𝓣𝔀𝓮𝓷𝓽𝔂-𝓯𝓸𝓾𝓻 | 24

505 29 30
                                    

Joshua menunggu seseorang datang di dalam sebuah cafe. Tak lama kemudian seseorang itu muncul dan duduk di hadapannya.

" Lama tunggu ?" soalnya penuh perhatian kerana dia mungkin dah buat Joshua menunggu lama. 

" Taklah. Biasa saja." Joshua tersenyum nipis.

Lega soonyoung mendengarnya. Tapi berdebar juga bila Joshua tiba-tiba mahu berjumpa dengannya. Tak lain tak bukan ni mesti pasal Woozi.

" kau nak jumpa aku ni nak cakap pasal uji ke ?" dia lantas bertanya tanpa menunggu Joshua membuka mulutnya terlebih dahulu.

" kau rasa antara kita ni ada benda lain yang lebih penting nak dicakapkan ke selain daripada tentang Wooji ?"kedengaran sinis nadanya. Soonyoung hanya mendiam kerana ada betulnya juga apa yang Joshua katakan itu.

" Wooji beritahu aku yang kau sekarang dah cuba move on daripada dia. Betul ke ?" joshua yang berpeluk tubuh sedang menantikan jawapan soonyoung.

Soonyoung memandang Joshua dan tanpa teragak-agak dia membalasnya. " Nae matjayo. Aku sekarang tengah cuba untuk lupakan perasaan aku kat dia. Lagipun aku masih nak kawan dengan dia, aku taknak sebab ni dia taknak bercakap dengan aku lagi."

" Aku pun tak boleh nak paksa uji untuk terima aku. Dia tetap pilih untuk setia dengan kau walaupun lepas apa yang jadi. Jadi takde sebab lagi untuk aku terus mencuba  untuk mendapatkan cintanya dan menaruh harapan kat dia lagi sedangkan dalam hati dia hanya ada kau. Tapi aku tak hairanlah kenapa dia begitu sayangkan kau, kau dulu yang muncul dalam hidup dia sebelum aku." dia berkata dengan senyuman kecil. Perasaannya sekarang hanya lebih kepada reda saja yang woozi sememangnya ditakdirkan umtuk bersama dengan Joshua dan bukannya dia.

Joshua senang mendengarnya. Dia tahu bukan mudah bagi seseorang untuk move on dalam masa yang singkat tapi  keputusan yang Soonyoung buat untuk melupakan Woozi walaupun hatinya sendiri terluka, buat dia salute kan lelaki itu kerana  sanggup mengorbankan cintanya.

" By the way, aku minta maaf  sebab tumbuk muka kau masa aku datang ke rumah kau haritu. Kau kena tahu yang masa tu aku memang tak fikir panjang. Aku harap kau dapat maafkan aku." dia rasa kesal dengan perlakuannya di rumah Soonyoung tempoh hari. Dia cuma tak dapat nak kawal perasaan marahnya bila tahu Soonyoung membawa Woozi tinggal bersamanya.

" Gwaechanna. Aku pun  minta maaf sebab tak beritahu kau lebih awal pasal tu. Aku ikutkan saja permintaan uji, dia yang minta aku rahsiakannya daripada pengetahuan kau."

Joshua tersenyum. " Nah, it's fine. Jadi maksudnya kita seri lah kan ?"

" nampaknya macam tulah." sejurus itu, mereka berdua tertawa.

Usai tawa mereka reda, Joshua tiba-tiba menghulurkan tangannya kepada Soonyoung. Kerana tidak tahu nak bereaksi bagaimana, Soonyoung terus menyambut huluran itu tanpa berfikir panjang. Mereka berjabat tangan.

" Let's be friends." ujar Joshua dengan senyuman.

Dengan perasaan gembira, Soonyoung membalasnya.  " And now we're friends." dan mereka berdua berbalas senyum.

...

Di pasaraya, Wonwoo dan jeonghan pergi membeli belah.

" Yah, wonu. Harini kita nak masak apa?" tanya Jeonghan sambil menolak troli perlahan-lahan tapi mereka berjalan seakan tiada hala tuju.

Wonwoo berfikir sejenak. Ikutkan dia pun tak tahu nak masak apa. Tapi kemudian dia terfikir satu menu.

" Apa kata kalau harini kita masak soondubu jigae ?"  soondubu Jigae iaitu makanan yang mengingatkan dia kepada Mingyu. Makanan yang kini menjadi kegemarannya sejak kali pertama dia merasa Soondubu Jigae sedap yang dimasak oleh Mingyu .

✅ 𝐌𝐘 𝐃𝐄𝐕𝐈𝐋, 𝐌𝐘 𝐖𝐈𝐅𝐄! S2 +JeongcheolWhere stories live. Discover now