1

86 1 0
                                    

" Ariana Zara Binti  Hamdan!!!!! ,suka atau tidak ,papa akan tetap kahwinkan kamu dengan anak Tengku Ismail full stop ,papa tak nak dengar apa apa alasan lagi ". Berdesing telingaku apabila papa mula memanggilku dengan nama penuh.Aku hanya tunduk menatap lantai mozek yang berwarna putih ,aku tidak berani  untuk melihat mata papa.Kerana aku tahu papa sangat sukar untuk di hadapi,papa akan tetap dengan pendiriannya.mahu tidak mahu aku terpaksa ikut kehendak ayah,untuk berkahwin dengan anak Tengku Ismail,Tengku Zafran.


" Ana ". Mama memanggilku , aku kini sedang duduk tekun bermain komputerku di dalam bilik.Mama duduk di birai katilku."Sini dulu Mama nak cakap ".Mama menepuk nepuk katilku memberi arahan untuk aku duduk di sebelahnya.Aku bangun dari dudukku lalu menuju ke arah mama dan duduk disebelahnya." Ana marah papakah? ".Tanya mama.Aku hanya mengelengkan kepalaku." maafkan Mama dan Papa sebab paksa kamu buat sesuatu yang kamu tidak setujui ". Mama mengusap dan membelai rambutku dengan penuh kasih sayang.aku hanya mengelengkan kepalaku sambil melemparkan senyuman manis kepada mama.Aku ambil tangan mama dan menyatukannya dengan tanganku." Ana tahu ,papa fikir itu pasti untuk kebaikan Ana juga dan kebaikan untuk keluarga kita ,jadi Mama janganlah risau Ana takkan protes dengan apa yang Papa rancang untuk Ana". Aku cuba untuk menyakinkan mama,aku tak nak mama risaukan aku.Biarlah , kalau ini yang terbaik untuk aku dan keluargaku ,aku sanggup untuk turuti semua kehendak papa,Mungkin Kak Zana mempunyai alasan tersendiri untuk melarikan diri dan meninggalkan perkahwinan yang telah dirancang.Adriana Zana ,anak sulung Mama dan Papa serta satu satunya adik beradik yang aku ada .Kak Zana seorang yang keras kepala dan tak suka diarah arah,dan aku rasa kak zana melarikan diri disebabkan dia tidak mahu dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang ia tidak kenali dan cintai.Lagi pula Kak Zana merupakan model papan atas ,jadi dia tidak ingin merosakkan kariernya  dengan perkahwinan.



" Ana  ". mama menyentuh daguku ,membawa wajah melihat ke arahnya." Cantik anak mama hari ni ". mama memujiku sambil menghayati setiap bait wajahku yang telah dirias oleh seorang  Mua yang profesional yang bertanggungjawab untuk mempersiapkan aku pada hari ini." Terima kasih Mama ". Aku senyum pada mama.Ya hari ini ,merupakan hari perkahwinanku dengan anak Tengku Ismail kawan papa.

Aku memejamkan mataku,menenangkan fikiran,aku harus sedia hadapi semua ini demi maruah keluarga dan menjaga perasaan mama dan papa ,aku hanya mampu redha dengan apa yang berlaku.agaknya apa reaksi bakal suami aku ,bila dia tahu yang bakal isterinya ,adalah adik dari wanita yang sepatutnya menjadi isterinya.Dan yang paling menyedikan bakal suami aku ni tidak berapa suka dengan kak Zana dan berkahwin dengan kak Zana atas dasar paksaan keluarga.Sungguh menyedikan nasib aku,sudah pasti dia tidak akan melayaniku seperti isterinya.tapi aku tekad ,lafaznya akad nikad ke atas diriku, aku berjanji akan mematuhi dan melakukan tanggungjawab sebagai isteri yang soleh dan patuh,kerana dia adalah surgaku dunia dan akhirat.


" Aku terima nikahnya Ariana Zara Binti Hamdan dengan mas kahwin 100 di bayar tunaiiii "


Janggal,kaku dan gementar itulah yang aku rasakan sekarang.Selesai sahaja majlis akad  nikad ,mama dan papa serta ibu ayah mertuaku ,menyuruh untuk pulang bersama suamiku.Kini sudah hampir sehari aku melihatku suamiku sendiri,tapi satu patah perkataan pun aku tidak dengari dari mulutnya.Nasib baik waktu akad nikah tadi tok imam ada sebut namanya,kalau tak mungkin sampai sekarang aku tak tahu nama suami aku ni.Sepanjang berada dalam kereta ni,aku hanya membisu je ,aku belum sedia nak ajak dia bual lagi.

Lepas beberapa minit,akhirnya kami tiba di sebuah rumah banglo yang nampak mewah.Aku membuka pintu kereta dan keluar.Suami aku memberi kunci kepada pembantu yang ada dekat situ ,dan terus menuju ke dalam rumah tersebut ,meninggalkan aku sendirian di luar.Aku hanya terkebil kebil melihatnya." Its okay Ana,kau kan bukan calon isteri impiannya,jadi tak heran bila kau dapat layanan macam ni,dont you dare to dream be his princess ".Aku cuba memotivasikan diri.Aku menarik nafasku ,sebelum melangkah masuk ke dalam." selamat malam Puan ,selamat datang ".Seorang wanita menegurku.Lihat dari cara pakaiannya ,aku tahu dia adalah pembantu di rumah ini." Terima Kasih ". Aku senyum kerahnya." Mari Puan saya tunjukkan bilik Puan ".Aku mengikutinya dari belakang.Sambil berjalan aku amati setiap hiasan yang ada di dinding rumah,begitu elegan dan classy ,cantik sedap mata memandang.

" Puan,mari masuk kita dah sampai ". Aku hanya menurut.Masuk kedalam bilik yang di tunjukkan. Aku berkerut melihat setiap bucu bilik ,Aku ternampak bingkai ggambar suami aku " Errr akak ni bilik ...." ." Ohh ni bilik Tuan Zafran"jawab wanita itu seperti mengetahui apa yang kufikirkan." Dia tak marahkah kalau saya sebilik dengannya ?".Soalku bodoh ,mesti akak tu rasa pelik dengan aku,Yalah kahwin paksa macam ni,tak kenal lagi mesti dia tak nak sebilik dengan aku.Aku just takut wanita ni salah bilik." Buat apa nak marah ,Puan kan isteri Tuan Zafran kenalah duduk sebilik,lagi pula Tuan Zafran yang suruh kemas bilik ni untuk letak barang puan nanti".Pelik,tapi takpalah aku malas nak rumitkan keadaan,aku ikut je.Lagi pula takda salah pun kalau kami duduk sebilik sebab kamikan suami isteri ." baiklah kak,terima kaish ye sebab bantu Ana ". Aku senyum." Ehhh takdelah ,dah memang tugas kami sebagai pembantu ,kenalah layan Tuan kami elok elok ".Nasib baik akak ni mesra orangnya,bolehlah aku kamcing nanti .

huhhh entahlah apa akan jadi dengan nasib aku selepas ini.Esok macam mana aku nak mulakn kehidupan baru ni.Malam ni macam mana aku nak mula berbual atau menegur dia.Ya allah bantu hambamu untuk sabar dengan semua ini.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 17, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SAYA CINTAKAN AWAKWhere stories live. Discover now