Bab 14

1.7K 45 3
                                    

Lagu yang terpasang kuat membuatkan ku khayal dalam duniaku sendiri. Hujung minggu adalah waktu yang sesuai untuk aku tolak ketepi masalahku dan nikmati waktuku bersendirian. Irama dan melodi lagu ini seperti merasuk diriku menyebabkan kakiku mula melangkah ke kiri dan ke kanan. Badanku bergoyang ke kiri dan ke kanan. Tangan lincah ke setiap arah seperti seorang penari handal. Melompat di atas katil, turun dari katil, naik semula itu memang perkara harus dilakukan. Katilku yang bersepah seperti tongkang pecah sudah tidak aku hiraukan. Biarkan ! Let's enjoy my day !

"Minah !", jeritan abang tidak aku hiraukan. Sebenarnya, lebih kepada tidak dengar. Manakan tidak, aku pasang lagu pada volume paling tinggi. Bergegar dinding rumah. Tinggal tunggu nak roboh je rumah ni. Lagu yang menghilang tiba-tiba membuat langkahku terhenti. Rambut yang menutup wajahku membuat aku tidak dapat melihat siapa yang berdiri di hadapan komputer ribaku. Komputer ribaku disambungkan ke televisyen di dalam bilikku. Televisyen itu pula disambungkan ke speaker. Oleh itu, bunyi yang dihasilkan dua kali ganda kuatnya.

"Hoi ! Ryn ingat ni disco ke ?! Memekak pagi-pagi ! Abang terpaksa telan dua cawan teh mak sebab tercekik roti !", marah abang sambil bercekak pinggang. Meletus terus ketawaku. Aku sudah terbaring di atas katil sambil menekan perut. Baru tahu kenapa abang marah sangat. Terpaksa minum air teh mak rupanya. Air teh mak bukan tak sedap. Tapi tawar ! Kerana mak tak suka minum air teh yang manis walaupun sedikit. Orang lain letak 3 sudu gula, mak letak 1/2 sudu gula. Tak ke tawar gila ?

"Gelak apa Ryn ! Apa la nasib abang. Dah la tercekik roti, lepastu terpaksa..", ayat abang tergantung apabila disapa satu suara dari pintu bilikku. "Terpaksa apa ? Terpaksa minum air teh mak ? Macam tu?" tanya mak. Abang sudah menelan air liur. Situasi sekarang ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak. Kalau jujur, mak terasa hati. Kalau menipu, dapat dosa free. Aku menutup mulutku untuk menutup ketawa yang masih bersisa. Kesian abang ! "Ryn pula kenapa ? Dah macam mak limah balik dari kubur. Rambut serabai. Ya Allah ! Ni bilik ke sarang tikus Ryn !!! ", kemarahan mak beralih kepada aku pula. Matilanak !

Aku hanya mampu tersengih seperti kerang busuk. "Abang yang main dengan dia tadi. Tu bersepah macam ni. Rambut dia tu, abang main tarik-tarik tadi" jawab abang bagi pihakku. Aku kenyitkan mataku kepada abang. Terima kasih abang ! You are the best ! Abang memang begitu. Dia akan cuba selamatkan keadaan. Dia akan cuba membuat emak atau ayah tidak memarahiku terus. Bagi dia, marah adik, marah abang sekali kerana abang yang tidak berjaya mengawal atau menjaga adiknya. Ada masanya abang kejam juga. Jika aku terlalu degil, dia sendiri akan menjadi batu api antara ayah atau mak dengan aku. Kejam kan ? Heh ! Tetapi aku tetap sayangkan dia. Peratusan untuk keadaan kedua untuk berlaku tu hanya 10% sahaja.

"Hmm macam-macam. Ha ni jadi tak keluar ?" tanya mak kepada kami berdua. Keluar ? Aku memandang wajah abang untuk mencari jawapan. "Jadi mak. Ryn, abang tungga Ryn kat luar" lalu menunjukkan thumbs up  kepadaku. Ah ! Abang gedik ! Aku sepatutnya perlu agak benda ni akan jadi. Abang bukan tak tahu aku suka duduk di rumah sahaja pada waktu hujung minggu. Dia tetap nak mengajak aku pergi berjalan-jalan. Ryna malas la abang ! Ni pasti dijadikan balasan kerana dia sudah menolongku tadi. Benci !

______________________________________

"bang, Ryn dah tak larat ni. Jom la balik" kataku sambil menggoyangkan tangan abang. Sudah 3 jam kami berada di sini. Abang memang sengaja ingin membuliku. Bukannya dia tidak tahu bahawa aku paling tidak suka berjalan tanpa membeli apa-apa. Abang tersenyum manis. "Jom la abang belanja something dekat Sephora. Nak ?" tanya abang. Keningnya diangkat beberapa kali. Wah ! Abang memang pandai menarik minatku kembali.

"set !" lalu berjalan pergi meninggalkan abang. Sampai sahaja dia hadapan Sephora, aku melihat sekeliling untuk mencari keberadaan abangku. "bab shopping, lupa abang !" dengan tercungap-cungap, penat masih bersisa. Aku tersenyum menunjukkan sebaris gigiku. "Abang nak belanja Ryn apa ?" tanyaku. Aku harus tahu berapa jumlah duit yang abang simpan untukku. Aku tidak mahu keluarkan duitku sendiri walaupun satu sen. Kedekut !

Projek Memikat.. Mr 2B ?Where stories live. Discover now