13

878 87 15
                                    

Jabatan Fisioterapi.

Dibaca papan tanda arah yang menunjukkan jalan menuju ke tempat jurupulih anggota. Jelita berjalan seiring Mumtaz yang berjalan menggunakan crutches.

"Pelan la sikit Ngah. Kaki tak baik lagi kot. Nanti kang warded lagi. Pastu merungut nak balik la apa lah. Makanan tak sedap lah. Itu ini serba-serbi tak kena. Ha kan aku dah bebel versi pendek" Mumtaz hanya menggeleng kepala dengan bebelan Jelita. Mana tak nya, sepanjang keberadaannya di hospital, Jelita lah yang selalu menjaga dan merawatnya.

Walaupun kurang dari seminggu keberadaannya di hospital itu, sungguh, terasa seperti berbulan sudah berlalu. Sudahlah pergerakannya terhad, memerlukan bantuan pula. Maklum saja lah, tangannya juga turut cedera bersama kakinya.

"Kenalah laju sikit dik. Lambat sampai, lambat la habis nanti. Kang tak sempat kau nak masuk kelas pulak" Mumtaz menutur tenang. Risau juga disebabkan dia, fokus Jelita untuk peperiksaan akhir terganggu. Bukanlah dia yang beria meminta Jelita temankan, tetapi Jelita yang lebih risaukan dia. Padahal boleh saja Addin yang menemankan.

"Ye laaa, memang laaa tak nak lambat. Tapiiiiii -"

"Tapiiii cik Jelita boleh berhenti bebel tak? Kita dah sampai ni. Boleh kot tolong daftarkan nama Angah" Mumtaz mencelah sebelum Jelita bertindak memulakan bebelan lagi kerana dia pasti bebelan kedua pastinya lebih panjang berbanding tadi.

Mata Jelita melilau mencari tempat duduk untuk Mumtaz. Mujur ada juga satu kerusi kosong untuk Mumtaz duduki. Setelah memastikan Mumtaz dapat duduk dengan selamat, Jelita berjalan menuju ke kaunter. Surat refer yang ditulis doktor dikeluarkan dari dalam beg lalu diberikan kepada penjaga kaunter.

                                🍎🍎🍎

MEGAT membuat regangan tangan dan leher setelah 3 pesakit selesai dirawat. Pen di atas meja baru sahaja dipegang untuk menulis assessment report apabila Clinical Instructor nya tiba-tiba sahaja memanggil dirinya.

"Ya puan" Megat berdiri menghadap Puan Damia. Matanya sempat menangkap satu kad kuning yang dikepilkan sekali dengan borang consent yang dipegang oleh Puan Damia. Dalam hatinya berdoa moga tujuan Puan Damia memanggilnya bukanlah kerana untuk memberinya kes baru.

Namun, hampa. Puan Damia lalu menghulurkan kad kuning itu kepada Megat. "Nah, buat kes ni. Dah lama tak buat kes fracture kan?"

Megat mengangguk pasrah. Baru sahaja dia berangan untuk berehat sebentar. Nahhhh, ada lagi pula kes yang perlu dilaksanakan. Nama pada kad dibaca. Serba sedikit tentang keadaan pesakit juga dibaca menerusi surat refer.

MUMTAZ BIN RAZIN.
DISTAL 1/3 LEFT TIBIAL FRACTURE.
RIGHT RING FINGER FRACTURE.

Megat menggaru kepala. "Haihhh.. Ada patient jari pulak dah" Panjang keluhan Megat bila dibaca kes yang dirujuk doktor itu adalah kes yang paling dibencinya.

Kes yang melibatkan jari.

Bukan apa, bila kes melibatkan jari ni, leceh dia memang tak boleh dibawa bincang!

"Mumtaz bin Razin!" Nama pesakit dipanggil. Mata Megat mencari-cari gerangan pesakitnya. Dari jauh dia melihat seorang lelaki berbaju putih dan bertongkat ditemani oleh seorang gadis. Megat mengecilkan matanya. Serasa pernah dilihat gadis itu. Semakin dekat lelaki dan gadis itu dengannya, barulah dia pasti akan telahannya.

Betullah ni. Ini lah perempuan yang buat Umar heartbroken hari tu!

"Angah nak adik ikut sekali tak? Ke nak adik tunggu luar je?" Jelita bertanya setelah sampai berhadapan fisioterapis yang bakal merawat Mumtaz.

365 SELISIHWhere stories live. Discover now