KONTROL

11 0 0
                                    

"Arisha! Arisha!" Taufiq berkata di dalam tidurnya. Serentak itu, Taufiq terus tersentak dari tidurnya. Matanya terbuka luas.

Sekali lagi. Dia mimpikan adiknya, Arisha. Rindunya tidak dapat dihalang lagi. Taufiq tersedu dalam tangis.

"Arisha! Mana Arisha pergi?" Taufiq berbisik.

------------ ♥♥♥♥♥♥♥ -------------

"Abang!" Arisha berteriak. Arisha berlari ke arah abangnya. Tubuh kurus kering abangnya dipeluk kuat dari belakang.

"Isha rindu abang!" Arisha yang membahasakan dirinya sebagai 'Isha' itu berkata.

"Kenapa?" Taufiq berpusing menghadap Arisha seusai sahaja Arisha melepaskan pelukannya. Suara taufiq lembut sahaja. Pipi Arisha dicubit perlahan. Arisha pula hanya tersenyum manja.

------------ ♥♥♥♥♥♥♥♥ --------------

"Rindunya abang pada Arisha. Abang rindu pada senyuman Arisha," Taufiq berkata. Taufiq hanya memandang cermin di dalam tandas awam itu dengan perasaan yang kosong. Bagi Taufiq, biarlah dia merempat di mana pun, asalkan ada Arisha di sisinya itu sudah mencukupi.. Hanya Arisha sahajalah yang dia perlukan sebagai pelengkap hidupnya.

Seusai Taufiq menyelesaikan urusannya di dalam tandas awam tersebut, dia pun keluar. Kini tujuannya adalah untuk menuju ke arah tempat persembunyian dia dan Arisha pada waktu dahulu.

Lorong itu. Lorong yang membawa makna besar buat mereka berdua. Lorong yang menyimpan seribu satu memori mereka.....

------------ ♥♥♥♥♥♥ --------------

Arisah daN Taufiq berjalan beriringan merentasi malam yang yang sunyi. Misi mereka adalah untuk mencari tempat berteduh yang boleh diduduki. Biarlah ia tidak selesa manapun asalkan namanya tempat berteduh.

Mereka baru sahaja kehilangan tempat tinggal sebaik sahaja bapa mereka berdua meninggal dunia. Ibu mereka pula baru sahaja meninggalkan mereka semalam sendirian. Alasan ibunya kerana lelaki yang mengambil ibu bekerja itu tidak mahu pekerja yang mempunyai anak. Ibu dikaburi harta dunia. Lelaki kaya itu mahu mengahwini ibu. Taufiq terdengar perbualan antara ibu dan 'majikan' ibunya itu. Tetapi rahsia itu Taufiq pendam. Dia tidak mahu adiknya menuduh ibunya tidak menyayangi mereka lagi walaupun itulah perkara yangbenar. Ibu merekalangsung meninggalkan mereka tanpa sebarang tempat bergantung. Sehelai sepinggang. Itulah mereka berdua sekarang kerana ibu mereka dibutakan dengan wang melimpah ruah milik lelaki kaya yang jahat dan durjana yang menghasut ibu meninggalkan anak-anak kandungnya sendirian.

Setelah jauh mereka berjalan mereka pun tiba di sebuah tempat yang sunyi. Sunyi dan gelap. Kotor tetapi cukup untuk mereka berteduh. Merka memasuki kawasan itu. Kelihatan beberapa gelandangan duduk berbual-bual terhenti perbualannya kerana memandang mereka berdua yang agak asing.

"Adik ni siapa?" suara serak-serak basah mengejutkan Taufiq dan Arisha dari belakang. Serentak dua beranak itu memandang ke arah belakang mereka. Apa yang mereka nampak seorang nenek tua. Baju nenek itu compang camping. Badannya bongkok sahaja. Muka nenek itu berkedut.

"kami ...," Taufiq teragak-agak untuk memberitahu. Dia agak kurang percaya pada orang asing.

"Kami dari jauh," Arisha bersuara. Riak mukanya tampak gembira. Nenek itu pula hanya mengangguk tanda faham.

Arisha menarik lengan baju Taufiq. Taufiq hanya menuruti arahan adiknya untuk tunduk.

"Jangan risau. Arisha percaya yang nenek ini baik," Arisha berbisik. Wajahnya terpancar keceriaan dan cahaya. Taufiq memandang Arisha hairan.

VIOLET'S RANTSHOTWhere stories live. Discover now