Bab 18

115 5 0
                                    

"Heyy waitttt !", suara yang menjerit kecil itu tidak lagi aku hiraukan. Aku terus berjalan pantas meningalkannya. Mukaku menjadi merah padam apabila teringat kejadian yang baru berlaku tadi.

Kejadian tadi berlegar dalam fikiranku...

Aku dengan pantas melangkah beberapa tapak ke belakang untuk menghasilkan jarak antara kami. "Thanks and no thanks " kataku dengan pantas. Si dia membuat muka tidak faham. "thanks for.." sambil merampas telefonku di tangannya " and no 'thanks' for .." membuat gaya tangan menunjukka tiada jarak antara kami sebentar tadi. Si dia mengangguk lalu tergelak kecil. "Baru ku faham". Aku membuat muka 'annoying' kepadanya.

Aku terus memalingkan mukaku darinya dan mengambil secawan air yang ada atas meja tu. Tiba-tiba seorang kanak-kanak perempuan lingkungan umur 6 tahun datang kepadaku. "aunty, nak tu" lalu menunding jarinya yang gebu ke arah cupcake di atas meja. Aku menunduk memandangnya lalu melihat ke arah jari yang si comel ini tunjuk.

Aku terfikir sebentar bagaimana aku mahu memberinya kek cawan itu. Tanganku di sebelah kiri memegang telefon manakala tanganku di sebelah kanan memegang cawan. Di depan ni tiada tempat pula untuk letak telefon.

Tiba-tiba aku dapat merasakan seperti seseorang sedang berdiri beberapa inchi sahaja di belakangku. Lalu, satu tangan terhulur dari sisi kananku kepada anak kecik itu, "nah, cupcake Elsa untuk puteri". Budak itu tergelak kecil. "thank you uncle !" lalu pergi meninggalkan kami.

Aku terus melagkah beberapa tapak ke hadapan. Aku berpaling menghadapanya. "Maaf, saya dah bertunang" kataku dengan pantas tanpa jeda. Si lelaki terdiam lalu memandangku, "tunang ? dengan siapa ?" tanya dengan nada bingung dan marah ?

'Kenapa dia macam marah ? salah ke pun kalau aku dah tunang ?'- monologku sendiri

"ada la dengan someone tu" jawabku endah tak endah. Si dia makin merapatkan jarak dirinya dengan diriku, "siapa ?" dengan nada yang ditekankan. Aku pelik dengan reaksinya. Dengan sebab malas untuk melayan, laju sahaja aku menjawab " Zaff". Dia bertanya lagi, "nama penuh".

Aku memandangnya dengan pandangan 'annoying', "Zaff, Ammar Zaffran" lalu memulakan langkah ingin meninggalkannya. Langkahku terhenti apabila si dia bersuara "aaa so ni la jawapan you bila orang nak mengorat you ? bagus bagus. I likeee ". Aku berpaling memandangnya, aku baru ingin membuka mulut tetapi pergerakkanku terhenti apabila si dia membuka kaca mata hitamnya. "I like, I want and I will be your fiance and future husband. Im glad i hear it from your mouth" katanya dengan tenang sambil terselit senyum manis di hujung bibir.

Zaff ? Pengapit lelaki tu Zaff ? Dan aku dengan selamba kata Zaff tunang aku ? MALUUUUU.

Lamunanku terhenti apabila terasa bahu ku disentuh. "Ryna ?" suara lembut kedengaran di telinga. Aku memandang wajah di empunya suara. Haqiem.

"aa emm ok ok. saya ok. nak balik dah ke ?" kataku. Riak risau jelas kelihatan. " Balik ? Saya baru sampai. Saya nampak awak, saya panggil banyak kali tapi awak tak nyahut. Tu saya datang dekat tapi nampak macam awak tengah fikir sesuatu je", katanya dengan nada risau. Aku tersenyum ala kadar.

"Takdela. ok je. emmm naik apa ? Kalau dengan kereta, saya nak ikut sekali boleh ?" tanyaku kepadanya. Dia tersenyum manis, "boleh je. dengan syarat teman saya makan. Boleh ?". Aku mengangguk laju lalu senyum kepadanya.

Tanpa aku sedar, ada insan yang sedang terluka melihat keakraban kami berdua.

__________________________________________________________

Aku memandang sepi kereta yang lalu lalang di hadapanku. Melihat masa bergerak pantas, aku sedar aku leka akan dunia. Melihat kawanku meningkat usia, mula melangkah mengikut jalan hidup masing-masing, aku faham aku juga perlu bersedia untuk bergerak sendiri dalam jalan cerita hidupku.

Pandanganku mengubah arah ke sisi apabila satu tangan menghulur aiskrim di hadapan mataku. "Nah", menghulur sambil tersenyum manis. Melihat wajah manisnya membuat hatiku tenang. Adakah ini faktor yang perlu aku pertimbangkan dalam membuat keputusanku ?

Aku senyum kembali. "terima kasih cik Haqiem" lalu menyua aiskrim itu ke mulutku. "Awak termenung apa tengok kereta lalu lalang ? Nak beli kereta baru ?" tanyanya.

Aku tergelak kecil. "Bukanlah, saja je tengok. By the way, You looks good dengan baju melayu", kataku sambil memandangnya. Haqiem senyum lalu berkata "thanks. you too ryn. you looks stunning today. Patutla pakcik karaoke tu pun tengak awak tak berkelip".

Kami berdua tergelak apabila teringat kejadian pakcik karaoke yang terjatuh disebabkan berjalan tidak tengak hadapan.

Ketawa kami terhenti apabila sebuah kereta berhenti di hadapan kereta haqiem. Kami berdua memandang ke arah kereta itu serentak.

Pergerakan menyua aiskrim ke mulutku terhenti apabila melihat Zaff keluar dar kereta itu dan berjalan ke araha kami dengan muka yang tidak dapat aku terangkan. Marah ? Cemburu ? Benci ?

Dengan laju tangannya menarik tanganku. Haqiem terus berdiri tegak dari bersandar di keretanya. Badanku dengan laju tergerak mengikutnya kerana tenaga tarikan Zaff.

"Ehh apa niiii", jerit ku.Haqeim bersuara, "bro apa tarik tarik ni bro ".

Zaff memandang kami berdua dengan muka serius. "She is my fiance", jawabnya tanpa nada.

Aku terdiam. Haqiem memandangku dan Zaff bergilir-gilir. "ha ?", kata Haqiem dengan 1001 tanda tanya.

What should i do ! -monologku sendiri


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 04, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Projek Memikat.. Mr 2B ?Where stories live. Discover now