Bab 7

4.9K 130 2
                                    

' Mama!’ Zack terlompat-lompat sambil memegang-megang dan mengayun-ayunkan tangan mamanya yang nampak masih cantik walaupun dah agak berusia. Biasalah, wanita zaman moden kan pandai bergaya gitu. Tambah pulak, isteri orang-orang kaya macam papa si Zack itu. Tiap minggu pergi salun, buat rambut, basuh rambut, iron rambut, manicure, pedicure, urut and macam-macam lah, kalau dibuat list, seminggu baca pun belum tentu habis!

' Kenapa muka nampak cekung je nih? Pucat pulak tuh?’

' Takde pape, mama.’ Di tepi jalan berdekatan dengan Pudu Raya itu, Zack tersenyum-senyum sambil pipinya diusap-usapkan ke bahu mamanya, gayanya ala-ala kucing betina gatal. Kalau orang tengok, mesti fikir Sugar Mummy dengan gigolonya huhu.

Sebelum tu abang Din dah blah awal-awal selepas menghantar Zack ke situ, senak perut pulak katanya. Rambutnya ter’selamat’ untuk kali ni, tapi aku tetap akan mencari plan baru untuk kenakan dia lagi hua hua! Jahatnya la aku nih! Orang dah buat baik, balaslah baik-baik! Nasib la bang Din, terjumpa makhluk tak berekor macam aku ni huhu.

' Jom! Naik kereta. Mama and papa ada surprise untuk Zack!’ kata mamanya ceria. Surprise apanya mama nih? Hari ni birthday aku ke? Yeke? Entah. Aku pun tak ingat. Tapi kalau tanya aku punya beloved mama, of course dia tahu hehe. Sebabnya, mama aku terer matematik huhu. Ada pulak kena mengena math dengan tarikh birthday..? Tapi aku memang otak agak bengap, kalau orang tanya birthday aku je, aku memang kena bukak purse and tengok I.C yang ada gambar budak cute dalamnya tuh, sape lagi, budak cute itu semestinya aku huhu. Lari dari perbincangan sebentar, disebabkan aku suka perasan, tu yang suka lari tajuk tuh hehe! Yang paling kesian dekat aku nih, nombor I.C sendiri pun boleh tak ingat! Kenapa la jadi macam tu?

' Eh? Kenapa mama bawak Zack datang sini nih, ma?’

' Malam ni ada dinner dekat hotel five stars. Mama and papa dah setuju nak Zack ikut sekali. So, as my daughter, Zack kena lah dress up girly-girly, honey!’ Mamanya happy sambil menarik tangan Zack masuk ke dalam butik pakaian WANITA.

Girly-girly? What the thing?? No!!! Habislah segala kemachoan yang aku cuba tanamkan seumur hidup aku ini kalau aku dress up girly-girly! Ahh, no way, mama!!

' Tak nak, mama. Mama kan tau yang Zack a.k.a. makhluk tercomel di dunia nih tak pernah pakai gaun seumur hidup Zack?’ Zack cuba nak mengayat mamanya supaya tidak meneruskan hajat di hati mamanya untuk memakaikannya dengan dress perempuan.

' Sayang, dinner tu important to us. So, you must act like a girl, honey.’

' Mama. Zack suka beli baju baru, tapi Zack nak pakai baju kot, tak nak dress singkat macam mak nenek tak cukup kain nih, mama.’ Zack menyangkut kembali baju dress berwarna merah menyala yang cuba dipadankan ke badannya sebentar tadi.

' Zack, janganlah macam ni, okay? Kalau Zack sayang mama and papa, please, okay? Just for tonight.’ Adei la. Kenapa aku takde langsung naluri nak jadi wanita nih? Parah.. tapi, disebabkan mama dah ugut dengan kasih sayang, ni yang buat aku tak sampai hati nih!

' Berapa lama dinner tu, ma? Ada banyak makanan tak?’

' Banyak, sayang. Jangan risau. Kalau Zack pergi je dinner tu, mama gerenti Zack kenyang sampai lusa!’ Yes! Makan itu penting bagi aku! Walaupun aku agak cekeding, tapi makan tu kan keperluan asasi, tapi lagi, aku memang suka makan melebihi keperluan asasi! Yang herannya, aku tak gemuk-gemuk jugak sampai sekarang. Berat aku steady and tak pernah overweight. BMI aku memang sentiasa cantik and buat aku tersenyum sampai ke telinga tak capang aku tuh!

Bini Aku Tomboy Ke?Where stories live. Discover now