Fasa 1

68 4 2
                                    

Bunyi titisan air yang jatuh dari langit gua terus ke sungai cetek yang bergenang, bergema di segenap ruang. Kelopak mata lelaki itu semakin lama semakin layu. Badannya yang sudah selamat mendarat di atas batu rata terasa amat selesa dengan suhu nyaman sedemikian.

Muzik alam yang mengiringi membuai rasa kantuknya. Namun, selang lima minit dia memejamkan mata. Dia membuka semula kelopak mata. Tidur lelaki itu jadi terganggu apabila seekor will-o'-the-wisp kecil bercahaya menarik pipi kiri Ben dengan tangan kecilnya. Rambut perak lelaki itu memantulkan malap cahaya daripada badan wisp. Ben memandang will-o'-the-wisp itu dengan malas.

"Apa lagi?" soal Ben sebelum bangun untuk duduk, mengambil sila.

Wisp kecil sebesar tapak tangan itu terbang ke hadapan wajahnya.

"Ada orang masuk ke gua ni," ucapnya dengan nada bisikan seperti kebiasaanya kepada lelaki yang masih lagi menayang riak kosong.

Tangan ditongkat malas ke dagu. Kali ini Ben memejamkan mata dalam keadaan duduk. "Tujuan mereka ke sini? Budak-budak perkhemahan lagi ke?" soalnya acuh tak acuh.

Ben bukanlah manusia walaupun rupanya persis makhluk itu. Dia sendiri pun tidak pasti dia tergolong sebagai spesies yang mana satu. Dia tidak pernah tahu asal usulnya. Yang dia tahu cumalah hakikat yang dia tidak boleh dilihat manusia dengan mata kasar mereka dan yang menjaganya selama ini adalah makhluk kecil itu.

"Mereka cari kau," ujar wisp itu dengan suaranya yang sentiasa terzahir dalam bentuk bisikan.

Ben tarik pinggir bibir sebelum lambat-lambat membuka mata. Dia memandang langsung ke arah satu-satunya teman yang dia ada sepanjang hayatnya itu.

"Menarik."




Warna kulit Ben cerah, sedang korneanya berwarna biru laut. Sebiru cahaya wisp yang sentiasa menemaninya itu. Gigi taring yang terletak cantik di antara baris giginya atas dan bawah menambahkan lagi seri wajah setiap kali dia tersenyum. Sayangnya, tiada sesiapapun yang mampu menatap keindahan ciptaan Tuhan yang satu itu.

Sudah bertahun lamanya Ben menghuni gua itu. Dia sunyi. Satu-satunya kawan yang dia ada sepanjang hayatnya hanyalah wisp kecil itu. Lama dia mempertikai takdir tentang kewujudannya. Itu dahulu, kini dia lebih matang untuk menerima. Menerima yang dia hanya ditakdirkan untuk sendiri.

Setelah beberapa lama dia tinggal di dalam gua itu. Dia sendiri berikrar untuk menjadi penjaga gua tersebut. Setiap kali ada rombongan yang datang ke gua tersebut, Ben akan sentiasa berdiri dekat dengan mereka. Berharap agar mereka mampu merasai kehadirannya tetapi hampa.

"Kau yakin ke dekat sini ada 'benda'?" suara salah seorang daripada mereka menyebabkan tumpuan Ben kembali semula ke realiti.

Wajah-wajah di hadapannya itu dia pandang dengan dahi yang berkerut. Pandangan lantas ditala ke arah wisp.

"'Benda' apa yang dimaksudkan?"

Wisp yang memahami persoalan di benak Ben kemudiannya bersuara, "Mereka semua merupakan pemburu makhluk halus. Jadi tujuan mereka ke sini adalah untuk mencari kewujudan paranormal dalam gua ni."

Kening Ben spontan ternaik sedikit daripada posisi asal. Gerahamnya ditekan untuk seketika.

"Maksudnya mereka ingat aku ni hantu?" tanya Ben dengan nada tertahan.

Wisp itu mengembungkan pipinya sebelum mengangguk mengiyakan. Ekornya digoyangkan ke depan dan ke belakang.

Ben menggaru hujung keningnya yang turut berwarna perak. 'Tak ke biadap namanya tu bila jadi tetamu, tapi sewenang-wenangnya mereka memanggil penjaga gua itu hantu?'

Aku... BenWhere stories live. Discover now