"Confirm, lepas ni tiap tiap bulan kita balik. Kejap lagi kau mesti lagi suka. Aku bawa kau rasa CPT paling best kat kampung ni."

CPT? Apa tu? Ke salah dengar?

"CPT? Amenda pulak, CPR aku tahulah."

Dia gelak mengekek.

"Cendol Pulut Tapai lah. Tu short form dia. Kalau kat kedai Mak Mah kau cakap sedap, yang kat sini lagi sedap. Aku berani gigit kuku lah yang kau mesti tambah order lagi."

Oo cendol pulut tapai. Cakaplah penuh senang nak faham. Bukan susah. Mataku bagaikan berbunga bunga bila dengar Atalia cakap macam tu.

Aku ni hantu segala jenis cendol. Tiba tiba tekak rasa dahaga lain macam. Dahaga nak mentekedarah. Makan je tahu. Tetapi untungnya aku ni badan susah nak naik berat badan. Itu yang ramai sangat dengki tu.

" Wah macam best je. Tak sabarnya aku. Mana wei, cepatlah. Lapar ni."

Aku tepuk tepuk bahu dia penuh teruja. Haa, sekarang memang dah macam beruk.

"Ish kau ni, adik aku pun tak macam kau. Tu haa, depan tu. Nampak kan gerai yang penuh orang tu, gerai tulah. Sini kalau hari minggu je memang sesak. Kejap lagi, lagi sesak. Dah jom."

Kereta di parking sebelah kiri jalan. Ala jalan kampung, sempit je. Nasib ada tanah lapang senanglah sikit nak parking kereta. Mungkin juga tanah lapang ni di khususkan untuk pelanggan kedai mereka.

Kami jalan beriringan. Opss, bukan beriringan dah sebab aku terkinja kinja menarik tangan Atalia. Minah tu bebel 5 bakul pun aku buat derk je.

Apa yang aku tahu, aku nak cepat order. Cepat makan. Cepat tambah sampai nak berjalan pun tak larat. Itu cita cita ku. Eh.

Kami duduk di meja paling tepi ke jalan. Dinding gerai yang di buat dari buluh tu, memberikan suasana yang sangat santai. Kena pula dengan suasana sekarang ni. Suasana kampung yang nampak meriah. Pokok kelapa tinggi tinggi dengan angin yang membelai belai.

Heaven!

"Dik, oda gapo?"

Seorang pelayan datang bertanyakan selepas di berinya menu kepada kami. Hebat, ada menu. Aku kira hebatlah bagi gerai macam ni tapi ada menu. Sebab kekadang bila duduk KL sana masih ada lagi restoran besar yang tak pamerkan menu. Bila mintak baru lah terkial kial nak bagi.

Ini barulah marketing strategy yang bagus. Nora bagi 5 bintang. Eh!

"Ermm, kau nak makan apa? Aku rasa.. Ho, Kito nok CPT lebih tapai sor, pastu air nyior mudo sor denge sotong celup tepung."

Fuh, tanjat limpa mak. Fasih gila Atalia cakap loghat Kelantan. Ini lah baru anak jati yang tak lupa diri.

"Banyak kau order. Aku pulak Nak apa eh, peninglah banyak yang sedap ni. Err, bagi saya CPT dua. Goreng pisang dengan ikan celup tepung seekor."

Air liur ku telan berkali kali. Tak sabar nak rasa.

"Horr, meta meta. Dok ambik oda ni!"

"Oii, terkejut kami. Kuatnya."

Aku mengurut lembut dada. Tanjat lagi.

Pelayan yang ambik order kami tu tersenyum malu. Apa taknya melaung sampai binggit telinga di buatnya. Nampaknya tak cukup pelayan untuk hantar makanan.

"Maaf kak. Sarulah dok manggil. Hor, kejap!"

Dengan tergesa gesa dia tinggalkan kami. Aku dengan Atalia tergelak kecil.

"Ramai gila hari ni, ada cuti sekolah kot yang ramai ni."

Mataku melilau melihatkan pelanggan yang tak putus putus masuk. Dari orang tua, budak budak sehinggakan yang couple pun ada.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें