Bini Aku Tomboy Ke? 2

6.2K 156 2
                                    

‘ Woi! Gila kau kejar aku buat apa??!’ jerit Zack sambil melarikan dirinya daripada dikejar seekor anjing hitam takde ekor. Uhh mati aku kalau kena terkam nih! Habis lah muka aku yang teramat comel ni kalau aku jatuh! Uwa!! Mama!!

‘ Otak! Berfungsi lah kau! Apa aku nak buat ni?! Tau la aku johan lari pecut dulu! Tapi tu 100 meter je! Ni dah 2 kilo kau kejar aku, wahai anjing!’ Tula dia, lalu lagi lorong gelap pagi-pagi buta, kan dah kena kejar. Adei la. Macam jauh je dah lari, kenapa anjing ni berkenan sangat kat aku ni? Parah, parah!

‘ Bang! Tolong! Ada anjing kejar!’ Zack berhenti seketika mengambil nafas. Dia menegur seorang lelaki di tepi jalan gelap di situ, apa dia buat pagi-pagi buta dekat situ?

‘ Lari la. Tunggu apa?’ Kata lelaki itu dengan mata kuyu nya. Ceh! Bukan nak tolong! Salakan anjing semakin dekat menghampiri. Lututnya bergetar, nafas tersangkut-sangkut.

‘ Yahh! Pejuang berani mati! Ambik kau, anjing! Nah!’ Zack mengambil botol kaca kosong bersebelahan abang mata kuyu tadi dan membaling ke arah anjing tersebut. Anjing itu berhenti seketika, terkejut kot, tapi disebabkan botol tu tak kena pada sasaran, kau tunggu la, Zack! Action je lebih. Berani mati konon! Uwa, mummy!!

' Apa lagi, cabut!’ Zack berlari lagi. Mujur juga lorong gelap di situ sudah sampai ke penamatnya. Zack berlari laju sekuat hati dan melintas jalan besar di situ. Ada takde kereta, aku tawakkal jela, ya Allah! Akhirnya, dia berjaya melepaskan diri dari dikejar anjing gila sawan itu.

' Sewel jugak anjing tu! Tau la aku comel, tak payah la kejar-kejar dengan semangat waja macam tu! Huh! Makan viagra agaknya, tu yang tak boleh beza anjing dengan orang! Heh!’ Zack membebel sendirian. Tekaknya kering, baju tak payah sebut lah, ikan kering pun kalah kalau nak lawan dengan ‘kewangian’ bajunya tu. Ahh, serabai gila aku, macam nenek kebayan dah ni!

Zack membetul-betulkan rambutnya. Tangannya laju mengibas-ngibas bajunya yang sudah basah lencun. Berpeluh sakan dah dia. Uh nak gila dah aku ni!! Dari kejauhan, kedengaran suara muazzin mengazankan azan.

‘ Eh? Baru isyak ke?’ Jam di tangan dibelek. Hah? Isyak apa nya, subuh dah pun! Mangkuk tingkat jugak aku ni! Idea di kepala tiba-tiba datang. Jeng jeng jeng. Surau! Yeah! Di manakah engkau?? He he. Berlari-lari dia mencari dari manakah azan itu dilaungkan. Rasa macam dekat dah. Tapi, tak nampak pun rupa masjid atau surau dekat sini?

Ke aku ni yang berkhayal tak?

' Pakcik!’

' Astaghfirullah! Kamu nih, kalau ya pun, bagi la salam dulu. Ini main sergah-sergah je. Matinya aku nanti, tak ke naya?!’ Zack menelan air liur yang terasa pahit kat tekak. Memang patut pun pahit, dah sehari tak berus gigi. Semua pencuri beg aku tu la punya pasal ni! Ceh, kecoh pulak. Kalau ada berus gigi pun, macam aku rajin nak berus-berus pulak, hehe.

‘ Assalamualaikum, pakcik! Minta maaf. Nak tanya je, mana ada surau dekat sini?’

‘ Huh, ada je dekat situ!’ Eleh, poyo nak mati pakcik ni! Mujur aku nih budak baik, kalau tak, dah lama aku terkam-terkam pakcik ni! Tanya baik-baik, jawab kerek-kerek! Cepuk jugak karang, sebijik dekat kepala botak tu! Eh, cerah bersinar-sinar, boleh buat cermin muka aku kepala pakcik ni!

‘ Apa nya lagi?! Pergi lah! Dah la bau ikan masin campur belacan, tercongok-congok pulak depan kedai aku ni!’

‘ Yela, pakcik! Nah! Hadiah! Special imported!’

‘ Kurang asam punya budak!’ Zack berlari-lari anak selepas mengangkat ketiaknya betul-betul di depan hidung pakcik kerek nak mati tu. Hah! Baru kau tau siapa aku! Zack memperlaju larian ‘marathon’nya apabila dia terlihat yang pakcik tadi sedang mengejarnya dengan penyapu di tangan. Tak jauh dia dikejar, pakcik itu dilihatnya berhenti sambil mengurut-ngurut dadanya sendiri. Tu la, perut boroi sangat, pakai baju pagoda pun pecah-pecah baju tu. Mesti ada darah tinggi. Tak pun kencing manis! Tu la tak larat lari, ada hati nak kejar-kejar orang pulak!

Bini Aku Tomboy Ke?Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα