2

76 5 0
                                    

"Baiklah keluarkan kerja rumah yang cikgu bagi semalam.Sesiapa yang tidak bawak atau tidak siap sila berdiri" kata Cikgu Farah,guru sejarah kami.

Semua pakat keluarkan buku cepat-cepat,ada yang baru nak buat,ada yang mintak buku member nak tiru.

"Huh losers.Kita sebagai pelajar kelas 5 Alpha,kena lah bawak and siapkan SEMUA homeworks yang cikgu bagi,betul idak Qas ?" kata aku,bangga sambil mencari buku latihan sejarah dalam bag.

"Yes Ris,diorang ni tak layak duduk dalam kelas ni,kerja seciput tu je tak boleh nak buat.Hah yang tak bawak tu,aku rasa diorang suruh kucing diorang siapkan kot pastu lupa nak amik balik"

'Eh mana pergi buku tu' .Apesal aku tak nampak lubang hidung  buku sejarah dalam bag aku ni.

"Weh Qas,aku rasa aku lah orang yang lupa amik balik buku tu kat kucing aku bila aku suruh dia buat kan homework tu" bisik aku pada Qas.

Semua pelajar yang tak bawak dah pakat berdiri tinggal lah aku sorang tengah mencari-cari buku latihan yang sememangnya tak ada dekat dalam bag.'Alamakk macam mana boleh tertinggal ni'.Aku tepuk dahi.

"Arrisa? awak tengah cari apa dalam bag tu ? mana buku awak?" tanya Cikgu Farah sampai satu kelas boleh dengar.

"Err..buku..buku saya tertinggal lah cikgu" kata aku sambil tersengih. "Dah tu berdiri lah!" marah Cikgu Farah.

Dengan perlahan aku berdiri,aku pandang belakang.Amboiii budak baru tu rilek dia je tak ada buku! kenapa dia tak berdiri sekali? ini tidak adil!

"Cikgu! kenapa Fawwaz tak berdiri sekali?" kata aku tak puas hati.Cikgu Farah pandang aku dan budak Fawwaz tu.

"Fawwaz ? mana buku awak ?" tanya Cikgu Farah. "Saya tak beli lagi cikgu.." jawab dia. 'Eleh ni mesti kes tak ada duit nak beli buku' bisik aku.Tiba-tiba dia pandang aku.Eh! dengar pulak dia,aku buat muka selamba.

"Ini tidak adil cikgu! kita dah tau yang tak kira budak baru atau budak lama,mesti kena beli buku awal-awal! macam Airil dulu! dia boleh je beli buku masa first masuk sekolah ni.Kan Airil kan ?" Aku sepak kaki dia.

"Ah! err..ya..ya..betul.." kata Airil dengan muka tahan sakit.Cikgu Farah bagai tengah fikir sesuatu. "Kalau macam tu.Fawwaz,awak berdiri sekali.Lain kali sila beli buku awal-awal ya" kata Cikgu Farah.

Aku senyum, gembira bagai tengah melayang ,puas ! Aku menang kali ni! Fawwaz pandang aku tak puas hati.Dengan itu,terpaksa lah kami budak-budak yang tak bawak buku berdiri sampai habis kelas Cikgu Farah.

*Rehat*

Semua pelajar berlari macam nak marathon siapa yang dapat pergi kantin dulu,macam lah kantin tu boleh lari.

"Adoii sakitnya kaki aku" kata aku sambil urut kaki.Ni semua penangan kelas Cikgu Farah tadi.

"Rilek la Ris macam lah ni first time kau kena.Aku ingat lagi kau pernah kena berdiri tegak dekat luar kelas sebab kau gelakkan Cikgu Faiz yang tersadung sebab kaki kau" kata Qasrina.

"Ye lah aku redhoo" .Eh jap,aku nak jumpa budak Fawwaz tu dulu! ."Weh Qas,Amni,Lisya, kau pergi lah kantin dulu.Aku ada hal nak buat jap" kata aku sambil mencari Fawwaz.

"Wei kau nak pegi mana!" jerit Amni. "Pergi je dulu!" jerit aku sambil berlari. Hah! jumpa pon.Fawwaz dengan Airil tengah berjalan.

"Hei you!" panggil aku.Fawwaz pandang aku untuk beberapa saat sebelum teruskan jalan dengan Airil.'Kuangaja betol.Dia ignore aku?!'

"Hei hei! you! Fawwaz!" aku tarik tangan dia. "Berapa kali saya nak cakap? jangan pegang tangan saya! awak ni tak ada maruah ke ?" marah dia.

Amboi! dia ni dah kenapa? macam tak pernah pegang tangan perempuan je! "Eh rileks lah.Pegang tangan je kot?" jawab aku tak puas hati.

"Awak perempuan Islam,saya lelaki Islam.Ok saya faham awak mungkin tak diajar sangat berkaitan dengan agama ni tapi saya di didik oleh keluarga yang penting kan agama jadi tolong respect saya!

'Ok,dia ni jenis yang alim alim lah pulak' ."Ok whatever.Saya nak cakap something dengan awak.Berdua" kata aku sambil pandang Airil.

"Err.Wey aku pergi dulu eh" kata Airil. "Eh! Ril!" panggil Fawwaz,tapi Airil dah blah! tau takut dengan aku!

"Apa yang penting sangat tu?" tanya Fawwaz setelah berapa lama kami berdiam diri. "Oh ya! saya nak tanya awak.Awak ke lelaki yang report dekat pengawas pasal perempuan yang tengah menghendap dekat tiang pagi tadi?" tanya aku.

Dia pandang aku sambil berfikir sekejap."Oh jadi,awak ke pelajar perempuan tadi? Untuk pengetahuan awak,betul lah saya yang cakap dekat Hakimie" jawab Fawwaz dengan tenang.

Muka aku jadi merah,tahan marah.

"Awak tau tak sebab awak saya kena tangkap?! sebab awak saya kena hadap Cikgu Singa tu harini?! sebab awak jugak saya dapat 10 penalti harini!" Hambur aku.

"Untuk orang macam awak.Baguslah tu.Boleh awak belajar sikit sebab saya tengok pada sikap dan perangai awak,macam orang tak pernah belajar"

Arrisa Dania ✓Where stories live. Discover now