6

45.6K 2K 63
                                    

                             AISYA merengus geram. Hampir lima kali juga dia menghubungi Dani tetapi satu panggilan pun tidak dijawab. Dia terus bangun daripada duduk disofa, lalu kedua belah tangannya memeluk tubuh. Sesekali jam di dinding diperhatikan Aisya yang sudah menandakan pukul 7:10 pagi. Aisya menjulingkan anak matanya keatas, dengan menayang muka menyampah.

"Pekerja yang amanah konon... janji kata sampai pukul 7, tapi sekarang dah lebih 10 minit! I dah agak, dia pasti akan lambat punya. Pekerja macam dia memang tak boleh diharap. Entah apa yang dia racun papa untuk terima dia pun I tak tahu." sinis Aisya, berkata seorang diri. Tanpa menunggu masa lagi dia terus mencapai beg tangan gucci miliknya menuju kearah pintu utama. Baik aku minta tolong pak cik guard sahaja yang hantar daripada tunggu dia! Baru sahaja dia hendak memulas tombol pintu, ada seseorang lebih pantas memulasnya lantas ditolak kearah Aisya.

Dush!

Tubuh Aisya jatuh terjelepok ke atas lantai. Terasa ada denyut didahinya kerana terhantuk pada pintu yang dibuka tadi. Aisya mengerang kesakitan. Dia menyentuh sedekit dahinya yang terasa pedih itu. Terbeliak biji matanya melihat ada cecair merah pekat yang terlekat pada jarinya. "Oh my gosh, what is this?"

Cepat-cepat dia bangun, berlari pantas mendapatkan cermin besar yang tergantung diruang tamu. Terlopong luas mulutnya apabila melihat luka kecil disitu. Habis rosak solekannya itu hanya disebabkan satu luka kecil. Aisya menjerit, kuat. Terhinjut bahu Dani mendengarnya. Lantas dia berlari laju mendapatkan Aisya yang masih lagi berdiri dihadapan cermin. Berdebar-debar jantung Dani saat ini takut jika terjadi sesuatu yang tidak elok pada wanita itu.

"Cik Aisya okay ke tidak tu? Maaflah sebab saya lambat. Adik saya ada buat masalah sikit tadi."

"You tanya I okay ke tidak? You look at this!" herdik Aisya, menunding jari kearah dahinya yang terluka gara-gara tindakan Dani membuka pintu tanpa izinnya. Dani mengecilkan sedikit matanya memandang kearah luka itu. Tak adalah teruk mana. Luka sekecil semut pun jerit macam cedera parah. Minah ni buat aku risau sahaja...

"Laaa... luka sikit aje pun."

"Luka sikit you kata? Sepanjang I hidup I tak pernah sekali pun terluka you tahu tak? Ini pertama kali dalam sejarah I terluka disebabkan bodyguard bahenol macam you!" bentak Aisya, tidak puas hati. Turun naik nafasnya kali ini memandang Dani yang seolah-olah tidak bersalah.

Dani menggeleng kepala. Kecil sahaja dia memandang wanita acah diva dihadapannya sekarang. Sabar Dani sabar, ingat sikit dia bos kau sekarang ini. Kalau tidak, dah lama kau boleh tumbuk muka minah ini biar lagi banyak luka! Baru dia tahu langit itu tinggi ke rendah. Omel Dani tidak puas hati.

"Cik Aisya ni kenapa, huh? Takkan luka sikit pun nak marah tak tentu fasal?"

"Of course! Nanti orang pandang I buruk macam mana? Mana I nak sorok muka cantik I ni? Kalau you bayar ganti rugi tak apalah juga."

Eh, eh perempuan ni... luka kecil macam itu pun nak minta ganti rugi memang dah melebih sekarang ni! Kedua belah tangan Dani mencekak pinggang. Dia berjalan beberapa tapak mendekati wanita itu. Kepala Aisya sedikit terdongak memandang tubuh lampai lelaki itu. Dani tersenyum sinis. Sekali aku tolak, tak fasal-fasal melayang diva pendek ni!

"Hei, kau ni kenapa ek? Luka sikit macam tu pun nak merengek macam cedera parah. Budak kecil pun tak macam inilah. Dia orang lagi bijak daripada Cik Aisya!" sinis Dani, selamba. Jatuh rahang Aisya mendengarnya. Kedua belah tangannya dikepal-kepal, kuat. Rasa sepesti ingin melepaskan tumbukan sahaja pada mulut lancang lelaki itu.

"Habis? You nak kata yang I ni bodohlah sekarang ni?" soal Aisya, dingin.

"Memang pun."

Terbeliak biji mata Aisya mendengar jawapan selamba daripada lelaki itu. Makin berderau darah Aisya kali ini. Terasa seperti ada asap naga keluar daripada telinga kiri dan kanannya. Ah, aku dah tak boleh tahan dengan bodyguard ini lagi! Terus Aisya mencapai telefon canggihnya yang berada diatas sofa. Gayanya seperti ingin menghubungi seseorang. Malah Dani masih lagi kelihatan tenang. Sedikit pun dia tidak menggelabah dengan tindakan wanita itu."

"I akan report benda ni dekat, papa. You memang dah melampau! Tak pernah lagi ada orang cakap macam itu pada I! sudahlah semalam you kata benci dekat I, bawa kereta laju sampai sampai nak tercabut nyawa! Selepas itu you boleh pula kata yang I ni wanita yang dah 'kosong' ? it's too much, Dani!"

"Heh, Cik Aisya takkan boleh buat apa-apa. Dato Shah takkan pecat saya." ucap Dani begitu yakin. Malah Aisyahanya tersenyum sinis. Tak mungkin Dato Shah akan membiarkan mamat Dani ini kerja dengan aku lagi. Dah banyak kesalahan yang dia lakukan pada aku.

"Of course dia akan pecat you sebab you dah banyak buat kesilapan."

"Tidak. Semua ni salah Cik Aisya sendiri. Saya memang tak suka dekat Cik Aisya pun. Sudahlah gedik, seksi selepas itu kurang ajar pula tu. Memang tak ada ciri-ciri kewanitaaan langsung!" sindir Dani, mengejek.

Aisya berhenti mendail nombor telefon ayahnya. Hatinya kini kembali panas dengan kata-kata Dani. Telefon canggih ditangannya, digenggam kuat. Boleh tak kalau aku nak sumbat mulut mamat ni dengan telefon? Biar petak mulut dia!

"Bukan itu sahaja, malah selfish. Cakap dengan orang tua sendiri pun macam tak ada adab. Jadi saya tak perlu nak hormat orang seperti Cik Aisya sebab Cik Aisya pun layan saya begitu serta orang lain." sambung Dani lagi.

"You..."

"Lagi satu Cik Aisya tahu tak kenapa Cik Aisya masih bujang sampai sekarang? Sebabnya Cik Aisya ni tak cantik pun, cuma Cik Aisya sahaja yang perasan lebih." sindir Dani. Lagi membuak-buak gunung berapi Aisya apabila lelaki itu mula mengaitkan kecantikannya. Ini sudah melampau!

"Habis you tu? Handsome sangatlah, huh? You pun masih bujang, tak payah nak ejek I sangatlah!" bidas Aisya, laju.

"Eh, saya dengan Cik Aisya berbeza ya. Saya dah ada calon yang sesuai untuk saya. Cik Aisya ada?" Dani kembali menyoal. Aisya terdiam tanpa sepatah kata. Sememangnya dia masih belum mempunyai calon yang sesuai untuk bertakhta dihati. Kalau ada yang mahu pun cuma Randy, tetapi awal-awal lagi sudah ditolak tepi. Aisya terkulat-kulat mencari jawapan, masih lagi tidak mahu mengalah. Dia pasti lelaki ini pasti akan menyindirnya nanti. Dani tersenyum sinis.

"See? Tiada siapa pun yang inginkan Cik Aisya termasuk saya. Cik Aisya anggap diri Cik Aisya cantik, tapi hakikatnya tak. Cik Aisya tak cantik bermula daripada sini." ujar Dani, sambil tangannya menepuk dada menunjuk kearah hati. Aisya tidak mampu berkata apa-apa lagi. Lidahnya terasa kelu terkunci dengan kata-kata lelaki itu. Tiada sebarang reaksi ditonjolkan pada Dani, malah dia terus mencapai beg tangan gucci berlalu pergi daripada situ. Bahu Dani sengaja dilanggarnya kasar sehingga lelaki itu sedikit tergenjak ke tepi.

Abang Bodyguard Nakal!  (SUDAH TERBIT) Where stories live. Discover now