Bab 4

4.8K 132 0
                                    

‘ Bukak dah! Tengok la nak tengok sangat. Ha picit sekali kalau tak puas hati lagi!’ akhirnya Zack terpaksa mengalah dengan paksaan polis wanita itu.

‘ Eh, buat apa awak tarik-tarik tangan saya nih?!’ Marah pegawai polis garang tadi dengan perbuatan Zack yang secara tiba-tiba menarik-narik tangannya.

‘ Cik kak kan nak tahu and siasat saya ni perempuan ataupun tak kan? Sekarang ni saya bagi peluang, rasa lah asli ke tak! Bukan selalu saya bagi peluang macam ni nih! Puan orang yang pertama lagi! Cepat lah sebelum tawaran ditutup. Akak pulak tak nak cuba sekali?’ Tanya Zack sambil memandang ke arah seorang lagi anggota polis yang agak diam dari tadi.

‘ Ha??’ Polis itu terkejut macam babun lepas beranak.

Zack tersenyum comel melihat aksi polis wanita diam tu sambil tangannya memegang tangan polis garang tadi, cuba dirapatkan pada dadanya, namun polis wanita garang itu menarik-narik tangannya kembali.

‘ Sudah!! Berhenti!’ Haha! Yeah! Berjaya! Haa kau jangan main-main dengan aku!

‘ Dah cukup bukti ke, cik kak? Bukan ke nak pastikan betul-betul sesuatu tu kita kena buat pemerhatian dan eksperimen 3 kali? Kena picit-picit, tenung-tenung..’ Kata Zack sambil membuat aksi seperti yang dikata.

‘ Cut it off! Awak boleh keluar sekarang!’ Hua hua. Best giler kenakan dia!

‘ Betul kan saya perempuan, cik puan?’ Tak puas hati lagi tu.

‘ Ye! Dah! Jangan biar saya tengok muka awak lagi!’ Fuyyo! Takutnye.. Gila dahsyat bengang dia! Polis wanita yang agak diam itu pun mengiring Zack keluar dari bilik itu selepas Zack mengenakan kembali pakaiannya.

‘ Akak takde nombor telefon? Saya suka sangat tengok akak. Comel! Body pun, wow! First class!’ Kata Zack sambil mengangkat keningnya. Kalah Ziana Zain!

‘ Eh??’ Polis wanita itu pucat dan mula membuat muka seram melihat Zack. Gila agaknya budak ni!

Wahaha! Jahatnya aku! Namun, Zack cuma membuat muka selamba, padahal dalam hati, dah nak meletup kerana tak tahan geli hatinya.

‘ Dia memang perempuan, sarjan.’

‘ Okay, terima kasih. Duduk. Apa masalah awak sebenarnya?’

‘ Beg saya hilang. Semua barang kena curi. Handphone, I.C..’

‘ Bila hilang? Dekat mana? Kenapa lambat buat laporan?’ Soal pakcik polis itu bertubi-tubi. Zack jugak yang pening nak menjawab.

‘ Satu-satu la, tuan.’ Amboi! Budak ini..

‘ Kenapa tak hubungi mak ayah awak?’

‘ Sebab otak saya bengap, tuan.’

‘ Apa kena mengena pulak?’

Bini Aku Tomboy Ke?Where stories live. Discover now