Love Maze - Kim Taehyung

1.5K 48 9
                                    

"I wish you still love me (Y/N)." - Kim Taehyung


SEQUAL - SENIOR
WARNING ;- LILTLE BIT SMUT

BACKSOUND; BTS - LOVE MAZE
BACKSOUND2 ; BTS - HEARTBEAT
BACKSOUND3 ; ALESSIA CARA - OUT OF LOVE
BACKSOUND4; INSOMNIACKS -PULANG

*****

"Aku tak rasa hubungan ini boleh pergi jauh." Wajah Taehyung aku pandang. Terbit rasa sedih dihati, dan aku tahu apa yang bakal terjadi hubungan aku ini. Keluhan kecil aku lepaskan. Berpisah, berat untuk lepaskan.

"Awak betul-betul nak akhiri hubungan ini." Tanyaku inginkan kepastian. Dia mengeluh kecil tunduk untuk memandangku yang lebih pendek darinya.

"Ya" Taehyung bersuara datar, tiada lagi suara dalam dan lembut yang selaluku dengari. Kini datar dan kosong.

Tepat jam 12.59 pagi secara rasmi kami berpisah dan kali terakhir aku lihat sosok tubuh lelaki itu dalam hidupku.

Susah untuk lepaskan insan yang tersayang tapi kita tidak boleh ego. Orang tidak sudi jangan ditagih simpati.

"When did you run out of love for me? Kim Taehyung."

****

"ARGHH KENAPA AKU INGAT BALIK MOMENTS TAK GUNA TU." Aku menjerit kuat. Kepala dikusut berulang kali. Rish yang leka menyusun barang menoleh ke arahku.

"Nak aku tolong kau tak?." Aku mencebik bibir, tidak mahu dengar nasihat tak masuk akal Rish.

"Rileks lah baru dua tahun memori kau berputar." Aku mencebik bibir mendengar kata-kata Rish. Keluhan berat aku lepaskan.

"Nampak sangat kau masih sayangkan dia." Aku iyakan apa yang Rish katakan. Terlalu banyak kenangan yang kami lalui tidak pernah hilang walau satu pun. Memori itu masih utuh didalam memori.

"Aku hairan juga, kau berhubungan dengan dia tiga tahun weh. Tiga tahun weh, lama tu. Tiba-tiba dia minta putus. Macam dungu je aku tengok." Rish buka bicara, aku mengangkat bahu. Aku juga tidak tahu apa yang berlaku. Semua itu hanya tinggal kenangan yang masih tersemat didalam fikiran.

"Dah lah kau ni, jangan dikenang perkara dah berlalu. Sekarang kita enjoy." Aku tertawa kecil mendengar suara Baekhyun mencelah datang dari bilik stor.

"Eh kau sibuk aje, kami nak berborak pun payah." Rungut Rish membawa kotak barang yang kosong menuju ke bilik stor.

Baekhyun keluarkan muka toya dan mengatur langkah ke arahku. Dia menarik senyum kecil padaku.

"Kau nak tahu bagaimana caranya lupakan mantan kekasih kau." Alis kanan dijungkit-jungkit ke atas. Aku menghembus nafas pasrah.

"Hmm apa dia?." Dia tertawa kecil seraya merangkul erat bahuku. "Apakata kau keluar temu janji dengan sepupu aku." Berkerut-kerut aku memandang Baekhyun.

"Ish tak naklah. Aku lebih selesa hidup dalam keadaan solo. I'm shining solo." Aku bersuara kecil. Bahu Baekhyun aku tepuk perlahan. Dia menjuih bibir.

"Baekhyun, kan aku dah cakap awal-awal. Pintu hati (Y/N) belum terbuka lagi." Tutur Rish menghampirinya. Aku mengukir senyum tipis pada Rish.

"Betul tu. Belum tiba masa lagi." Baekhyun berdesah kecil. Rambut lurus dan halus digosok kasar. Nampak tidak terurus sudah rambutnya. "Arh bosan borak dengan kau berdua." Sebaik berkata begitu, bayangan baekhyun sudah hilang masuk ke dalam bilik stor.

IMAGINE [BTS,EXO] ✅Where stories live. Discover now