You are the reason - Oh sehun

2K 53 4
                                    

" (Y/N) You are my reason to stay alive -oh Sehun."

.

.

.

EPILOG: KISAH ANTARA KITA.

BACKSOUND:- You are the reason - Calum Scott and Leona Lewis

********

   Suasana bilik bersalin yang bersuhu dingin tidak lagi aku rasakan. Keringat mula menbasahi rambut depanku. Aku menahan rasa sakit untuk bersalin untuk kali pertama.

Aku tahu ini masanya bayiku akan keluar. Mengikut laporan doktor sudah buat pemerikaan bukaan serviks sudah 3 cm ini bermakna bayi bakal dilahir.

Rasa sakitnya tidak dapat diungkapkan sehingga aku tidak sedar aku menangis menahan sakit diseluruh lagi-lagi dibawah perut aku, terasa pinggangku dipatah-patahkan, dibelah dua.

Aku cuba meneran sekali lagi. Ya tuhan sakitnya. Mata dipejam erat sambil mengambil nafas sedalam mungkin.

"My dear, You can do it." Aku menoleh kekiri. Puan marrie ralat memenggam erat tanganku memberi kata-kata semangat padaku.

"Miss (Y/N), Push. you can do it. One more time. Now push." Dalam kiraan satu dua tiga, aku meneran sekuat hatiku hingga aku dapat rasakan perutku kosong dan bunyi tangisan bayi yang nyaring. Aku tersenyum kecil.

"Its baby boy. Congratulations miss (Y/N).." Ujar Doktor yang menyambung bayiku. Seorang jururawat menyerahkan bayi diatas badanku. Aku tersenyum kecil mendengar tangisan kecilnya.

"Welcome to the world Hadrian." Bisikku mengucup lembut dahinya. Perlahan aku memejam mata cuba menghapuskan rasa sakit dan sebak mula datang dihati.

Sehun anak kita dah selamat lahir didunia. Dia lelaki. Saya namakan dia Hadrian. Awak mesti sukakan?.

******

"Kau okay tak ni?." Aku tersedar dari terus mengelamun apabila suara Sarah mula menerjah. Aku mengangguk kecil memerhatikan bayiku diriba sarah. Sesaat kemudian, aku dengar kekehan dari Sarah.

"Muka dia langsung tak ikut muka kau (Y/N), mesti seratus peratus muka baba dia. Hensem." Ujar Sarah mencuit hidung mancung hadrian yang lena diribanya.

Hadrian Markson. Markson adalah nama keluarga ibu angkat aku Puan Marrie Markson. Memandangkan aku lahirkan hadrian disini, Puan Marrie mahukan nama keluarganya digunakan untuk hadrian.

Lihat sahaja wajah Hadrian, entah mengapa sebak mula bertandang didalam hati mengenang sehun yang sudah lama aku tinggalkan. Mata aku terasa panas. Hujung selimut aku genggam erat teringat wajah lelaki yang amat aku rindui.

"Aku kejamkan Sarah." Suaraku tersekat-sekat menahan diri dari terus menangis. "Aku...aku kejam-aku kejam tinggalkan dia sedangkan kami janji nak hidup bersama.. selesai masalah kami sama-sama tapi ni yang aku balas." Ujarku mengesat airmata perlahan. Aku sakit. Lemah. Sedih. Semua bercampur. Sarah menaruh hadrian di baby court lalu mendapatkan aku, bahu aku diusap lembut.

"(Y/N), Kau tak boleh sedih macam ni." Pujuk Sarah mengosok pelan bahuku. Aku memejam erat mata, aku dapat rasa air mata mengalir ke pipi.

"Aku tahu kau pendam semua masalah kau selama ini dan hari ni aku nak kau luah apa yang kau pendam selama ni. Siapa ayah kandung Hadrian sebenarnya?. Siapa dia pada kau, kenapa kau tinggalkan dia?." Soal Sarah perlahan. Aku menoleh kearah sarah. Aku tak tahu kenapa emosi aku makin sensitif bila terkenang lelaki yang aku cintai.

IMAGINE [BTS,EXO] ✅Where stories live. Discover now