Bab 1

325K 1K 230
                                    


Mata Hajah Halimah terkebil-kebil, melihat kearah jam dinding. Sudah hampir pukul 1 pagi, namun matanya itu masih belum mahu lelap. TV dihadapannya sedang menayangkan rancangan yg tidak menarik perhatiannya. Hajah Halimah mengeluh panjang. Rumah banglo besar yg dihuninya itu terasa begitu sunyi sekali. Dia bersendirian dirumah itu. Sudah lebih 20 tahun dia menjadi ibu tunggal, dan sudah 20 tahun juga lah arwah suaminya, Haji Rahim meninggal dunia. Anak-anaknya masih kecil ketika arwah suaminya itu kemalangan, dan sekarang mereka semua sudah dewasa, bahkan masing- masing sudah mempunyai keluarga sendiri. Hajah Halimah sendiri, dalam usia 56 tahun, sudah mendapat gelaran nenek kepada dua orang cucu.

Sekarang Hajah Halimah bersendirian dirumah besar itu. Masanya sekarang hanya diisi dengan aktiviti kemasyarakatan dan menghadiri ceramah keagamaan di masjid. Tentu sahaja anak-anaknya mahu dia untuk tinggal bersama mereka, namun dia lebih selesa tinggal dirumahnya sendiri. Rumah yg dibeli oleh suaminya dan menjadi rumah mereka sejak dari mereka mula kahwin dahulu. Dirumah itulah dia membesarkan anak-anaknya, dari bergelar sebagai isteri, sehingga bergelar ibu tunggal. Dia bernasib baik, arwah suaminya dulu meninggalkan harta apabila meninggal, jadi hidupnya tidaklah begitu susah seperti ibu tunggal lain. Dia dan anak-anaknya dapat meneruskan hidup dengan selesa hasil dari perniagaan arwah suaminya yg sekarang diuruskan oleh anak saudaranya.

Hajah Halimah menekan butang remote control TV, mematikan TV tersebut. Dia mula bangun dari sofa, berjalan meninggalkan ruangan tamu tersebut, menuju kearah bilik tidurnya. Suasana malam yg sunyi dan sejuk itu tidak dapat membantu Hajah Halimah untuk melelapkan matanya. Hajah Halimah memasuki bilik tidurnya, sebelum mula melabuhkan badannya diatas katil, sambil membiarkan lampu bilik tidurnya itu terus terpasang. Dia berpusing, kiri kanan diatas katil itu, namun matanya tetap tidak mahu lelap pada malam itu. Entah kenapa. Selalunya pada waktu-waktu sebegini, dia sudah lena diulit mimpi, namun pada malam ini amat berbeza sekali.

Hampir sejam selepas itu, barulah Hajah Halimah mula memasuki alam tidur. Matanya mulai berat, cuba untuk lelap. Tiba-tiba terasa tiupan bayu sejuk menyentuh badannya. Hajah Halimah mengigil. Matanya kembali terbuka. Dia menoleh, melihat keatas, melihat kipas biliknya kaku, tidak dihidupkan. Pintu dan tingkapnya juga tertutup. Dia agak pelik, dari mana bayu sejuk itu datang. Dia kembali cuba melelapkan matanya. Seketika kemudian, tiba-tiba dia merasakan belakangnya disentuh, diusap. Hajah Halimah terkejut, terus bangun dari baringannya. Menoleh ke kiri dan ke kanan. Bilik tidurnya tetap kosong. Jantungnya berdegup kencang. Dia yakin dia tidak berkhayal mahupun bermimpi. Dia yakin belakangnya disentuh sebentar tadi. Perasaan takut dan bimbang mula menyelubungi diri Hajah Halimah. Bimbang jika ada penceroboh, pencuri sedang berada dibilik tidurnya. Hajah Halimah bangun, turun dari katilnya. Diselubungi perasaaan bimbang dan takut, dia mula bergerak kearah pintu, memulas tombol pintu itu, membuka pintu tersebut dan menghulurkan kepalanya keluar dengan berhati-hati, menoleh kekiri dan kanan. Namun ruangan diluar bilik tidurnya itu tetap kosong, sunyi. Tiada siapa disitu. Dia kembali masuk, menutup pintu itu serta menekan butang ditombol pintu tersebut. Menguncinya. Dia bergerak kearah pintu tandas biliknya pula. Sekali lagi, dia membuka pintu tandas itu dan melihat didalam bilik tersebut. Juga kosong.

Walaupun masih lagi bimbang, Hajah Halimah kembali ke katilnya. Dia kembali melabuhkan badannya kekatil tersebut. Sebelum sempat dia kembali memejamkan matanya, tubuh Hajah Halimah ditekan kuat. Dia cuba meronta, namun tangan dan badannya seolah-olah ditindih, tidak mampu bergerak. Hanya kakinya sahaja yg mampu bergerak, namun dia tetap tidak mampu bergerak bebas. Matanya cuba melihat siapa yg sedang menindihnya. Peluh sejuk mula membasahi Hajah Halimah. Jantungnya juga berdenyut kencang. Dia keliru, bercampur takut. Tiada bentuk tubuh yg dapat dilihat dengan mata kasarnya. Dia cuba bersuara, menjerit meminta tolong, namun mulutnya seakan-akan terkunci. Ayat-ayat suci yg selalu dihafalnya setiap hari juga seolah-olah terkunci didalam mindanya.

Bisikan NafsuWhere stories live. Discover now