5

48K 1.9K 49
                                    

HARI berganti malam, bedak sejuk ditempel-tempelkan rata pada wajahnya. Terasa dingin sahaja kulit wajahnya sekarang. Bagi Aisya, dia lebih suka memakai bedak sejuk daripada memakai produk luaran yang banyak menggunakan bahan kimia diluar sana. Kemungkinan besar akan menyebabkan wajah cantiknya ini tumbuh jerawat jika kulitnya sensitif. Harga bedak sejuk pun lebih murah daripada produk yang menggunakan kimia. Setelah selasai dia menyapu bedak sejuk, Aisya pun bangun berjalan menuju kearah jendela.Kedua belah tangannya diletakkan diatas kekisi, sambil kepalanya terdongak memandang langit yang kegelapan dihiasi pula dengan bintang-bintang yang jarang sekali muncul di malam hari.

Deruan angin yang perlahan menyapa lembut wajahnya. Terukir senyuman lebar dibibir Aisya. Tiba-tiba sahaja suasana ini membangkitkan semula kenangannya bersama arwah mamanya, Datin Shida. Dia memang seorang yang cantik. Ramai lelaki yang cemburu dengan papa kerana dapat merebut hati Datin Shida. Akan tetapi disebabkab cemburu juga, ada yang sampai melakukan perkara jahat sehingga aku dan D'ato Shah kehilangan orang yang tersayang, sebab itulah aku lebih memilih untuk jadi seorang yang sombong daripada periang. Kalaulah Datin Shida masih hidup, aku takkan jadi macam ni...

"mama...Aisya rindu sangat dekat, mama. Entah bila lagi kita boleh berjumpakan, ma?" ujar Aisya, bermonolog sendirian.

Tok! Tok! Tok!

Kedengaran pintu diketuk, memecahkan suasana hening Aisya sebentar tadi. Dia menoleh ke belakang memandang Dato Shah yang sedang membuka pintu. Senyuman kecil dicarik Aisya. "kamu sibuk ke?" soal Dato Shah sekadar meinginkan kepastian. Dia risau jika kehadiran dirinya menganggu Aisya yang sedang sibuk. Malah Aisya menggeleng. Dia terus mengatur langkah kearah birai katil, lalu melabuh punggung disitu. Begitu juga Dato Shah.

"macam mana dengan bodyguard yang papa pilih tu? Okay tak?" soal Dato Shah, sekadar ingin tahu. Aisya mengeluh.

"Aisya tak sukalah, pa. Dia tu poyo lebih tahu tak? Tak habis-habis nak sekolahkan Aisya, Aisya rimaslah..." rungutnya, manja. Dia menunduk kepala ke bawah memandang jari-jemarinya yang tidak duduk diam mencubit satu sama lain.

"tapi dia tidak sentuh Aisyakan? Atau...buat sesuatu yang tidak elok pada Aisya?"

"memanglah, tapi Dani tu macam tak suka Aisya aje. Tengok muka Aisya ni pun macam nak bunuh orang. Mana ada pekerja pandang macam itu pada bos dia sendiri." adu Aisya, lagi. Dato Shah mengerut kening pelik. Apa pula macam nak bunuh? Aku tengok baik sahaja budak tu.

"papa tengok muka dia handsome aje, celah mananya yang nampak macam pembunuh?" soal Dato Shah, bingung.

"memanglah handsome tu ad...adalah sikit tapi bila dia dengan Aisya dia buat muka macam gatal tau. Aisya tak sukalah!"

Dato Shah menggeleng kepala, tidak setuju. Kedua belah bahu Aisya ditarik menghadapnya. "Aisya...abang Dani tu bukan seperti yang Aisya sangkakan. Papa dah tengok segala dokumen pengenalan dia, dan dialah perkerja yang paling jujur dan amanah. Papa takkan izinkan dia jadi bodygyard Aisya kalau sebelum ni dia ada terlibat dalam jenayah." ujar Dato Shah. Aisya mengerut kening, dia mengangkat wajah memandang Dato Shah.

"abang?" entah mengapa panggilan 'abang' itu agak janggal bagi Aisya. Dato Shah ketawa kecil. "yalah...abang. Dani itukan lebih tua daripada kamu, sebab itulah papa gelarkan dia abang."

"seriuslah? Umur dia berapa, pa?"

"27 tahun."

"dia dah kawin ke?" soal Aisya lagi. Entah mengapa dalam banyak-banyak soalan, soalan itu juga yang terpacul keluar daripada mulutku. Terus Aisya menekup mulut, matanya membulat saat menyedari soalannya itu langsung tiada kena mengena. Agak-agak Dato Shah sempat dapat tangkap tak? Dato Shah tertawa kecil. Tergeleng kepalanya memandang Aisya. Dokumen pengenalan diri Dani diletakkan diatas riba anaknya. "bacalah sendiri. Papa bukan isteri dia untuk ceritakan semuanya untuk kamu."

"si...siapa kata nak baca? Ai...Aisya tak minatlah nak tahu fasal mamat tu." acewahhh! Pandai ek kau Aisya? Padahal kau yang terkobar-kobar sangat nak tahu fasal identiti lelaki itu. Aisya menggigit bibir. Kepala ditundukkan ke bawah.

"heh, yalah tu. Kalau tak nak tahu kenapa tadi tanya?"

"manalah Aisya tahu. Soalan tu tiba-tiba sahaja terkeluar, bukan sengaja." rungut Aisya. Bibirnya dimuncungkan kehadapan. Acah-acah seperti comel. Dato Shah menggeleng kepala. Kedua belah pipi Aisya dicubitnya, manja lalu digerakkan ke kiri dan ke kanan. Comel betul anak aku ni...

"sudahlah, jangan mengada sangat malam ni. Papa dah nak pergi tidur. Esok kena bangun awal, kamu pun sama kena bangun awal. Bodyguard Aisya akan sampai dalam pukul 7 esok." pesannya. Aisya hanya mengangguk kepala. Dahi wanita itu dikucupnya terlebih dahulu sebelum dia bangun melangkah keluar daripada bilik itu. Setelah kelibat Dato Shah menghilang, dia menunduk memandang dokumen diatas ribanya. Lama juga dia memerhati, dalam lima minit begitu? Hmm...nak baca ke tak? Jari terlunjuknya mengetuk dagu, buat-buat seperti sedang berfikir. Tak sampai berapa minit, dia menjongket bahu. Helaian pertama dibukanya, melihat biodata serta gambar lelaki itu yang terpapar dihalaman pertama. Aisya tersenyum menyenget. Kerek betul mamat ni.

Nama: Mohamad Dani Iskandar Bin Alfateh.

Umur: 27 tahun.

Status: Bujang

Aisya tertawa sinis apabila melihat perkataan 'bujang'. Entah dimana lawaknya disitu sehingga membuatkan dia ketawa. "muka handsome tapi tak laku. Piigi dah! Mesti perangai teruk. Thats why bujang sampai sekarang. Padan muka tak ada orang minat!" sinis Aisya.

PAP! Dokumen pengenalan diri Aisya dicampakkan keatas meja. Dia mencapai secawan teh panas yang berada di situ lalu dihirupnya perlahan-lahan. Setelah habis diminum, dia meletakkan semula cawan itu ke atas meja. Gambar Aisya yang terpapar disitu, ditatapmya. Dia tersenyum sinis. "harap muka aje cantik, tapi perangai kalah bohsia. Nasib baik kau dah jadi bos aku sahaja, kalau tidak dah lama aku bunuh kau!" sinisnya.

Geram pula apabila dia teringat kembali pada mulut tempayan wanita itu. Kalau boleh mahu sahaja dia menjahit bibir wanita itu, biar bisu sampai bila-bila. Tetapi apakan daya, dia hanya seorang perkerja yang terpaksa menuruti arahan.

"abang..." panggil Aisyah tidak seberapa jelas sebutannya. Akan tetapi cukup untuk Dani menangkap suara itu. Dia menoleh kearah budak perempuan yang dalam lingkungannya 7 tahun sedang bermain dengan anak patung. Wajahnya tidak cerah seperti budak kecil yang lain, malah dia mempunyai penyakit kulit yang dihidapinya sejak lahir lagi. Aisyah bukanlah seorang budak yang normal tetapi dia adalah budak kurang upaya yang bisu sejak terkena demam panas sewaktu kecil dahulu. Sejak kematian arwah ibu dan ayahnya dialah yang akan bertanggungjawab untuk menjaga Aisyah sehingga besar.

Dani tersenyum nipis. Dia terus bangun melangkah kearah Aisyah, lalu duduk bersila diatas lantai menghadap Aisyah yang masih leka bermain dengan anak patungnya. " Aisyah, jom masuk tidur. Dah malam ni. Abang nak kena masuk kerja awal esok." pujuk Dani dengan jari-jemarinya yang pantas membuat bahasa isyarat. Malah Aisyah menggeleng tanda tidak mahu. Kelopak matanya masih belum terasa berat untuk tidur walaupun jam sudah menandakan pukul 11 malam.

"tak nak. Aisyah nak main dengan abang. Aisyah nak abang bawa Aisyah jalan-jalan." rungut Aisyah, cuba untuk bertutur seperti orang normal biarpun ia sukar untuk Aisyah. Namun Dani masih lagi boleh memahaminya. Dia menggeleng kepala, sambil rambut Aisyah dielusnya lembut.

"tak boleh, Aisyah. Abang kena pergi kerja awal esok. Lagipun Aisyah akan duduk dengan kak puteri jugakan esok? Ajaklah kak Puteri jalan-jalan."

"tak nak! Aisyah tak suka dia, dia jahat!"

"AISYAH!" keras Dani. Tak sangka Aisyah sanggup berkata begitu pada Puteri. Sepatutnya dia harus bersyukur kerana orang seperti Puteri sudi menjaga kanak-kanak OKU seperti Aisyah. Bukannya meghina!

"kenapa Aisyah cakap macam tu? Tak baiklah! Dia yang tolong jaga Aisyah waktu abang pergi kerja! Kalau tak ada dia, siapa nak jaga Aisyah? Dia yang bagi Aisyah makan tau selama ni!" herdik Dani.

Aisyah mendiam. Terus dia mencampakkan anak patungnya ke tepi dan bangun berlari anak masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempasnya kuat. Dani mengeluh kecil. Dia meraut wajah untuk seketika, cuba untuk menenangkan diri. Terasa serba salah pula kerana meninggikan suara pada Aisyah. Dia tahu, dia tidak sepatutnya berkasar dengan budak kecil seperti Aisyah yang sensitif dengan kata-kata berbaur amarah.

Abang Bodyguard Nakal!  (SUDAH TERBIT) Where stories live. Discover now