Esakan nya masih lagi ada walaupun air matanya sudah kering. Dia buntu bagaimana ingin mendapat wang pembiayaan untuk pembedahan abang nya. Dari mana sumber yang boleh di dapatkan. Ingin meminta pertolongan tiada keluarga dan saudara mara. Hanya abang nya sahaja. Itu pun sedang terlantar lemah di atas katil.
"Ara..."
Dia memandang wajah kakak iparnya. Simpati dengan nasib isteri abang nya itu. Kesan kehitaman di bawah matanya menandakan wanita itu tidak cukup tidur ataupun langsung tiada tidur kerana amat risaukan keadaan suaminya.
"Akak.. Sabar kak. Jangan risau, Ara usahakan jugak untuk dapatkan duit tu. Akak jaga je abang baik - baik dekat hospital". Cuba memberi kekuatan walaupun dirinya langsung tidak kuat. Diberi kan pelukan pada wanita itu.
"Macam mana Ara? Abang tu mana ada PERKESO. Duit simpanan mana cukup. Ara, akak tak nak kehilangan suami akak...". Tersedu sedan menahan tangis.
"Ara pun sama kak. Dia je satu - satunya keluarga Ara yang masih hidup. Ara tak dapat bayangkan kalau dia takde"
Mereka berdua bersama - sama menangisi kesusahan yang dihadapi oleh mereka. Tidak dihiraukan mata - mata memandang di lobi hospital itu.
*****
Direnung skrin komputer riba yang masih menyala. Entah apa yang difikirkan nya tadi. Kusut. Serabut. Dan keliru. Masing - masing bergabung di dalam fikirannya ketika ini.
Dia menaip - naip pada kekunci huruf - huruf. Ingin mencari kalau ada apa - apa sebarang iklan yang sudi menjadi penderma. Setiap laman sesawang dikunjungi. Itu lah kerja nya di tengah malam ini bersama kopi sebagai peneman.
Matanya tertarik pada satu iklan. Tanpa membuang masa, ditekan satu persatu iklan itu. Tertarik dengan jumlah wang yang diberikan.
RM 50,000.00
Mata redup nya membulat sebaik matanya dijamu dengan angka itu. Amat cukup untuk membiayai bil pembedahan abang nya.
Dibaca huruf demi huruf.
KAMI MENCARI GADIS MUDA YANG BERUMUR SEKITAR 20 - AN UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI IBU TUMPANGAN.
Berdegup laju degupan jantung nya. Wang yang ditawarkan agak menarik minatnya. Tetapi, dia tak sanggup pula menjadi gadis yang mengandungkan anak orang lain.
Ah, tak sanggup rasanya membazirkan masa mudanya dengan perkara sebegini.
Tapi....
Dia harus juga segera membuat pembayaran memandangkan tempohnya hanya seminggu dari sekarang.
Fikir Ara fikir. Kalau abang kau boleh berkorban berhenti sekolah untuk memastikan kau bersekolah sampai masuk Universiti, takkan kau tak boleh berkorban?
You are selfish Ara!
Dia seakan tersentap dengan kata - kata dari hatinya.
SEKIRANYA BERMINAT, SILA HUBUNGI CIK SAHILLA 017 - 6112464
Diambil sticky note nya lalu butir - butir ditulis dengan cermat. Ini lah keputusan terakhirnya.
YOU ARE READING
Larahany
RomanceGara - gara terdesak dia terpaksa mengambil satu keputusan yang agak melulu. Gara - gara tidak sanggup melihatkan abang kesayangannya menderita, dia terpaksa terikat dengan satu perjanjian yang menyebabkan dirinya merana. Namun di sebalik semua itu...
