Dia resah selama beberapa minit. Matanya asyik tertumpu di muka pintu.

Mana isterinya? Dia cuba menghubungi Hara namun tidak dijawab. Tanpa menunggu lama, barangnya dikemas.

"Class dismiss!" Terus dia keluar dari dewan kuliah dan mencari Hara.

       

Panas hatinya! Dia cuba menahan marah sewaktu berada di meja makan bersama mama dan papanya. Naik sahaja bilik, dia melihat isterinya sudah terbaring di atas katil.

Dia tahu Hara belum tidur memandangkan tangannya bergerak-gerak memicit pelipis dahi.

"What's your problem, Hara?"

Hara mencelikkan mata taktala mendengar suara kasar itu.

"Hara cuma pening je."

"No. I'm not asking about your condition right now. It's not important matter for me I guess."

Pedih. Kata-kata itu menusuk kalbu seorang isteri. Malas mahu memanjangkan cerita, Hara kembali menutup mata.

"Hei, I'm asking you. What's your problem actually? What's your point to be my wife?"

Makin pening kepala Hara. Bukankah dia sudah menjelaskan hal sebenar?

"Hara dah explain dah kan... Hara kahwin dengan abang sebab mama, sebab mama minta tolong, sebab Hara cint..."

Hara terdiam. Ternyata lelaki itu terus memandangnya dan Hara perlu mendongak kerana Eian cuma duduk di sebelahnya manakala dia baring mengiring ke arah suaminya.

"You love me, is it? But why I saw you with other guy?"

"Bila masanya Hara keluar dengan lelaki lain? Tadi lepas balik dari U, Hara tak ada singgah mana-mana pun."

"You dah lupa you lunch dengan lelaki?Lupa ke diri tu dah jadi wife orang?Seronok bergelak-ketawa macam cafe tu dia punya?"

"No wonder lah you terus keluar dari class I tadi. Rupa-rupanya nak pergi date dengan jantan lain kan?"

"Watch your mouth!"

"What?! Betulkan apa I cakap?"

Hara bangkit dari katil sebelum dia memandang semula ke arah Eian.

"Abang ingat Hara ni apa? Jenis perempuan yang tak malu? Tak ada harga diri? Biar je maruah dipijak?Macam tu ke apa yang abang fikir?"

"I'm glad finally you know who you are. What are you listed just now are really you. Real you. Real Ledy Hara."

Hara berpaling dari suaminya sebelum matanya dikerdip-kerdip beberapa kali.

"Abang cakap Hara perempuan yang tak malu?"

"Yes!" Angkuh nadanya.

"Hara perempuan yang tak ada harga diri?"

"True." Penuh yakin.

"Hara tak ada maruah?"

"Of course."

Tanpa dipinta air matanya menitis. Eian tidak mengendahkan langsung linangan air mata itu. Sudahlah dia tengah pening kepala, kini hatinya terluka dek kata-kata sang suami.

"Abang pandang Hara."

Eian menatap wajah itu.

"Apa yang abang nampak dekat Hara?"

"Shameless, selfish and liar."

That guy should be grateful sebab dia dapat wife yang caring, soft-hearted, tak selfish, can be trusted, beautiful with your own way and paling penting sekali you seorang gadis yang berhati jujur.

Itu dulu, Hara. Sebelum dia kena tipu dengan kau.

Hara mengukir senyuman buat suaminya. Namun senyuman yang tiada seri.

"Apa yang Hara boleh buat untuk dapatkan kepercayaan abang? Dapatkan kemaafan abang? Paling penting sekali apa yang Hara kena buat supaya hati abang cuma milik Hara?"

"Do nothing, Hara. Because you and me, that's too impossible. There's no us. For how many time I kena ulang yang I cintakan Mel? Cinta I bukan milik you. You tak layak pun untuk dapat cinta I. Why?"

Hara menatap wajah Eian.

"Sebab I tak suka perempuan yang nakkan perhatian lelaki, nampak sangat murah. Mana maruah you? What can I say, you terlalu bodoh kerana cintakan I."

Tiada balasan. Hara terus memejamkan matanya. Dia tidak sanggup lagi untuk melihat wajah itu. Kata-kata itu bagai membelah jiwanya.

Ya Allah! Aku tidak tahan, aku tidak mampu!

Esakan mula bergema dalam bilik tidur mewah itu. Hara kembali membuka mata taktala dia berasa derapan kaki seseorang yang mendekatinya.

Eian sedang berdiri sejengkal dari tempatnya. Bibir lelaki itu seperti ingin berbicara. Dan ternyata telahannya tepat apabila Eian bersuara.

"Tak ada apa yang istimewa dekat you, Hara. Lelaki terkejarkan you sebab you cantik je. You fikir I jenis macam tu ke?Banyak mana pun sayang dan cinta you pada I , I tak akan pandang sebab you di sisi I tak ada apa."

Ditundukkan sedikit badannya sebelum berbisik di telinga Hara.

"Useless."

Dia kembali menegakkan semula posisi badannya. Dia lihat isterinya sedang menangis teresak-esak, namun dia tiada hati ingin mengesat air mata itu. Jauh sekali ingin memujuk memohon maaf.

Jarak antara mereka ditambah sedikit sebelum Eian memusingkan badannya membelakangi Hara. Kepala ditoleh sedikit.

"You berhak untuk sayang I sebagai suami you yang sah. I tak halang sama sekali, Hara. Tapi you tak layak untuk minta I balas semula perasaan you. Kita diikat dengan hubungan suami isteri, bukan hati."

"Kalau you dah jumpa saat untuk you pergi dari hidup I, bagitahu I. You tahu apa akan jadi selepas tu. Ingat, status kita hanyalah di atas sekeping kertas."

Dum!

Melihat Eian sudah keluar dari bilik tidur mereka, Hara jatuh terjelepok. Kakinya longlai dan tidak mampu menahan tubuh. Bahunya terhinjut-hinjut sebelum sebelah tangan menekup kuat mulut agar tidak mengeluarkan bunyi esakan yang semakin tak tertahan itu.

Eian umpama mati hati. Tidak difikir langsung perasaan halus seorang isteri. Apa lagi yang harus dia lakukan supaya suaminya menerima kehadiran dia sebagai isteri?

Tidak layakkah dia bahagia? Tidak layakkah dia untuk merasai kasih sayang dari seorang suami? Dia juga ingin dicintai, disayangi dan dikasihi. Bukannya dimaki, diperli dan dihakimi sebegitu.

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 حيث تعيش القصص. اكتشف الآن