7

44.7K 1.9K 137
                                    

                           PINTU belakang kereta dibuka oleh Dani, dia menghulurkan tangan kanannya yang memakai sarung tangan ingin membantu wanita itu keluar daripada perut kereta namun Aisya tidak menyambut. Dia terus melangkah turun daripada kereta berjalan menuju kearah pintu masuk hadapan. Sempat Dani menangkap wajah tegang wanita itu yang jelas menunjukkan tidak puas hati tentang apa yang berlaku dirumah tadi. Dani mengeluh kecil. Tiba-tiba sahaja dia terasa serba salah dengan wanita itu. Kalau dia betul-betul mengadu pada Dato Shah pasti aku akan dipecat.

" Cik Aisya..."

"Aisya!" kedengaran suara lelaki garau terlebih dahulu memotong Dani. Dia terus berpaling kearah seorang lelaki yang memakai kot biru gelap berlari terkocoh-kocoh mendapatkan Aisya yang berjalan kearah pintu masuk. Aisya mengeluh kecil. Langkahnya terhenti apabila jalannya dihalang oleh Randy. Dia terus berpaling kearah lain, bosan apabila melihat wajah yang sama menganggunya. Sudahlah mood aku hilang disebabkan Dani, ini datang pula lagi seorang malaun yang menhancurkan mood pagi aku. Aisya merengus geram.

"You nak apa lagi Randy? I tak ada mood nak layan karenah you hari ni..." keluh Aisya.

Randy menggeleng kepala. Bukan niatnya kali ini menganggu Aisya, dia tahu jika wanita itu masih lagi tidak sudi dengan pelawaannya. Luka yang sudah kering didahi Aisya dipandangnya. Randy mula gelisah, dia cuba untuk menyentuh luka itu namun Aisya terlebih dahulu menepis. "Kenapa dengan dahi you tu? Are you okay, Aisya?"

"You ni kenapa, huh? Berapa kali I nak kena cakap dengan you yang I tak suka orang panggil I Aisya! You tak faham bahasa ke apa? And lagi satu I tak nak jumpa you. Sampai bila-bila pun I takkan suka dekat you. so please... jangan ganggu I lagi sebab I dah lambat."

"Kejap Aisya!" halang Randy, pantas dia menggapai tangan Aisya yang hampir meninggalkannya disitu. Aisya mengeluh kecil. Dia kembali memusig memandang Randy.

"Kenapa Cik Aisya? Kenapa you tak boleh terima I? apa salah I pada you? I tak pernah cintakan perempuan lain selain you, Cik Aisya. I kaya, I ada rupa, ada rumah sendiri tetapi kenapa you tak boleh nak terima I?"

"Randy please...lepaskan tangan I." pinta Aisya bernada serius. Soalan Randy tadi langsung tidak dibalasnya. Sudah muak dia menjawab soalan yang sama berkali-kali. Namun Randy menggeleng kepala, enggan untuk melepaskannya. Dia tahu jika dia melepaskan tangan wanita itu, pasti Aisya akan berlalu pergi begitu sahaja tanpa menjawab soalannya tadi. Aisya mengeluh kecil.

"I takkan lepaskan you selagi I tak dapat jawapan."

" Jawapan apa lagi yang you nak? I dah cakap pada you yang I tak cintakkan you!" bentak Aisya, geram.

"But why Aisya? Pasti ada sebabnya kan? You takkan tolak cinta I tanpa sebab."

"The reason is I tak suka you. Sudahlah Randy I nak masuk kerjalah, lepas!"Aisya merentap kasar tangannya cuba untuk dilepaskan, namun gagal. Semakin lama semakin kuat cengkamannya pada pergelangan tangan wanita itu. Terkulat-kulat Aisya memandang orang sekelilingnya yang hanya melihat tanpa membantunya.

Abang Bodyguard Nakal!  (SUDAH TERBIT) Where stories live. Discover now