Bab 17

3.2K 101 10
                                    


terima kasih kepada yang menyokong! selamat membaca! ;) 

' Arin! Kau tak jemu ke duduk terperuk je kat rumah ni? Jom esok kita pergi air terjun nak?' Zack bertanya semangat kepada Arin petang itu.

' Em, tak kisah, Zack. Arin ikut je apa plan Zack.' Arin membalas acuh tak acuh.

' Kenapa dengan kau ni, Rin? Apa dah jadi? Kau nampak pelik je aku tengok? Baby buat hal ye? Huhu.' Kata Zack, senyum sambil mengurut-urut perut Arin. Namun Arin menepis lembut.

' Arin nak pergi tandas.' Arin berlalu. Aish. Apa kes? Selalu steady je kalau aku usik-usik pun? Lagi suka ada la. Hish, ni payah ni jadi orang mengandung, mood jadi tak tentu hala. Em, takpe jela, nak buat macam mana kan, dah nature macam tu. Kemudian Zack mencapai handphone Sony Ericsson nya dan mencari nombor contact abang Din.

' Assalamualaikum! Haa, bang Din! Ni Zack. Esok free tak?'

Zack??! Mana dia dapat nombor aku?? Aduh, aku memang tengah rindu gila dengan dia! Macam ada instinct je si Zack ni hehe.

' Wa'alaikumsalam, Zack! Mana dapat nombor abang?' Abang Din cuba steady cover macho, walaupun hati dah berdebar gila kuat saat mendengar suara ' buah hati pengarang jantung' yang 'dirindui'. Ehem..!

' Oh, ada la, bang. Takat nombor telefon abang tu, petik jari je dapat!' Padahal, bukan main susah dia merayu kat mama mintak nombor telefon abang Din, memandangkan mama je yang ada meng'save' nombor abang Din hari tu.

' Ala, mama, boleh la bagi, ada benda penting Zack nak cakap dengan dia..' Zack memujuk mama supaya memberikannya nombor telefon abang Din pagi tadi semasa dia menghubungi mamanya di Perak.

' Nak buat apa? Zack nak menggatal dengan lelaki tu ke, ha? Tak boleh! Mama tak bagi.'

' Ala, boleh la, ma. Zack bukan nak menggatal pun, mama kan tau anak mama ni jenis yang macam mana? Bukan jenis menggedik tak tentu hala punya orang, ma. Boleh eh, ma?' Zack terus memujuk sampai akhirnya mama terpaksa mengalah. Anak pun seorang tu je yang ada, tu la yang kena bebetul jaga walaupun tak la menjaga sangat pun huhu.

' Yeah, thanks mama! Love you forever and ever!'

' Zack, ada apa call abang ni?'

' Eh, em.. Takde, Zack nak tanya abang free tak esok? Nak ajak abang pergi air terjun.' Zack yang sempat mengelamun sebentar tadi terkejut mendengar suara abang Din di talian.

' Oh, boleh kot. Nanti abang tanya bos dulu, okay? Ni nombor Zack ke?' Che, buat-buat nak tanya bos konon, padahal kalau ikut hati, aku nak je terus jerit boleh, boleh, boleh sangat! Yes, pucuk dicita, ulam mendatang! Tapi, apa pun, kemachoan tetap kena jaga, tak ke nampak gelojoh sangat nanti hehe.

' Yep. Okay, apa-apa nanti abang call je nombor ni. SMS pun akan dilayan huhu.'

' Okay, beres, Zack!'

' Okay, bang! Gotta go. Tata.' Zack menekan butang merah pada handphonenya itu. Uhh, bahagia pulak rasanya boleh lepas rindu walaupun cakap ikut telefon je hehe.

Yes, yes, yes! Abang Din excited gila sakan selepas mendapat call daripada Zack, esok aku nak luahkan perasaan aku kat dia! Wah, dah lama tak beromantik nih! Ehem, esok jugak aku akan test, dia lelaki or perempuan!

------

' Rin, kau bawak towel, baju and seluar spare. Mana tau kot-kot kau teringin nak mandi ke?' Arin angguk sikit je.

' Rin, kenapa dengan kau ni? Unhappy je aku tengok? Kau ada masalah ke? Cuba beritahu aku?' Arin geleng. Dia kelihatan sedikit leka menyapu sampah di dapur pagi itu.

Bini Aku Tomboy Ke?Where stories live. Discover now