Bab 3

5.8K 427 35
                                    

Mereka semua berkumpul di rooftop sekolah. Terdapat satu pintu putih yang berkunci. Firash menurunkan tubuh Lasyira perlahan-lahan.

Haidar tersenyum menahan tawa melihat adiknya terdiam seribu bahasa. Tulah kau cari pasal lagi dengan Firash siapa suruh.

Lasyira mencubit perut Haidar kuat. Siapa suruh tak bantu dirinya tadi.

Haidar menjerit kesakitan. Sumpah pedih nak mati. Mesti lebam ni. Tak guna punya adik.

Pintu bilik dibuka Firash. Sejuk.

Firash menoleh kebelakang. "Sial siapa tak tutup aircond." Kening diangkat sebelah.

Isyraf memandang Ryan. Ryan pula memandar Haidar.

Haidar pantas memandang Lasyira.

"Eh apa benda. Ni first time aku jejak sini. Tak masuk pon lagi." Lasyira mencebik. Dia menjeling mereka semua.

"Aaaaaaa."Medina yang sampai lewat menjerit secara tiba-tiba.

"Hoi." Terjerit Ryan akibat terkejut tampak bingit dengan jeritan Medina.

"Kau dah kenapa gila?" Soal Ryan geram. Mahu tampar sahaja kepala Medina tu. Otak hilang lagi la tu.

"Aku penat la naik tangga tadi. Dah la empat tingkat. Buat la lift lain kali." Medina memegang kakinya. Rasa macam takda kaki ja sekarang.

Firash yang malas melayan drama itu terus menarik tangan Lasyira.

Haidar menahan tangan Lasyira. Kening diangkat sambil memandang Firash. Bibir tersenyum mengejek.

Firash memandang Haidar pelik. "Kenapa kau? Senyum macam kerang busuk."

Haidar tidak membalas. Dia melepaskan pegangan kemudian ketawa kuat lalu menampar bahu Lasyira.

"Eh Mika sakitlah." Tangan Lasyira laju sahaja membalas perbuatan Haidar. Namun dia balas dua kali. Padan muka.

"Aku ngadu dekat mummy nanti." Bisik Haidar perlahan.

"And i will tell my mom to about you."

"Wei lawanya bilik ni." Lasyira terpegun buat seketika. Macam mana dalam kawasan sekolah boleh ada bilik ni. Lasyira mengambil tempat di atas kerusi. Macam meja perjumpaan pengawas lagi. Besar.

Ryan mengambil tempat disebelah Lasyira.

"Ni tempat Mika." Lasyira menolak bahu Ryan.

"Eh kau yang duduk tempat Haidar okay. Tak nampak tu nama dia belakang kerusi."

Haidar yang sedang membuka peti ais terbantut sekejap hasratnya untuk mengambil air oren apabila terdengar namanya disebut.

"Lasyira duduk ja tempat Mika."

Firash duduk ditengah-tengah hujung meja. Seperti ketua keluarga lagi. "Semua duduk sekarang." Tangan mengetuk pen perlahan-lahan di meja.

Semua mengambil tempat. Termasuk Haidar bersama air orennya.

Haidar cuba mengapai airnya sambil memandang Firash. Eh mana air ni?

Dia menoleh melihat Isyraf dan Ryan yang sedang berebut airnya.

Isyraf sudah mengangkat penumbuk. "Aku yang buat air ni."

Ryan juga mengangkat penumbuk. Sebelah tangan lagi memegang gelas air."Aku la yang buat."

Haidar bangun. Gelas ditarik perlahan-lahan. Kang tumpah dia pulak yang rugi."Ewah banyak cantik kau dua orang. Aku yang buat. Kalau nak pergi ambik sendiri."

DEVIL ADVOCATEDonde viven las historias. Descúbrelo ahora