BAB 1

347 5 0
                                    

"BANGUN semua!.."

"Terima kasih cikgu!.."

"Baik. Terima kasih. Make sure homework yang saya bagi tadi kamu semua siapkan esok ya." pesan Cikgu Salina, guru mata pelajaran Bahasa Malaysia sambil membimbit beg tangannya melangkah beredar dari Kelas 6 Cempaka 3.

"Zulaika."

"Em.?" balas Zulaika sambil menyusun buku-bukunya yang ada di atas meja lalu dimasukkan ke dalam beg sandang yang selalu dibawanya. Segera memandang Syila yang berada di sebelahnya.

"Adik kau tunggu tu.." kata Syila sambil menunding jari telunjuknya ke luar koridor kelas buat Zulaika kalih pandang sebentar ke arah itu. Kelihatan Zuhaira lagak sedang menunggu. Sesekali merenung persekitaran sekolah.

"Oh okey. Aku balik dulu ya. Bye.." balas Zulaika semakin pantas menyusun buku-bukunya itu.

"Okay bye.. Jumpa esok." balas Syila melambai senyum.

Zulaika senyum balas dan segera keluar kelas menghampiri Zuhaira yang tersenyum manis memandangnya.

"Dah lama tunggu kak long?" tanya Zulaika tersenyum memandang adiknya yang kini berumur enam belas tahun, muda tiga tahun daripadanya sahaja.

"Tak. Baru je. Tadi adik ada kelas pendidikan seni, tu yang terus datang sini ni." jawap Zuhaira yang berkulit sawo matang dan agak tinggi sedikit daripada itu.

"Okey. Jom."

Kedua adik-beradik itu melangkah seiring menuju ke pondok menunggu bas sekolah. Mereka berhenti sebentar membeli rojak yang dijual berhampiran dengan pintu pagar sekolah.

"Adik, petang ni kak long ingat nak keluar dengan Abang Amir la. Adik nak ikut tak?" tanya Zulaika sambil mengunyah buah pelam jeruk yang berada di tangannya. Turut sama Zuhaira yang lebih suka minum air yang berbungkus.

"Abang Amir? Emm.. tak nak la kak long. Boring la. Dia asyik layan kak long je. Adik macam tiang lampu pulak."

Zulaika tersenyum lucu dengan kata-kata adiknya itu kerana memang benar apa yang dikata. Sebelum ini jika Zuhaira ikut serta pasti hanya duduk diam membisu. Hanya memerhati gelagatnya dengan Amir sahaja.

Mereka berdua terus menanti bas sekolah untuk pulang ke rumah seperti biasa sambil meneruskan perbualan. Sesekali gelak tawa adik-beradik itu kedengaran mengamitkan suasana pulang sekolah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"PAPA, projek di Taman Bandar Limau dalam masa lima hari lagi bakal siap. Cuma kita perlu tunggu" kata Amir atau nama penuhnya Amir Firdaus yang sedang duduk berhadapan dengan Azman, ayahnya yang berumur dalam lingkungan lewat 50an. Lelaki itu merupakan CEO Syarikat Permata Hilir yang telah dibangunkan sejak Amir masih belajar merangkak lagi.

"Okey.. Emm.. nanti kamu buat perasmian untuk projek tu ya. Sebab papa kena handle projek di Taman Putri Cina minggu depan." pinta Azman sambil menyelak fail yang berada di hadapannya. Sekilas memandang anak lelaki tunggal kesayangannya itu.

"Ok pa. No problem at all." balas Amir tersenyum faham. Lebih kurang dua tahun dia memikul tanggungjawab sebagai pengurus di situ selepas tamat pengajian di peringkat diploma dalam pengajian perniagaan yang diminatinya.

"Anyway.. semalam mama ada beritahu papa yang Amir dapat surat tawaran sambung study di London, Course in Business Management. Betul ke?" tanya Azman setelah menutup fail kerjanya itu.

Satu Nama Dalam HatiWhere stories live. Discover now