"I don't want. Full stop." Firash sudah berputus asa berlakon baik. Dia terus mengambil tempat disebelah Lasyira.

Nia mengetap bibir. Tiada siapa berani menolak dirinya. Ian kata kalau kena tolak dengan seseorang maksudnya dia dah ludah kita.

Jadi kita kena ludah dia balik.

Tanpa membuang masa yang sememangnya emas, Nia terus meludah muka Firash kemudian lari.

Firash bengang. Dia mengambil tisu di atas meja kemudian mengelap mukanya. Kaki mengejar Nia kemudian muka gadis itu diludah balik. Ingat engko budak terus boleh lepas? Memang tak la. Dia kembali mengambil tempat.

Padan muka kau.

Nia tergamam sebelum dia menjerit kuat sambil menghentakkan kaki . "Iannnnnnn!"

"Iannnnnnnnnnnnn." Tangan tidak henti-henti mengelap mukanya yang terasa jijik itu dengan skirt labuh yang dipakainya.

Isyraf sangat benci mendengar teriakan budak. Dia menekup telinga. Dia bingkas bangun mahu mencari Ryan secepat mungkin untuk menghentikan Nia daripada menjerit.

Saat dia baru melepasi Nia yang sedang menangis. Dia terus berhenti daripada melangkah. Merah mukanya. Dia menoleh kebelakang kemudian memandang bawah.

Nia..Nia mencabul dirinya!

Nia menggigit bibir. Tak tahan nampak bontot seksi yang baru sahaja ditamparnya tadi.

Isyraf makin gila. "Siapa ajar kau perangai syaiton macam ni hah budak."

Nia tersenyum. "Ian lah..."

Ryan yang baru tiba melihat mereka semua. Daripada tadi bising dah kenapa. Punyalah dia bergegas turun dari tingkat 4 kerana mendengar Nia menangis.

Isyraf memandang Nia. Nak pukul pon budak lagi. Jadi..

Isyraf memegang kolar baju Ryan kemudian menolak lelaki itu hingga rapat dinding. "Siapa nak bertanggungjawab..." Dia merapatkan diri dengan telinga Ryan. "- sial!" Sambungnya. Nak mencarut kuat-kuat tapi ada budak.

"Hey you. Sexy man. Jangan sentuh boyfriend Nia." Jerit Nia.

Haidar dan Firash makin galak ketawa hingga senak perut mereka berdua.

"Apa?" Soal Ryan yang masih keliru. Mata difokuskan pada Isyraf.

"Anak sedara kau cabul aku!" Balas Isyraf.

"Apa benda kau ni." Berkerut wajah Ryan.

Mata Ryan dihalakan pada Nia pula menunggu jawapan dari mulut gadis itu. "Nia?"

"Ian. Nia tak curang dengan Ian. Abang tu yang sentuh Nia dulu." Tipu Nia. Dia terduduk. Tangan diletakkan pada dahi sambil memandang atas seperti memikirkan nasibnya.

"Ya Allah drama queennya." Meletus tawa Lasyira.

"Amboi meriahnya rumah." Orked datang bersama dua orang pembantu rumahnya yang membawa air oren dan kek red velvet. Tersenyum bibirnya apabila rumah agam yang besar itu boleh bising sampai begitu sekali. Hebat. Selama ini sunyi sahaja apabila anak pertamanya iaitu kakak kepada Ryan sudah berkahwin.

Lasyira bangun dari duduk kemudian menyalami tangan ibu Ryan. Dia tersengih-sengih lalu menggaru kepala yang tidak gatal.

Oh i'm dead.

Berkerut wajah Orked. Dia kenal gadis itu. Tangan membalas huluran salaman daripada Haidar, Isyraf dan Firash namun fikirannya masih melayang pada gadis itu. Dia mengambil tempat dihadapan Lasyira.

DEVIL ADVOCATEWhere stories live. Discover now