Bab 25 { MI SIGNORA }

Start from the beginning
                                    

*****

Diam. Lepas ber–feeling-feeling dekat Twin peaks tadi, tiba masanya untuk Ain dan Ezray pulang ke rumah. Steady motosikal berkuasa tinggi Ezray membelah trafik. Si penunggang tersenyum mengenangkan kejadian di Twin peaks manakala si pembonceng masam mencuka mukanya mengenangkan tindakan berani matinya itu.

Tersondol-sondol mukanya tahan malu. Untung saja Ezray cuma buat bodoh dengan tindakannya itu.

Sedar tak sedar, motosikal yang dibonceng jadi semakin laju. Seriau Ain rasa.

"Abang, kenapa laju sangat?" soal Ain kuat melawan angin. Lantas Ezray menjawab, "Aku rasa kita kena kejar!"

Rasa tersekat nafas Ain mendengar itu. Perasaan seriau mencanak dua kali ganda. Kena kejar? Siapa?

Fikiran Ain mula kacau. Sedar tak sedar, Ezray tarik tangannya biar tak lepas isterinya itu dari belakangnya. Tersentak Ain dibuatnya.

"Jangan lepas, Ain!" Garang arahan yang diberikan. Ain diam dan patuh saja. Hati yang kacau sedaya upaya dikawal biar otaknya tak bercelaru. Kenapalah mesti saat mereka sudah berada di susur keluar mahu muncul?

Gear ditukar sebelum Ezray kembali memecut. Tajam matanya memerhatikan celah untuk dipotong. Dia harap sangat kenderaan jadi banyak supaya dia dapat sekat kereta yang mengekori dia dan isterinya itu!

Terbrek-brek kereta saat Ezray menyusup. Sesekali hon berbunyi, namun perasaan debar melebihi segalanya!

Dengan secebis keberanian, Ain menoleh ke belakang.

Ada sebuah kereta SUV yang terubah suai kelihatan beria mencucuk! Ain gigit bibir.

Ya Allah, apa yang dia nak buat ni?!

"Ain!" Si empunya nama menoleh apabila suaminya itu menempik. Cepat dia menyahut.

"Ya?!"

"Get my phone in my pocket! Call speed dial!"

Terketar-ketar tangan Ain cuba menyeluk ke dalam poket seluar Ezray. Sesaat, dia berdecit melawan perasaannya. Ah!

Speed dial ditekan. Lantas Ain bersuara sebaik sahaja panggilan bersambung.

"Danny, someone is chasing us!" Cemas suaranya. Danny di hujung talian dah tak senang duduk.

"What? Kau dekat mana ni, Nancy? Mana Ray?"

"I don't know, tapi kami dekat susur keluar lebuh raya... On the bike!"

"Kau tahu apa yang kejar kau orang?" Danny beri isyarat pada Hayden di tepinya. Cekap lelaki itu menggodam sebaik sahaja mendapatkan maklumat daripada Danny.

Nasib saja dia ada bersama lelaki itu kerana ada beberapa hal yang mahu dibincangkan. Malcolm pun turut tak ketinggalan. Namun, lelaki itu sibuk bermain dengan laptop-nya bagi menguruskan hal lain.

"Hang on, Nancy... Aku on the way. Dengar je cakap Ray." Lantas Danny gamit Hayden sebelum berlari ke kereta.

Malcolm dibiarkan saja.

Panggilan ke Toshiya dan Ben disambungkan sementara dia memecut.

"Guys, emergency." Serius suara Danny.

*****

"Elak!" Tersentak lelaki-lelaki dalam SUV bila ada sesuatu dibaling ke arah mereka. Si pemandu, Z memutar ke sisi sehingga kereta yang dipecut bergesel dengan kereta awam di sebelah.

My Sagittarius {SEDANG DISUNTING SEMULA}Where stories live. Discover now