***

Lasyira mencari nombor tempatnya. Ni semua kes dia masuk toilet dulu tadi untuk pastikan awning tudungnya kemas. Tak pasal sesak nak cari tempat duduk.

Dia tersenyum. Dia yakin itu tudung yang dipakai Lily.

Malangnya Lily duduk disebelah Medina. Haidar pula disebelah Isyraf.

Mana Ryan dan Firash?

Dia meneruskan berjalan mencari tempat. Ryan..

Ryan duduk disebelah seorang perempuan sambil bergelak tawa.

Huh? Sangat tidak terkejut.

Lasyira membuat roll eyes. Sudah kenal sangat dengan perangai Ryan yang playboy darat.

Disebelah bertentangan dia terlihat Firash. Tiket ditangan dilihat. Tempatnya disebelah Firash.

Lasyira duduk sambil memandang Firash yang bersama headphone dan hoodie menutup kepala.

Mujur kapal terbang berlepas selepas dia menjumpai tempat duduknya.

Dia menoleh kiri. Bosan dengan suasana sunyi. Nak pusing kanan maksiat..

Tangan yang gatal menarik narik wayar headphone yang dipakai Firash.

Firash tidak membalas lalu memusingkan badan menghadap tingkap.

"Aryan. Saya bosan lah." Kata Lasyira sambil mengeluh.

Firash membuka mata. Dia tidak silap dengar bukan? Dia terus menoleh memandang Lasyira seakan tidak percaya.

Aryan? Saya?

"Kenapa tengok saya macam tu?" Soal Lasyira pelik. Awning tudungnya tak jadi?

"Why you call me Aryan?" Soal Firash. That sound really weird.

"Suka hati saya lah nak panggil apa-apa pon. Sweet apa saya panggil awak dengan nama lain." Sengaja Lasyira mengusik Firash.

"Saya? Since when? And why nak kena bersweet dengan aku. Gelilah bodo." Balas Firash dengan poker face.

Lasyira memandang Firash geram lalu memandang hadapan semula. Menyakitkan hati betul mamat ni. "Okay fine!"

Firash hanya menjongketkan kening kemudian memakai headphonenya semula.

Lasyira memandang Firash seakan tidak percaya.

Seriously man?

Lasyira mengeluarkan telefonnya. Aplikasi whatsapp dibuka.

Wow since when Firash add dia dalam group Devil Advocate? Mata sempat memandang lelaki itu sekilas.

Ryan
Guys aku pelik. So izinkan aku tanya. Why kita tak naik kapal terbang sendiri?

Haidar
Aku takda kapal terbang private. Aku bukan orang senang macam you guys.

DEVIL ADVOCATEWhere stories live. Discover now