𝓕𝓲𝓿𝓮 | 5

580 39 6
                                    

Harini Jeonghan ke pejabat Seungcheol dengan membawa lunchbox yang dimasaknya sendiri di rumah tadi untuk Seungcheol. Dia risau yang Seungcheol mungkin tak sempat nak makan kerana terlalu sibuk dengan kerjanya.

"Eh kejap kejap." Haena pantas menghalang pintu tatkala Jeonghan mahu memasuki bilik Seungcheol.

Jeonghan hairan. Dia memandang perempuan itu agak lama.

"Maaf tapi saya tak benarkan Encik masuk ke dalam bilik Encik Seungcheol sesuka hati tanpa sebarang appointment dibuat terlebih dahulu."

"Siapa awak ni?"

"Saya,Yoon Haena secretary baru Encik Choi." dia menguntum senyuman manis kepada Jeonghan.

"ahh-secretary baru Encik Choi?
CAN.TIK." pujinya secara tak ikhlas. Sampai pula hati Seungcheol tak beritahu kepadanya yang dia ambil secretary baru. Perempuan cantik pulak tu tapi takde lah cantik sangat baginya.

"terima kasih." dia tersenyum perasan.

"Saya nak jumpa Encik Choi." dia cuba nak masuk ke dalam tapi Haena tetap menghalangnya.

"Berapa kali saya nak cakap yang Encik kena buat appointment dulu kalau nak berjumpa dengan Encik Choi?"

"Kenapa pula saya nak kena buat appointment dulu untuk berjumpa dengan suami saya sendiri?" Jeonghan lupa yang perempuan ni masih baru disini dan semestinya dia belum tahu siapa dia.

"SUAMI?" Haena terkejut tapi mungkin dia tersalah dengar atau mungkin jugak tidak.

"Encik ni siapa?" dia menyoal untuk mengetahui identiti sebenar lelaki itu.

Sepatutnya perempuan ni tanya dia dari awal lagi takdelah dia perlu bazirkan masanya begitu lama di sini.

"Saya Yoon Jeonghan. Isteri kepada Choi Seungcheol iaitu CEO di sini. Boss awak kan?" dia menjungkit sebelah keningnya pada Haena.

Haena terkebil-kebil mendengarnya.

"Mustahil." dia bercakap seorang diri. Takkanlah Seungcheol dah berkahwin dan takkanlah isterinya pula seorang lelaki. MUSTAHIL!

"awak nak ke tepi atau tak ni,Cik Haena? Saya nak jumpa dengan suami saya."

"err..se.sekejap. Saya maklumkan dulu pada Encik Choi." haena segera menghubungi Seungcheol melalui telefon pejabat.

"Encik.. Ada seorang lelaki ni mahu berjumpa dengan Encik. Namanya Yoon Jeonghan dan katanya dia isteri kepada Encik."

"Dia dah sampai rupanya. Dahlama saya menunggunya. Cepat suruh dia masuk ke dalam bilik saya."

"N-naae." Haena terkedu dan talian dimatikan. Dia memandang Jeonghan yang tersenyum sinis ke arahnya dan belum sempat dia memberitahu apa-apa,Jeonghan laju melepasinya dan masuk ke dalam bilik Seungcheol.

"urghhh! Menyampahnya." dia menjeling geram.

Tapi dia masih tak boleh nak percaya yang Seungcheol dah berkahwin.

"Cik Min,Cik Min. Sini jap" Kebetulan Cik Min lalu,Haena terus memanggilnya.

"Ada apa ni,cik Haena?"

"Cik Min dah kerja lama kat sini kan? Jadi Cik Min mesti tahu serba-serbi pasal Encik Choi. Betul ke dia dah berkahwin dan isterinya tuu...."

"nae matjayo...orang yang kamu berurusan tadi tulah isteri Encik Choi. Wae? Kamu terkejut?" Cik Min tertawa melihat reaksi terkejut Haena.

"Jadi betullah." baru sekarang dia percaya.

"Cik Haena. Kalau kamu ada pasang niat untuk tackle hati Encik Choi tu.. Saya rasa lebih baik kamu lupakan jelah.. Jangan buang masa kamu..sebab Encik Choi tu tak tertarik pun pada perempuan." Cik Min tertawa lagi dan berlalu pergi meninggalkan Haena.

✅ 𝐌𝐘 𝐃𝐄𝐕𝐈𝐋, 𝐌𝐘 𝐖𝐈𝐅𝐄! S2 +JeongcheolWhere stories live. Discover now