Bab 9

1.8K 71 5
                                    

Aku mengacau airku dengan menggunakan penyedut minuman. Kenapa aku masih tidak dapat lupakan wajah Zaff yang masam mencuka apabila melihatku dengan Haqiem ? kenapa aku berasa sakit di hati yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata ? kami bercinta 3 hari dan terus bertunang dengan tiba-tiba. Idea gila ni akhirnya makan diri bila akhirnya putus di tengah jalan. Adakah salahku kerana minta putus ? Adakah aku yang mendera hatiku sendiri ?

Aku mencapai telefonku lalu menelefon emak. "Assalamualaikum mak ? Ha ni Ryna ni. Ryna dah buat keputusan.", dengan suara tegas. Setelah aku memberitahu hasrat hatiku kepada emak, jeritan yang kuat dari emak tidak dapat dikawal lagi. Aku terus mematikan panggilan telefonku. Ahhhh ! ni semua gila. Serabut hidup aku ! Aku menggaru kepalaku dengan kasar sehingga tudungku menjadi senget. Aku menghentak mejaku. Aku melihat lengan bajuku lalu ke kakiku. Aku dah mula berpakaian seperti perempuan dan semuanya kerana Zaff. Aku dah mula disengani oleh orang sekeliling dan ia semua kerana Zaff.

Hidup baruku memang baru sahaja bermula setelah semua kerja gila yang telah aku lakukan dulu berhenti. Sedang aku leka berangan, tiba-tiba aku merasakan tudungku bergerak perlahan. Aku terkebil apabila melihat Zaff sedang membantu membetulkan tudungku yang senget. "Sayang, tudung you senget ni. Meh I tolong betulkan", katanya. Aku masih terdiam kaku. Jantungku seperti berhenti mengepam darah. Kalau situasi ni berkekalan lama, mahu mati aku wooo ! darah tak sampai ke seluruh badan ! Setelah 3 minit dia membetulkan tudungku (padahal tak dela senget mana), matanya menjeling ke kirinya. Aku turut sama melihat ke arah itu. Aku melihat seorang perempuan berjalan laju sambil menghentak kaki meninggalkan kawasan itu. Laju sahaja tangan Zaff menarik tudungku agar senget semula. "Thanks tolong aku", dengan suara malasanya, dia bangun lalu menolak kerusinya masuk ke bawah meja semula. Aku terdiam kaku sambil melihat dia berjalan pergi dariku. What is that ?! Dia gunakan aku je ?! Dasar lelaki tak guna ! Berlagak bagus !

Aku baru sahaja ingin menolak airku ketepi tetapi terhalang apabila kerusi di hadapanku ditarik kasar. Aku mendongak untuk melihat siapakah orangnya yang tiada adab sopan ni. Sebaik sahaja aku mengangkat muka, mukaku penuh dengan air sirap limauku. "Hey perempuan. Aku ni calon isteri dia ! Dasar tak malu ! Boyfriend orang pun kau nak rampas. Dah tak laku tu duduk jela diam-diam ! " katanya sambil menghentak cawan ku ke atas meja. Aku dengan marah terus bangun sehingga kerusiku jatuh ke belakang. Aku melihat ke kiriku apabila terdengar seseorang menjerit nama Lya. Jadi nama minah kerek ni Lya. Aku melihat Zaff sedang berlari ke arah sini lalu menarik tangan perempuan itu. Muka Zaff terkejut apabila melihat tudung bawal crepe ungu cairku sudah bertukar warna. Muka ku masam mencuka. Dua-dua sama padan, dasar tak guna.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. "Wahai cik Lya yang kurang adab dan sopannya, saya belajar dekat sini bukan untuk pikat mahupun rampas hak sesiapa. Mak ayah saya ajar saya cukup sempurna. Saya tak nak cakap panjang lebar dengan orang yang kurang sedar diri. Maafla, dia hak saya ", lalu tunjuk ke arah Zaff. Muka Zaff menunjukkan dia terkejut mendengar ayat aku. Matanya terbuka luas. Aku pandang muka Zaff lalu senyum semanis mungkin. Si Lya juga terkejut setelah mendengar ayat yang meluncur keluar dari mulutku. Eh, lantak korang la nak terkejut beruk ke terkejut monyet ke, janji aku cakap benda betul. Nak je aku cekik minah ni, dah la kerempeng macam lidi pencungkil gigi, pakai baju ketat sampai nampak rangka, dah macam hantu bergerak. Kau tak sesuai la dengan Zaffran aku !

Aku berjalan mendekati Zaffran lalu bisik ditelinganya, "kau hutang satu tudung dengan aku" lalu berjalan pergi dari mereka berdua. Zaffran terkebil apabila mendengar ayat tersebut. "cool", perkataan yang terkeluar di mulut Zaff tanpa dia sedar.

By hook or by crook, you will be mine. Projek memikat Mr 2B sudah bermula !

______________________________________________________________

Projek Memikat.. Mr 2B ?Where stories live. Discover now