Special Raya (After Ending)

4.2K 104 17
                                    

(Phase ni adalah selepas ending di dalam novel BATK published by Kaki Novel. Contains spoiler. selamat membaca! Dan selamat hari raya maaf zahir batin! xoxoxo!)

"Pleasela, please, kasi satu bilik untuk kitorang, aku bayar berapa pun, just please kasi satu...?" Zack merayu-rayu kat receptionist desk dengan muka anak kucing kesian. Tak larat pekerja hotel tu nak ulang kata takde dah bilik yang kosong.

"Weh, dah la kalau takde tu. Kau rayu camne pun dah memang takde, camne? Takkan kau ingat diorang nak kasi jugak kalau dah takde." Azim sampuk. Dah berapa kali dengar skrip ayat Zack tu, dah raya-raya ni mana nak dapat hotel, semua full house.

"Duh, beb, aku nak jugak, aku nak jugak!" pandang pada Azim, dia buat muka lagi.

"LOL. Dah, dah. Blah ah, tunggu mende lagi."

"Em, encik, ada. Saya dah tanya, ada satu bilik available."

"Bagus! Kasi aku ASAP! TV besar, kan?!" Zack jerit kuat sambil petik jari. Receptionist situ angguk sambil sengih-sengih tipu, mesti Zack ni guest paling kecoh selama dia kerja kat hotel tu. Haizz.

Di tempat parking...

"Beb, kau tak lapar ke?" Azim soal.

"Lapar jugak sikit."

"Jom ah, keluar makan dulu."

"Ala, aku malas ah pulak. Kau gi tapaukan untuk aku boleh? Aku naik dulu."

"Serius ni?"

"Yeah, deadly serious." Azim pandang Zack yang menjawab dengan muka serius tak boleh blah. Dia tau dah asal minah ni excited suruh stop tidur kat hotel, padahal kampung dah tak jauh dah, dalam 3 jam lagi sampai la kalau tak jem. Sebabnya dia nak main game, alasan dia kalau dah sampai kampung nanti dah tak boleh main dah, sebab akan ada budak-budak kacau. Aish, apa nak jadila bini aku ni, Azim keluh dalam hati. Mentangla baru dapat game baru, heh.

"Okay, kau take care, keh?" Azim ruffle rambut pendek Zack yang dah galas dan angkut beberapa buah beg.

"Weh, balik cepat. Game dengan aku nanti."

Azim sengih, ceh. Kalau game lain takpe gak, sekadar game PS4 tu kan, apa aku heran tah. Dia masuk dan start enjin kereta. Dengan Zack ni, game PS4 je dia nampak, yang lain... err... puas dah aku puasa, weh, ha ha, sadis!

Zack berlalu dan mula menapak ke lif. Sampai di tingkat 8, dia keluar, lalu koridor yang agak sunyi dan suram. "Asal sunyi sangat ni, kata full house ler kunun." Dia mumble sendiri. Lantak la, kisah apa aku, kan. Yang penting, game! Dia sengih sendiri, akhirnya dapat jugak release tension tak dapat main game, sampai ketar-ketar tangan dah macam orang kena simptom withdrawal drug. Hampeh betul!

Dia jalan lagi, tak sampai-sampai, apa kejauh sangat ni. Tetibe telinga dia menangkap satu bunyi macam orang ramai gelak-gelak, sembang-sembang yang bising gila dah macam berparti pun ada. Heran, dia berkerut. Mana datang bunyi bising tu, weh? Tiber sangat. Dia jalan dan sampai, biar betul bilik aku yang bising ni. Dia terkebil depan pintu. Pe kes.

"Assalamualai... err... apa eh. Alamak, lupala pulak..." Boleh pulak lupa camne nak bagi salam untuk bilik yang takde orang. "Ah, mampus la." dia abaikan kelupaan tersebut, bukak kasut dan masukkan kad dalam ruang khas dan lampu terpasang automatik. Bunyi bising orang gelak ketawa tadi mati begitu saja. Cam pelik. Uh, perasaan aku je kot, fikir Zack. "Hoi, tak pernah kemas bilik ke? Berhabuk babun!" kerutnya dengan suara kuat. Pintu tertutup di belakangnya. "Camne nak tidur ni. Aduhai." Dia jalan pusing-pusing dalam bilik tersebut.

"Huwargh." Dia regangkan badan lepas letak beg-beg tadi. Remote control TV ditekan butang ON. Bunyi di TV dikuatkan. Sunyi pelik, tapi apa dia kisah. Siap bukak sliding door lagi kasi angin malam masuk. Pukul 9 malam. Suasana gelap di luar memang tak nampak apa kebenda kat sebelah bilik tersebut. Zack tak cukup masa nak fikir apa benda kat sebelah sana. Biar jela. Penting ke masalahnya, tak kan? lagipun tingkat 8, pencuri mana la nak masuk pun.

Bini Aku Tomboy Ke?Where stories live. Discover now