entah mengapa apabila dia memandang Dani, ada satu perasaan yang datang menyapanya secara tiba-tiba. Takkanlah ini perasaan cinta?
Ah, aku tak boleh!

      Aisya menggeleng kepala. Tangan Dani yang masih menganggam lenganku ditepis membuatkan dia tersentak. Dia kembali menoleh memandang wajah Aisya yang mula bertukar masam. 

      “I boleh jalan sendiri.” protes Aisya tanpa memandang wajah lelaki itu. Dia terus melangkah ke hadapan terlebih dahulu meninggalkan Dani dibelakang. Kening Dani bertaut pelik. Sekilas dia menunduk memandang tangannya dan kembali mendongak melihat Aisya yang sudah jauh meninggalkan dia dibelakang. Apa salah aku?

Abang Bodyguard Nakal!  (SUDAH TERBIT) Where stories live. Discover now