Bab 21 { AIP...! }

4.2K 191 19
                                    

3 Mei, 2005.

Dear diary,

Today, I got a present from umi. It is a special bracelet with my name carved on it. Umi also had one with her name but I swapped because I like her name!

Truly forever,
Nancy loves Heidi!

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur——Keadaan malam di luar tingkap ditenung sejenak. Kelihatan kerlipan cahaya beberapa pesawat yang berada di landasan berhampiran; jelas suasana sibuk menjadi latar kepada hari terakhir Ain sebelum dia meninggalkan bumi Malaysia ini.

Lantas, senyuman kecil diukir. Ain tarik nafas tenang sebelum mengalihkan semula pandangannya terhadap keadaan dalam pesawat yang dinaikinya kini. Satu saja yang dia dapat gambarkan...

Iaitu tiket kelas pertama.

Tak dapat nak dinafikan, keadaan di sini sangat berbeza. Kerusinya besar... Laluan lorongnya besar... Layanan pramugari dan pramugaranya pun, sangat-sangat berkelas. Itu belum lagi cerita tentang suasana kelas pertama ini. Pada awalnya, Ain menolak bila Ezray nak tempah tiket kelas pertama ini sebelum ini; rasa macam membazir. Tapi sekarang ini, rasanya Ain perlu berterima kasih kepada suaminya itu. Bak katanya...

"Aku nak kau selesa, m'lady... Perjalanan kita jauh."

Jadi, apa salahnya kan? Kalau tak silap, jarak perjalanan memakan masa hingga 16 jam. Itu belum termasuk lagi transit pesawat; Papa Aryan ada cakap dia perlu transit nanti sebelum dia masuk ke balai menunggu tadi.

"Okey Ain, sekarang ni bertenang! Tak ada siapa dengan kau sekarang ni melainkan diri kau sendiri; jadi, chill... Enjoy this moment!" bisik Ain, meyakinkan dirinya sendiri. Alang-alang dia bersendirian sekarang ini, jiwa lone ranger-nya membuak-buak nak ber-me time dan baca buku; hobinya di kala senggang.

Tanpa sedar, gelagatnya itu dilihat oleh seseorang. Terasa lucu, lantas dia menegur.

"Hi, there!"

Tersentak, lantas Ain menoleh ke sisi. Melihatkan susuk tubuh seorang lelaki yang asing baginya, membuatkan Ain langsung cengang.

"Ha... Hai..." Bukankah seat di sebelahnya itu sepatutnya kosong? Ain dah berdebat dalam hati. Sepatutnya kerusi di sebelahnya, ada Ezray yang duduk... Tapi memandangkan suaminya itu sudah pulang terlebih dahulu ke California, jadi tiketnya terpaksa dipulangkan.

Agaknya tiketnya itu dah dibeli oleh orang lain... Ain capai kata sepakat dengan kata hatinya. Hm, tak kisahlah!

"You look kinda excited. First time fly?" Lelaki itu menyoal seraya mengambil tempat duduknya di sebelah Ain. Beg galas kecil yang dibawa, dia pangku atas riba.

Mendengarkan itu, lantas Ain mengangguk.

"Ya... Agak nervous, but I guess this is an opportunity for me."

"Hah? May I know why?" Lelaki itu mula berminat ingin tahu. Entah mengapa, dirasakan aura wanita yang berada di depan matanya sekarang ini agak berkobar-kobar.

Buat sejenak, Ain pandang lelaki itu. Bila ditengok betul-betul ni, rasa macam kenal...

"Gonna meet my husband. We just got married." Ringkas Ain menjawab. Tak perlulah nak beria-ia, kan? Memandangkan mereka ini baru berborak.

Langsung, lelaki itu mengangguk-anggukkan kepalanya. I see...

"Congratulations, ma'am!" Senyuman lebar lantas diukir.

My Sagittarius {SEDANG DISUNTING SEMULA}Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz