6

47 3 0
                                    

2 bulan berlalu macam tu je.Sepanjang 2 bulan tu,memang aku kacau Fawwaz kaw kaw.Aku dah tumpahkan air atas baju dia masa rehat,koyakkan buku latihan dia,pancitkan tayar basikal buruk dia,memang aku dah buat hidup dia merana lah! tapi sikit pon aku tak nampak dia naik angin.Paling teruk pon aku pernah nampak pandangan tajam dia tu je.Pelik aku dengan lelaki tu!

Tina pulak,sepanjang 2 bulan ni kitorang dah macam kucing dengan anjing! yang aku buat hal tu dengan Fawwaz,bukan dengan dia! tiap kali aku kacau Fawwaz je,dia termasuk sekali.

"Harini hari sukan".Aku capai seluar tracksuit hitam dan baju sukan warna merah aku.Rambut aku ikat gaya ponytail kemas kemas sebelum turun untuk ke sekolah.

"Risa,hari ni Danish akan teman Risa pergi sekolah.Mama dan papa tak dapat teman Risa." kata Datin Maria,bersalah. Aku tak kisah kalau mama dan papa tak dapat ikut tapi perlu ke hantar Danish??

"Kenapa Danish ? dia bukan nya ada apa apa dengan Risa pon" tanya aku tak puas hati. "Risa boleh kenal dia dengan lebih rapat.Lagipon dia sendiri yang nak teman Risa,dah cepat dia dah tunggu Risa dekat luar" kata Datin Maria.

Aku mendengus,perlahan.'Takkan aku nak memberontak dekat sini,nanti lambat sampai pulak' .Aku salam mama dan papa sebelum keluar.

Aku dah nampak dah playboy 1 Malaysia tu tengah bajet hot depan kereta Range Rover dia.
"Hey Dania" Danish tegur aku.Tak payah nak flirting dengan aku lah.

"Hye" jawab aku,malas.Aku cepat-cepat masuk kereta.Sunyi perjalanan kami.Biarlah,aku pon malas nak buka mulut.

"I miss you so much Dania,tiap kali i datang mama you cakap you tak ada" tiba tiba Danish buka mulut.

"You siapa sampai i nak kena jumpa you hari hari" jawab aku.

"Haha.You ni Dania,tak pernah berubah dari dulu" Danish gelak dengan 'macho' nya.Aku diam, menyampah.10 minit selepas itu aku dah nampak sekolah.

"I turun dulu.You jangan ikut i !" warning aku. "Tapi mama you suruh..." belum sempat dia nak cakap aku dah tutup pintu kereta.Haha.

---------------------------------------

Aku masuk sekolah je dah nampak kelibat Fawwaz dengan baju sukan warna biru .Tepat masanya! Kan aku dah cakap,dia ni penghibur aku.

"Fawwaz sayangg!" jerit aku cukup untuk semua pelajar di sekeliling kami dengar.Dia pandang aku,terkejut.

"Awak ni kenapa? tengok saya macam nampak hantu.Eh tak! macam nampak angel.Saya tau la saya ni cantik tapi jangan lah pandang saya macam tu" kata aku,mengejek.

"Awak boleh tak jangan panggil saya macam tu? kalau orang salah faham macam mana?" marah dia.

'Takut ke' fikir aku. "Fawwaz sayang!! i miss you so much! muahhh" jerit aku,kuat sambil buat flying kiss.

Fawwaz terkejut.Budak budak lain yang ada di situ pon terkejut beruk kauu! hahahaha.

"I lov..." belum sempat aku nak sambung Fawwaz dah sumbat mulut aku dengan tisu yang dia pegang lepastu lari.Aku terkedu sebelum aku tersedar.

"Heyy!!! berani betul dia sumbat tisu dalam mulut aku.Ingat mulut aku ni tong sampah ke?!" jerit aku,marah sorang sorang.Semua pandang aku,pelik.

"Apa pandang pandang ?!" marah aku.
"Ris! cepat lah dah nak start ni!" Qasrina panggil aku bersama Amni dan Alisya.Tunggu kau Fawwaz!

"Alright, coming!"

*Padang*

Aku tengah tunggu acara yang aku terlibat dekat bawah khemah.Bosan,sambil
memerhati acara yang baru bermula sekarang iaitu lumba lari (L) .

Arrisa Dania ✓Where stories live. Discover now