Bab 17

179 7 2
                                    

"Ena ! Aku dah cakap aku tak nak kan ? Apa semua ni !", menyapu pipiku berkali-kali. Ya Allah, terasa berat mukaku. Aina tersenyum terpaksa kepada sepupu Reen. "Err, Siti, boleh tak tinggalkan kami berdua dalam bilik ni sekejap ?" lalu Ena menggosok lembut belakang kepalanya. Siti menganggukkan kepalanya lalu keluar dari bilik dan menutup pintu. Dengan pantas, tangan Ena hinggap di bahuku. "Woi ! Sakit ler !", jeritku lalu menggosok bahuku.

"Tahu sakit. Aku lagi sakit tengok perangai kau. Malu la wey. Budak tu terdiam terus dengar kau menjerit" katanya dengan nada menyampah. Aku menjeling Ena melalui pantulan imej di cermin di hadapanku. "Aku dah cakapkan taknak pakai make up. Ni apa ni !" lalu tunjukkan pipiku yang berwarna peach pudar. "Nak kata bengong, tak. Dey, ni nama dia blusher. Dia cuma bubuhkan blusher je ! Ahhh serabutnya aku dengan kau." lalu menghempaskan dirinya di atas katil. Aku menggaru belakang kepalaku lembut. Aku tahu bahawa aku sedang pakai pemerah pipi tetapi kenapa aku berkelakuan seperti tidak tahu ? "Ah sudah ! Fine ! Blusher je ! and..", tanganku dengan pantas mengambil sesuatu dihadapanku, "Lipstick ni". Ena memandangku lalu menepuk dahinya. "Beria kata tak nak make up, lipstick nak.Ha yela. Amik. Tu aku punya" lalu berdiri di sebelahku semula.

Tiba-tiba pintu terbuka dengan menggunakan tenaga yang banyak dari luar. Serentak itu kami berdua memandang ke arah pintu. "Kat sini korang !" lalu kelam kabut masuk ke dalam bilik dan menutup pintu semula. Serentak itu kami berdua menepuk dahi. Datang lagi satu masalah. "Ada apa Reen ? Dah siap belum ?" tanyaku kepadanya.

Reen bermundar-mandir di hadapan kami. Pening dibuatnya ! " Reen cuba duduk dan tenangkan diri. Kenapa ni ? Kenapa kau macam kusut sangat ?" tanya Ena. Aku mengangguk tanda setuju. Reen menghempaskan badannya di atas katil. " aku gementar. Betul ke apa yang aku buat ni". Aku dan Ena memandang wajah masing-masing. "what do you mean by that ? ", tanyaku.

Reen menghembus nafas berat. "kenapa muncul perasaan takut aku tersalah buat keputusan ? Aku seperti takut jika Lam bukan jodoh aku". Kami terdiam. Jangan buat perangai Reen ! Ni bukan benda main. "sabar Reen. Mengucap, istihgfar. Perasaan tu mainan je", Ena menjawab sambil menggosok lembut belakang badan Reen.

Tiba-tiba pintu dibuka dari luar, "oh sini cik pengantin rupanya. Ni cik bakal suaminya dah sampai. Jom turun" kata seorang wanita yang berumur. "terima kasih maklong. Sat gi yen turun na. Maklong turun la dulu", jawab Reen. Wanita yang dipanggil maklong senyum lalu menutup pintu. Dengan pantas, Reen menggenggam tanganku dan tangan Ena. "Thanks bagi aku semangat. Jangan balik dulu tau. Teman aku" lalu keluar dari bilik. Kami berdua senyum.

Tidak sampai seminit, pintu terbuka semula. "Ha sudah, apa pula kali ni ?" kataku. "hey gadis ! Hang tu patut ikut aku !" lalu menarik aku bersamanya. Eh, lupa pula kita ni pengapit dia !

Gimik pada hari ini agak menarik. Aku akan menemani Reen sehingga bertemu putera rajanya di pintu rumah. Si pengapit lelaki akan membawa ku pergi manakala si putera raja akan membawa si puterinya pergi ke pelamin. Bertemakan Fairy Tales, pelamin berwarna putih peach dapat memukau semua mata tetamu yang hadir pada hari itu.

"Good luck", kata Reen kepadaku apabila melihat pengantin lelaki sudah mula berjalan mendekati kami. Good luck ? Kenapa aku yang diberi kata semangat seperti itu ? Bukan Reen ke yang kahwin ? Apabila aku melihat di hadapan, satu susuk tubuh lelaki yang segak lagi dapat memukau mata semua tetamu berdiri memandangku. Mengapa aku merasakan aku mengenali dirinya ?

Pengantin lelaki dan pengapitnya telah memulakan langkahnya ke arah kami. Payah bila kau pula yang berdebar kalah pengantin. Reen tersenyum tatkala melihat pasangannya membuat tanda 'mini love' kepadanya. Pengapit lelaki yang memakai kaca mata hitam tidak dapat aku ketahui ke arah mana pandangannya sedang dihalakan. Aku cuma berharap bukan ke arah aku. Dan aku juga berharap tekaan aku salah. 'janganlah dia Ya Allah', kataku dalam hati.

Sesi berbalah bersama hati sendiri terhenti apabila suatu suara terdengar di pendengaranku. "Shall we ?" lalu menghulur lengannya untukku berpaut. Aku senyum lalu menjawab "Ayuh". Aku jalan sendiri. 'Eh, macam kita pula yang kahwin. Mengada betul pengapit lelaki ni' monologku dalam hati. Dia mempercepatkan langkahnya agar dapat berjalan disebelahku. "Kita kena la berlatih. Tak lama lagi giliran kita pula", lalu tersenyum sumbing. Ha ! Sudah. Apa masalah mamat ni ? Aku membalas pernyataannya dengan jelingan. "Dah la gila pakai kaca mata hitam dalam rumah. Ada hati nak kahwin dengan aku" bebelku sendiri. "Apa dia ?", tanyanya. Aku senyum lalu membuat tanda peace.

Aku bergerak bersamanya ke kiri dewan, meninggalkan pasangan pengantin berjalan bersama, mengamati lagu yang dipasang kuat tetapi mendayu, berjalan di atas karpet merah sebagai laluan untuk pasangan mempelai menuju ke pelamin. Pelamin yang simple tetapi cantik itu menjadi tumpuan utama para tetamu. Bunga dahlia merah jambu dan putih menjadi penyeri sofa pengantin. Tugas aku untuk gimik sudah selesai. Aku melepaskan pautan aku di lengan pengapit lelaki, lalu memulakan langkah untuk mencari segelas air. Haus pula tekak ni bila kena ikut protokol dan plan pengantik. 

"Eh, nak pergi mana ?" suara nya memberhentikan langkahku. "Nak pergi mengait pokok kelapa sawit" lalu meneruskan langkahku. Aku melangkah perlahan kerana baju ku agak meleret di lantai. Dress berwarna baby blue ini sememangnya menaikkan seri wajahku apabila disatukan dengan aku yang berkulit agak cerah. Aku sibuk mencari air yang dekat agar aku tidak gopoh apabila perlu menemani pengantin di atas pelamin.

Aku tidak sedar akan budak yang sedang berlari ke arahku. Apabila aku cuba mengelak budak itu, telefon bimbit di tanganku terjatuh dek terkejut. Si dia dengan pantas mengambil telefon tersebut. Tanpa sedar, dia sedang berada di hadapanku, lebih tepat beberapa inchi sahaja dari aku. Aku dapat melihat dengan jelas turun naik dadanya yang menyebabkan nafasku menjadi laju. Si dia masih statik, tidak berganjak untuk memberi ruang antara kami. "Watch out baby girl. I don't want u to be hurt" katanya dengan suara maskulin. Aku terdiam. Terasa nafasku tersekat di kerongkong. Terasa air liurku kesat untuk ditelan. I NEED OXYGEN !

#Thanksforyoursupport 

Like dari anda amat bermakna bagi saya :)

Projek Memikat.. Mr 2B ?Where stories live. Discover now