Siti Fatimah Mohd Mera atau lebih dikenali dengan nama pena sebagai Ima Fatima merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik. Beliau telah dilahirkan pada tarikh 3 Julai 1991 di Batu Kurau, Perak dan dibesarkan di Sungai Petani, Kedah. 

Ima Fatima atau lebih selesa disapa dengan nama 'Ima' telah menamatkan pengajiannya di dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Universiti Utara Malaysia (UUM). Wanita muda ini telah menjadikan bidang penulisan adalah salah satu hobi pada masa lapangnya. Niat pada mulanya hanyalah sekadar suka-suka sejak 10 tahun lalu, telah bertukar menjadi salah satu sumber pendapatan buat isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini. Kini, beliau telah mengeluarkan dua naskhah bertajuk 'Penantian Cinta' & 'Satu Nama Dalam Hati' di dalam bentuk eBook atau digital yang mudah diakses dan dibaca secara dalam talian.

Di akhir kata, beliau juga berharap pembaca dapat memberi sokongan yang padu buatnya dalam menulis karya yang lebih bermutu dan bernyawa lagi selepas ini. InsyaAllah..

"Terima kasih kerana terus menyokong sis ima. Thanks a lot for your support sis & bro. "
- Ima Fatima ❤

✿ Penantian Cinta (eBook launched!)
✿ Satu Nama Dalam Hati (eBook launched!)
✿ Seharum Cinta Sejati (Coming Soon!)
✿ Rindu Tak Terbalas (Coming Soon!)

Instagram ⤵
https://www.instagram.com/novel_imafatima
FB ⤵
https://www.facebook.com/sitifatimahima91
Blog ⤵
https://sweetlifestoryima.blogspot.com

HAK CIPTA TERPELIHARA ❤
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada terbitan hasil karya ini diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan ke dalam bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penulis terlebih dahulu.
  • Sungai Petani, Kedah
  • JoinedAugust 18, 2019



Stories by Siti Fatimah ✿ Ima Fatima
Satu Nama Dalam Hati by imafatima91
Satu Nama Dalam Hati
AMIR dan Zulaika, dua insan yang sedang menghayati saat-saat indah bercinta seperti insan lain. Namun, percin...
Penantian Cinta by imafatima91
Penantian Cinta
CINTA sangat indah untuk diungkap melalui manis bicara kata-kata. Cinta yang suci ada kalanya memerlukan satu...
Apa itu Merdeka??? by imafatima91
Apa itu Merdeka???
Cerpen hasil karya tulisan ima buat majalah sekolah sempena sambutan bulan Kemerdekaan yang ke-53 iaitu pada...