Bab 13

1.8K 49 3
                                    

Aku memandang ke hadapan dengan pandangan kosong. Bunyi sorakan yang membingitkan telinga tidak aku hiraukan. Fikiranku becelaru ketika ini. Bak kata pepatah. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, terima padahnya. Ryn ! Kenapa tak berfikir dahulu sebelum berkata ! Serabut !

Perlawanan bola tampar air di hadapanku sudah tidak berjaya mencuri perhatianku. Ketika ini, perkara yang telah aku katakan semalam lebih memerlukan perhatian yang lebih dariku. Why Ryn why ?! Kenapa aku perlu libatkan seseorang yang aku sayang dalam masalah hati aku ? Jika hatiku sedang dan masih bergolak-menarik-menolak-mencari segala yang aku inginkan, kenapa aku perlu menyerabutkan lagi fikiranku ? Inilah masalahnya bila melakukan sesuatu keputusan dalam keadaan sedih.

"Ryn, awak ok tak ni ?", tegur satu suara disisiku yang membuat aku kembali ke dunia nyata. Aku memandang wajahnya lalu mengangguk. "Awak tak ok. Nak keluar ?", tanyanya lagi. Keprihatinannya sangat tinggi terhadapku. Aku tidak dapat menafikannya lagi. Sikapnya membuat hatiku mula mencari keinginannya semula. Aku tersenyum manis. "Tak. sungguh. Saya ok" kataku dengan nada tenang. Wajahnya berkerut menandakan dia tidak berpuas hati dengan jawapanku. Kecomelannya terserlah.

Aku mengambil sebatang pen hitam yang berada di dalam beg tanganku. Aku letakkan hujung pen itu di dahinya lalu memainkan pen itu di dahinya untuk menghilangkan setiap kedutan yang ada. Dia seperti tergamam dengan tindakanku. Aku juga tidak tahu mengapa jika bersamanya, aku akan menjadi Ryn yang lain, yang berbeza dari biasa. Aku sedar ini bukan sikapku yang selalu aku tunjuk kepada orang awam malah bekas tunangku sendiri juga tidak berjaya mengeluarkan sisi yang baru tentang diriku ini menonjol keluar. Ah ! Balik-balik ingat si bekas tunang !

Tanganku mula turun ke bawah dengan perlahan apabila teringatkan Zaff. Tindakanku terhenti apabila Haqiem mengepit pen itu dengan dua jarinya lalu mengambil pen itu. Dia suakan ke tepi bibirku. Menarik hujung bibir ku agar tarik ke atas. "Baru manis", katanya. Dia membuat aku tersenyum dengan menggunakan pen itu. 'Haqiem, awak sentiasa berjaya menarik perhatian saya' kataku dalam hati.

Drama kami terhenti apabila terdengar jeritan pemain bola tampar air. Serentak itu kami berdua memandang ke arah kolam. "Kenapa tak pass Zaff !" jerit jurulatihnya. Zaff memandang kawannya yang telah membaling bola itu ke arahnya tetapi dia tidak berjaya membalas balingan itu. Pandangannya kosong. Aku dapat melihat itu. Zaff memandang ke arahku lalu menjelingku. Aik ? Apa salah aku ? Dia yang salah, jeling aku pula. Hilang sudah mood aku untuk melihat perlawanan ini.

"Qiem, jom keluar nak ?" tanyaku kepadanya. Yang mengajakku ke sini ialah Haqiem. Aku tidak tahu tentang perlawanan ini. Aku terlalu sibuk menyiapkan assignment yang berlambak. Haqiem mengetahui bahawa aku masih mahu memikat Zaff, jadi dia mengambil keputusan untuk memberiku kelonggaran dan masa untuk memilih antara mereka. Dia juga akan menyokong apa jua keputusanku. Dia bersedia ditolak. Dia juga tidak akan menghalang aku melakukan apa yang aku suka. Haqiem Irsyad, kenapa awak baik sangat ?

"kenapa ? Err.." dia menggaru belakang kepalanya. Muka dia seperti rasa bersalah untuk mengatakan sesuatu. Ahh ! Aku dapat agak apa yang ingin dikatakan olehnya. "Awak nak tengok sampai habis kan ? Awak nak beri sokongan dekat kawan baik awak kan ?" tanyaku. Haqiem tersengih menunjukkan sebaris giginya yang bersih dan tersusun rapi. "Ya. Bolehkan ?", tanyanya semula. Jika Haqiem mengutamakan kesenanganku dari perasaannya, mengapa aku tidak boleh melakukan benda sama ? Sabar Ryna. Aku perlu senangkan dia semula. Aku mengangguk lalu memandang ke hadapan semula.

Haqiem menggunakan pen aku yang berada di tangannya lalu diletakkan di pipiku. Di tekan-tekan pen itu di pipiku. Aku ingin menoleh ke arahnya tetapi tidak boleh kerana di halang oleh pen itu. Aku cuba merampas pen itu tetapi Haqiem lebih pantas mengelak daripada aku berjaya mengambilnya. "Haqiem ! Apa ni ! Focus dekat depan tu boleh tak ?" kataku dengan nada tidak selesa. Haqiem ketawa kecil. "Kalau saya tak nak ?" katanya dengan nada ingin menguji. "Saya tak nak kawan awak" jawabku dengan nada ingin merajuk. "Alahai. comel sangat awak ni. Pipi awak ni macam bantal. Gebu" jawabnya dengan nada bersahaja. Pipiku mula menjadi seperti buah tomato. "Blusher dah keluar" tambahnya lalu ketawa.

Projek Memikat.. Mr 2B ?Where stories live. Discover now