Part 2

750 18 1
                                    

Nak tak nak, aku terpaksa kentalkan hatiku pergi menemu duga di AH Holdings Berhad. Walaupun hatiku tidak seikhlas untuk pergi, namun disebabkan kegigihan dan tidak putus asanya Fara memujukku, akhirnya aku bersetuju dengannya.

"Assalamualaikum, Cik Rosliyana." Salah seorang penemu duga menyapaku terlebih dahulu.

"Waalaikumsalam, Encik..." Aku tidak mengenal nama penemu duga yang berada di dalam bilik ini. Terasa janggal pun ada. Semua yang menghadiri temu duga di empayar syarikat ini sudah pasti akan membuat kajian tentang siapa pihak atasan. Namun bukan pada Mawar.

"Amirul Hilmi. Just panggil saya, Amirul aje. Saya bekerja di Bahagian Kejuruteraan dan Automobil dan di sebelah saya ialah Cik Diana Imani dari Bahagian Penghotelan dan Logistik. Seorang penemu duga akan sampai sekejap lagi. Nama dia ialah... Hah! Sampai pun ye. Ingatkan kau tak ingat sesi interview ini."

Seorang wanita yang berpakaian simple dan elegan dengan tiba-tiba menerjah ke bilik interview ini. Dia berjalan laju ke arah kerusi yang telah disediakan dengan muka yang kalut. Tanpa menghiraukan pandangan mata yang berada di dalam bilik ini, dia terus membuka fail yang terselit resume aku.

"Assalamualaikum, Cik Rosliyana. Nama saya, Puan Farisha Izzara dari Bahagian Pemakanan dan Pengusahaan. Saya dah baca resume kamu dan sememangnya kelulusan dan pengalaman bekerja kamu amat sesuai dengan jawatan yang kami sedang offerkan. Tapi, saya ada persoalan mengenai perletakkan jawatan kamu di Permata Holdings. Company itu bukan sebarang Company yang semua orang dapat bekerja di situ. Lagipun, jawatan yang kamu sandang di situ bukan rendah pun. Finance Manager (FM) lagi."

"Ya, saya mengaku Permata Holdings adalah sebuah Company besar malah lebih tepat lagi sebuah empayar besar seperti AH Holdings. Jawatan yang saya dapat hanya indah khabar daripada rupa sahaja. Sebab apa saya meletakkan jawatan adalah berkaitan dengan hal kerja dan juga hal peribadi. Saya berharap kalian dapat menghormati hak saya untuk tidak membuka ceritanya."

"Sekurang-kurangnya kami berhak tahu apa yang menyebabkan kamu resign dengan jawatan tinggi itu. Jawatan itu bukan sebarang orang yang boleh menyandangnya lebih-lebih lagi di Permata Holdings. Saya pasti kamu mesti mempunyai potensi dan bakat yang membolehkan kamu berada di tahap itu kan." soal Puan Farisha.

"Cukuplah sekadar sebab yang saya tidak menjalankan tugas saya dengan baik sebagai FM di sana. Itu yang mampu saya bagitau." Senyuman segaris diberikan kepada semua penemu duga di bilik ini.

"Baiklah, Cik Rosliyana. Tapi jawatan yang kami offer sekarang adalah sangat jauh berbeza dengan jawatan Cik yang lama. Tidak rasa tergugat ke?" soalnya lagi.

"Nama jawatan itu bukanlah penting bagi saya. Bagi saya, walaupun jawatan yang dipegang adalah lebih rendah tetapi gaji yang diberi adalah lebih tinggi daripada jawatan lain, ia telah cukup memadai untuk saya. Lagipun, sejujurnya saya datang menemu duga ini disebabkan sepupu saya yang menghantar borang temu duga tanpa pengetahuan saya. Saya masih belum bersedia lagi untuk bekerja. Cuma, untuk tidak menghampakan niat baiknya, saya datang ke sini."

"Hmmm... Maksud Cik Rosliyana ialah kamu tidak ingin bekerja di sini ke?" soal Encik Amirul yang sejak tadi hanya berdiam diri.

"Bukan itu maksud saya, Encik Amirul. Cuma saya ingin berehat secukupnya sebelum bekerja semula." Jawab Mawar dengan nada perlahan dan lembut.

"Baiklah. Kami faham apa yang Cik sampaikan ini. Kami akan menghubungi Cik kalau Cik diterima untuk bekerja di sini."

"Baiklah. Terima kasih semua. Waalaikumsalam."

**************************************************

Sudah sebulan aku bekerja di AH Holdings dengan jawatan Senior Financial Analyst. Walaupun ia lebih rendah daripada jawatan lama aku. Pada mulanya, rakan sekerja di Bahagian Kewangan berasa tidak adil apabila mengetahui kelulusan serta pengalamanku. Namun, aku hanya beriak selamba sahaja. Begitu penting ke nama jawatan itu? Ya, aku mengaku pada zaman ini, nama jawatan sangat penting. Ia melambangkan status seseorang di dalam empayar seperti di AH Holdings.

Jodohku, Mr Berg?Where stories live. Discover now