Bab 26 { JANJI part I }

3.4K 170 4
                                    

Sunyi. Nafas kasar yang terhambur kembali diatur rapi. Seraya itu, Ezray mengesat darah yang mengotori tangannya di baju.

Helmet yang terlangkup atas jalan dikutip. Jujur kata, kalau tak ada topi keledarnya itu, sudah pecah kepalanya apabila motornya tiba-tiba mati dan jatuh. Bukan itu sahaja, Helmetnya juga berguna untuk hempuk orang-orang yang mengejar mereka.

Ya, dia lawan mereka seorang diri. Semua itu untuk melengahkan mereka daripada mengejar isterinya.

Tapi sebelum itu, sudah dia curi-curi tembak mereka dengan pistol yang dia simpan di tubuhnya. Tidaklah mematikan, sekadar melemahkan dan membataskan pergerakan mereka sahaja; empat orang lelaki itu sudah tidak sedarkan diri lepas berlawan dengan Ezray.

"Ain..." Terkial-kial Ezray berlari ke depan setelah melihat SUV yang dipandu isterinya itu berhenti setelah seketika. Jauh, namun masih kelihatan di matanya.

Dalam hati berharap yang isterinya itu masih okey. Setidaknya, kecederaannya tak teruk.

"Ain!" Ezray belek keadaan isterinya itu seusai menarik pintu. Ain kelihatan tercungap-cungap; tangannya menyentuh dada.

"A... Abang... Nasib baik...! Tak jadi apa..." Ain rasa macam nak peluk saja suaminya itu. Namun entah mengapa, perasaan terkejut melebihi segalanya; anak matanya bergetar.

"It's okay... Shush, shush..." Ezray tarik saja isterinya itu ke dalam pelukan; mahu menenangkannya sekejap.

Setelah itu, dia melepaskannya. Ain tilik muka Ezray. Suaminya itu kelihatan lelah dan sakit. Rasanya seperti dia ada nampak lebam pada mukanya.

"Ki... Kita kena pergi pada Danny," tegas Ain dalam payah. Tekaknya terasa kesat; barangkali impak daripada apa yang sudah terjadi. Ain cuba bersabar; kesal dengan dirinya.

Ezray mengangguk.

"Yes. Can you move aside? Biar aku pandu."

"Boleh ke?" Teragak-agak Ain menyoal. Tidak yakin dia dengan tayar yang sudah pancit sepasang di belakang.

Ezray angguk saja.

"Kita cuba pelan-pelan."

*****

"Apa dah jadi?" Danny menyoal. Ketat saja mukanya sambil mengilas ke cermin pandang belakang. Abang dan kakak iparnya itu kelihatan teruk. Ain biar saja Ezray menjawab. Dia dah tiada tenaga.

"Mereka tembak EMP. Terjatuhlah kami dari motor." Ringkas saja jawapan Ezray. Hayden di sebelah Danny mengeluh pusing.

"Nasib kami tak tembak kau masa kau muncul tadi, Ray. Sudahlah signal tiba-tiba hilang. Tup-tup kau muncul naik kereta keparat-keparat tu. Lebam-lebam pula tu!"

Berkerut dahi Ain bila dengar ucapan Hayden itu. Dia kurang gemar perkataan buruk. Namun faham juga dia kalau Hayden tengah risau. Mereka baru melalui situasi getir... Siapa saja yang tak menyumpah atau mencarut?

"Ada luka dekat mana-mana lagi tak?" Danny mencelah. Daripada melarat, lebih baik dia utamakan keadaan mereka terlebih dahulu.

Ezray pandang Ain.

"Kaki kau okey?" Dia menyoal. Dari memencilkan diri di sudut kereta, lantas Ain belek kaki dia. Baru sekarang dia teringat.

Mujurlah pakaiannya tebal dan bertutup. Yakni pakaian seorang rider. Rasanya dia cuma alami calar-calar dan lebam.

"Rasanya cuma calar. Takde apa kot." Perlahan saja Ain berkata. Dia belek pula suaminya; dari muka, tangan turun menyentuh tangan.

"Abang lagi teruk daripada Ain." Ain terdiam; teringat dia pada awal kejadian. Sebelum jatuh, sempat Ezray sambut dia. Entah macam mana, tapi itu yang terjadi. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Pun begitu, Ezray tetap melindunginya.

My Sagittarius {SEDANG DISUNTING SEMULA}Where stories live. Discover now