MY HAPPY LITTLE PILLS

3 0 0
                                    


Menaip dan menaip. Sekali-sekala aku menuju ke laman google, menonton kembali video-video lama untuk merehatkan minda setelah lama menaip tak tentu hala.

Hah! Kembali ke titik asal, aku tiada idea. Well, kerja sendiri ni sucks! Takde duit, kena buat duit sendiri, usaha kena lebih, kalau tak mana orang lain nak bagi duit sesuka hati. Macam mana aku boleh ingat orang lain boleh dapat duit macam tu je? Haih, Wawa, Wawa! Kau pikir diorang tak ada berdepan dengan susah payah ke?

Seketika aku mengeluh.

Aku penat, aku bekerja sendiri. Berangan nak jadi influencer, ini masih lagi permulaan.

Tetapi, tahukah aku sebenarnya usaha aku selama ni masih lagi tak berbaloi? Macam mana kau nak dapat jadi influencer? Kau bukannya berasal dari orang yang popular? Kau takde jaringan! Nak bercakap dengan orang pun gagap-gagap!

Aku mulakan semua ini dengan hanya menulis. Ya, menulis! Aku tulis apa? Semua benda yang orang kata nonsense, tetapi aku concern. Haha! Rhyme yang baik! Tengok! Aku concern benda yang nonsense!

Aku tak tahu apa pendapat orang tentang karya aku. Aku just tulis and post then walla!!! Semuanya dalam website!! Yang orang just "oh, apa ni? Ok, bye!". Bosankan? Takde feedback, so aku tak tahu apa yang aku tulis, betul ke? Tak nampak mengarut ke? Aku nak teruskan dengan gaya tulisan yang sama, nampak santai bagi aku. Bagi aku!! Tetapi, bagi orang lain, santai ke? Santai ke gaya penulisan aku? Cukup indie ke? Adakah orang boleh terima? Aku tak fikir perkara macam tu waktu awal-awal mula menulis.

Semuanya hanya sebab satu kerja rumah yang cikgu bagi kat dalam kelas and well, cikgu dan kawan-kawan kelas kau puji kau! Haha! Wawa, well done! You've done good enough! Tetapi, zaman dah berubah! Kau pun dah besar, masuk universiti. Aku tinggalkan kejap dunia menulis ni waktu 16 tahun, alasan, belajar! Tipu, aku sibuk mengorat budak lelaki kelas aku yang alih-alih mainkan perasaan aku!

Waktu aku ada masa lapang? Aku duduk bermalas-malasan. Heh! Aku memang orang yang pemalas. Aku malas nak buat macam-macam. Contohnya bergerak selepas dah berbaring. Oh, waktu tu!! Kau dah kemas rumah semua, then kau just nak baring, sedap tu! Sedihnya, kau baring je, adik kau terus sepahkan segala usaha kau! Hidup seorang kakak yang pilu. Mak kau balik, kata kau tak kemas rumah, bukan tak kemas, dah terbaring, mana boleh gerak?

Aku tak menulis dah lama dan ambil masa yang lama juga untuk aku dapatkan ilham untuk menulis balik, sebab aku dah lama tak menulis. Bila dapat ilham, waktu tu pula kau sibuk dengan homework, exam, final, spm, papers, assignment dan macam-macam lagi memandangkan aku "anak kesayangan guru-guru sekalian" di sekolah.

Aku ada menulis sikit-sikit dalam kertas, tapi tu semua, tulis yang tiada sambungannya, yang tiada titik bertindihnya. Aku tak suka cerita tu. So, aku simpan dulu. Simpan-simpan lama-lama buang dah kertas tu dalam tong sampah. So, aku mula usahakan untuk tulis dalam komputer, boleh simpan lama sikit! Ada satu benda kelakar, aku dapat idea kat asrama, asrama sekolah mana boleh bawa barangan elektrik jadi laptop aku kira barang haram jika aku seludup dia masuk. Mungkin akan dirampas.

Ah!! Semua tu alasan je sebenarnya! Aku sebenarnya malas! Sebab aku tahu yang menulis ni leceh. Lepas kau tulis, kau kena check balik satu-satu, ada tak kesalahan. Well, sekarang aku tak buat macam tu, dulu yela! Aku just tulis and 'try' elakkan sebarang kesalahan sebab aku malas nak edit lepas tu, walla!!! Simpan!! Sampai masa, copy and paste dalam wattpad post then copy link, post dalam patreon. Dah selesai semua, set up! Post dah up kat patreon, aku tweet post tu! Mudah! Semudah 1,2,3! Alang-alang dah mention patreon ni, support lah, ya? Aku dalam patreon tu sebab aku nak karya aku dibayar tu je. Cara lain nak dapatkan duit selain berniaga, that's all!

Namun, kenapa aku pilih untuk menulis? Kenapa buat cerpen dan novel? Idea aku bukan hebat sangat pun! Jawapannya mudah!

Aku kuat berangan1

Mudah kan? Semudah 1,2,3 sahaja! Klik become a patron and fill up your information, that's up you support my work through patreon.com! eh, kenapa aku promote patreon pula ni?

Aku memang kuat berangan. Aku suka bayangkan yang dunia ni, bukannya dunia yang kita duduk sekarang. Like there's fated mate! Woohoo! Fated mate! Kelakar apa kau, fikir mudah nak tahu jodoh kau tu jodoh kau, ke? Tak tahu tak? Kau nampak lelaki bukannya nanti ada bunyi loceng macam kimi no nawa tu.

Aku tulis semua summary angan-angan aku dalam buku-buku yang sekarang dah jadi koleksi bacaan masa lapang untuk digelakkan oleh aku sendiri, sebab aku bosan duduk termenung.

Kalau orang tanya, kenapa kau termenung je ya? Kau tak nak belajar ke? 'Aku tak suka sangat belajar balik benda berulang kali, melainkan kalau itu latihan,'. Triggered, tak? Tak? Okay. Lain orang lain cara dia.

Walau bagaimanapun, ini masih lagi tidak menjawab soalan tajuk saya pada hari ini! "Eh? Kenapa tiba-tiba guna saya?" sorry, sorry! Sahaja nak nampak dramatik sikit!

Tajuk kita harini HAPPY LITTLE PILLS aka "dadah". Eh, tipu je! Aku tak ambil dadah, ok!

Sebab sejak kebelakangan ni, aku duduk nampak orang cakap pasal kebahagiaan kecil yang kita nikmati waktu buat benda simple. Contohnya, buat air kopi dan minumnya tanpa gosok gigi, pagi-pagi buta, tak makan apa-apa lagi! Nikmat! Serious nikmat bagi akulah. Tak tahu bagi orang lain macam mana kan? Nikmat-nikmat tunggu sejam kemudian, perut aku mula memulas padan muka!

Well, itulah dia! Menulis ni macam aku punya kegembiraan yang kecil. Orang pertikaikan itu, ini! But, I don't give a single shit and a single fuck to what they said! Aku just nak menulis, pertikaikan perkara yang orang kat nonsense tetapi aku concern. Sebab aku percaya semuanya boleh jadi satu kegembiraan satu hari nanti! Perkara yang kecil boleh lead kepada perkara yang besar macam lubang kat ketiak baju. Kecil sahaja mula-mula. Kau buat tak tahu. Alih-alih, eh, bila masa ada lubang besar kat ketiak aku ni? Maka baju itu pun dibuang! See? Tiada penyelesaian sebab orang tak concern!

Orang kata benda tu nonsense sebab diorang tak tahu perkara tu akan jadi concern pada masa akan datang. Orang kata itu nonsense sebab mereka tak tahu perkara tu pernah jadi concern pada masa lampau. Ianya simple!

Menulis, dan jadi keyboard warrior! Hahaha! Kelakarlah aku hari ini! Good job, Wawa! You've done so well.

So, MY HAPPY LITTLE PILLS!

-tamat-

27/1/2019

a/n- wrote this in one night! Haha! Idea asallain, jadi lain but who cares

VIOLET'S RANTSHOTWhere stories live. Discover now